SejarahChapter 3: Sosiobudaya Masyarakat Kerajaan Alam Melayu
3.1
3.1
Bahasa dan Tulisan
Pengenalan
Sifat keterbukaan masyarakat kerajaan Alam Melayu membolehkan sistem tulisan berkembang dalam kerajaan Funan, Champa, Srivijaya, Angkor, Majapahit dan Kedah Tua.
Penggunaan bahasa juga sama.
Kerajaan Funan
Kerajaan Funan menjadikan bahasa Sanskrit sebagai bahasa utama. Hal ini dibuktikan dengan penemuan batu bersurat Funan bertarikh abad kedua.
Tulisan masyarakat Funan berasaskan tulisan orang Hu yang menggunakan tulisan orang India.
Funan menggunakan kalendar Saka yang berasal dari India.
Kerajaan Srivijaya
Masyarakat kerajaan Srivijaya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam urusan pentadbiran dan harian.
Batu bersurat dijumpai ditulis dalam bahasa Melayu dengan pengaruh bahasa Sanskrit menggunakan tulisan Palava.
Kerajaan Angkor
Masyarakat kerajaan Angkor menggunakan bahasa Sanskrit dan Khmer.
Terdapat dua jenis tulisan yang ditemukan pada dinding candi, iaitu tulisan Palava dan tulisan Khmer.
Kerajaan Majapahit
Bahasa utama masyarakat kerajaan Majapahit ialah Jawa Kuno. Masyarakat kerajaan ini menggunakan tulisan Kawi.
Selepas tersebarnya agama Islam, masyarakat kerajaan Majapahit mula menggunakan huruf-huruf Arab dalam sistem tulisan mereka. Tulisan yang menggunakan huruf Arab bagi menulis bahasa Jawa dikenali sebagai tulisan Pegon.
Kerajaan Kedah Tua
Penemuan batu-batu bersurat menunjukkan penggunaan bahasa Sanskrit dan tulisan Palava di Kedah Tua.
Dokumentasi
Himpunan atau kumpulan bahan bertulis yang dapat digunakan sebagai bukti atau keterangan bagi sesuatu kajian.
Tulisan Kawi
Tulisan ini berasal dari India. Perkataan Kawi diambil daripada istilah Kavi dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud penyair.
Ekoran pertembungan pelbagai budaya, bahasa Melayu telah menerima pengaruh beberapa bahasa asing sehingga memperkaya lagi perbendaharaan kata bahasa Melayu.
Antara pengaruh bahasa asing terhadap bahasa Melayu adalah seperti di bawah :