Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka melibatkan pelbagai langkah penting selepas Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk. Usaha ini melibatkan penerimaan memorandum daripada pelbagai pihak, rundingan, perangkaan draf perlembagaan, perbincangan reaksi masyarakat, rundingan pindaan di London sehinggalah perlembagaan diluluskan dan berkuat kuasa secara rasmi.
Urutan kronologi langkah 1 hingga 7 dalam proses penggubalan perlembagaan sehingga tarikh ia dikuatkuasakan.
Sebanyak 131 memorandum bertulis diterima daripada Raja-raja Melayu, parti politik, badan awam dan orang perseorangan.
Suruhanjaya mengeluarkan draf perlembagaan yang mengandungi sistem kerajaan Persekutuan, kewarganegaraan jus soli, kedudukan istimewa orang Melayu, Raja Berperlembagaan dan parlimen dua Majlis Mesyuarat.
Pelbagai pihak memberi reaksi dan kritikan terhadap isu jus soli, bahasa kebangsaan dan kedudukan agama Islam.
Pada 9 Mei 1957, Tunku Abdul Rahman, Dato' Abdul Razak Hussein, Ong Yoke Lin dan V.T. Sambanthan berlepas ke London untuk berbincang dengan kerajaan British.
Hasil pindaan draf perlembagaan disembah perkenan dan dibincangkan dalam Majlis Raja-Raja.
Draf dibentangkan dan dibahaskan pada 10 Julai 1957 hingga 11 Julai 1957.
Diluluskan oleh Parlimen British di London dan Majlis Perundangan Persekutuan pada 27 Ogos 1957. Perlembagaan berkuat kuasa secara rasmi pada 31 Ogos 1957.
Sebanyak 131 memorandum bertulis diterima daripada Raja-raja Melayu, parti politik, badan awam dan orang perseorangan. Memorandum menyentuh aspek corak pentadbiran, kewarganegaraan, kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa dan pendidikan.
Suruhanjaya mengeluarkan draf perlembagaan yang mengandungi perkara berikut:
Tidak bersetuju dengan konsep jus soli kerana bimbang kedudukan istimewa orang Melayu tergugat; menuntut agama Islam diakui sebagai agama rasmi; menuntut bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi.
Mengkritik soal kewarganegaraan yang dianggap tidak menjaga kepentingan orang Melayu; mahu agama Islam menjadi asas pemerintahan negara; menuntut bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi.
Menolak syarat kewarganegaraan yang longgar. Mendorong Parti Negara, PAS dan Parti Rakyat mengadakan kongres pada 4 Mei 1957 hingga 7 Mei 1957 untuk membincangkan draf ini.
Ingin menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan.
Mahukan syarat kewarganegaraan dan penggunaan bahasa Tamil diberikan perhatian.
Pada 9 Mei 1957, Tunku Abdul Rahman, Dato' Abdul Razak Hussein, Ong Yoke Lin dan V.T. Sambanthan berlepas ke London. Mereka berbincang dengan kerajaan British tentang isu kewarganegaraan dan beberapa isu yang belum muktamad. Beberapa perubahan dan pindaan dibuat pada draf perlembagaan.
Draf dibawa ke Majlis Perundangan Persekutuan untuk dibentangkan dan dibahaskan pada 10 Julai 1957 hingga 11 Julai 1957.
Draf diluluskan oleh Parlimen British di London dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 27 Ogos 1957. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 berkuat kuasa secara rasmi pada 31 Ogos 1957.
Baca soalan, jawab dalam hati, kemudian tekan "Semak Jawapan".
Berapakah jumlah memorandum bertulis yang diterima oleh Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
Siapakah tokoh-tokoh yang berlepas ke London pada 9 Mei 1957 untuk membincangkan draf perlembagaan dengan pihak British?
Bilakah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 mula berkuat kuasa secara rasmi?
Draf perlembagaan digubal secara mutlak oleh British tanpa mendengar suara penduduk Tanah Melayu.
Sebanyak 131 memorandum bertulis telah dihantar oleh Raja-raja Melayu, parti politik, badan awam dan orang perseorangan, diikuti rundingan semula oleh perwakilan tempatan ke London bagi meminda draf tersebut.
Konsep jus soli diterima sebulat suara oleh semua ahli UMNO semasa draf dikeluarkan.
Terdapat beberapa pihak dan ahli dalam UMNO yang menolak pemberian jus soli kerana bimbang kedudukan istimewa orang Melayu tergugat.
1 Apakah nama memorandum cadangan yang disuarakan oleh Parti Perikatan kepada suruhanjaya perlembagaan?
2 Pada tarikh berapakah draf perlembagaan dibentangkan dan dibahaskan di Majlis Perundangan Persekutuan?
3 Menurut cadangan memorandum Raja-raja Melayu, Yang di-Pertuan Agong harus dipilih berdasarkan .
4 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah berkuat kuasa secara rasminya pada .
Padankan pihak atau tokoh berikut dengan reaksi atau tuntutan mereka terhadap penggubalan draf perlembagaan. Jika menggunakan telefon, tekan pilihan jawapan dahulu, kemudian tekan kotak padanan.
There is something wrong with this question.