1. Isu Politik
Isu: Persediaan ke arah berkerajaan sendiri.
Peranan CLC: Mencadangkan peralihan ke arah berkerajaan sendiri dilakukan dengan memberikan pengalaman pilihan raya secara berperingkat kepada penduduk Tanah Melayu.
Kesan: Pilihan raya diadakan pada peringkat majlis bandaran, majlis negeri dan juga Majlis Perundangan Persekutuan.
2. Isu Kedudukan Istimewa Orang Melayu
Isu: Orang Melayu menuntut diperakui kedudukan istimewa sebagai penduduk asal rantau Alam Melayu.
Peranan CLC: Bersetuju agar orang Melayu wajar mempunyai kedudukan istimewa kerana menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi dan mengiktiraf negara ini satu-satunya tanah air mereka.
Kesan: Kedudukan istimewa orang Melayu di negara ini diperakui dan kepentingan sah kaum lain diiktiraf.
3. Isu Kedudukan Ekonomi Orang Melayu
Isu: Orang Melayu tidak memperoleh peluang yang sama seperti kaum bukan Melayu dalam sektor perniagaan dan perusahaan.
Peranan CLC: Mencadangkan penubuhan agensi untuk meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu.
Kesan: Penubuhan RIDA pada tahun 1950 merupakan tuntutan daripada Dato' Onn Jaafar. Beliau berpendapat bahawa bantuan ekonomi dan kemajuan luar bandar perlu sebagai tolak ansur terhadap persetujuan orang Melayu melonggarkan syarat kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu.
4. Isu Kewarganegaraan Bukan Melayu
Isu: Ketegasan orang Melayu terhadap pemberian syarat kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu.
Peranan CLC: Bersetuju kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu penting bagi memupuk taat setia kepada Tanah Melayu dan kerjasama dalam kalangan penduduk.
Kesan: Syarat kewarganegaraan dilonggarkan untuk memberikan kedudukan politik kepada kaum bukan Melayu dan melahirkan semangat patriotik serta bertanggungjawab kepada negara.
5. Isu Pendidikan
Isu: Sistem persekolahan yang berbeza-beza mengikut kaum, menggunakan bahasa pengantar, buku teks dan sukatan pelajaran yang berlainan.
Peranan CLC: Mencadangkan sistem pendidikan yang seragam untuk memupuk kesetiaan dan perpaduan kaum di Tanah Melayu.
Kesan: Penubuhan jawatankuasa pendidikan untuk mengkaji sistem pendidikan bagi melahirkan pendidikan yang seragam dan diterima oleh semua kaum.