Sejarah Chapter 8: Tamadun Islam dan Sumbangan
8.2
 
8.2   Kemunculan dan Perkembangan Tamadun Islam
 
  • Selepas kematian ibu bapanya, Nabi Muhammad SAW dipelihara oleh Abdul Muttalib (datuk).
  • Abdul Muttalib meninggal dunia selepas 2 tahun.
  • Baginda dipelihara oleh Abu Talib (bapa saudara).
  • Berniaga sehingga ke Syam dan sekitar kota Makkah.
  • Menjalankan perniagaan milik Siti Khadijah dengan sifat:
    • Amanah
    • Budi pekerti
  • Perkahwinan antara Nabi Muhammad SAW dengan Khadijah diadakan.
 
Nabi Muhammad SAW sebagai Pemimpin Agama Islam
 
  • Penerimaan wahyu oleh Nabi Muhammad SAW melambangkan permulaan Tamadun Islam
 
Wahyu yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW

Wahyu pertama

Surah al-Alaq

(ayat 1 hingga 5)
Membaca dan menulis merupakan asas ilmu pengetahuan untuk melahirkan tamadun.

Wahyu kedua

Surah al-Mudassir

(ayat 1 hingga 7)
Pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT untuk menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia.
 
  • Dakwah Nabi Muhammad SAW dilakukan dalam dua peringkat:
    1. Secara rahsia
    2. Secara terang-terangan
 
Dakwah Nabi Muhammad SAW
Secara rahsia Selama 3 tahun

Individu yang memeluk Islam:

  • Siti Khadijah
  • Ali bin Abi Talib
  • Zaid bin Haritha
  • Abu Bakar al-Siddiq
Secara terang-terangan

Dakwah disebarkan melalui:

  • Sahabat
  • Di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam
 
  • Penghijrahan ke Madinah berlaku demi menyebarkan Islam.
  • Nabi Muhammad SAW menjadi pemimpin Madinah.
  • Baginda merangka Piagam Madinah.
  • Mengamalkan 4 sifat terpuji dalam kehidupan:
    • Siddiq (benar)
    • Amanah
    • Tabligh (menyampaikan ajaran Islam)
    • Fatanah (bijaksana)
  • Dakwah Islam telah melalui utusan ke Rom, Parsi, Mesir dan Habsyah.
  • Nabi Muhammad SAW tidak memaksa mereka memeluk Islam.
  • Menggunakan cara diplomasi dalam berdakwah.
  • Para pendakwah yang berdagang turut menyebarkan Islam.
 

 

 
Penyebaran Islam pada Zaman Khulafa al-Rasyidin
 
  • Penyebaran Islam dilakukan oleh Khulafa al-Rasyidin selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.
  • Perkembangan penyebaran Islam meliputi kawasan:
    • Makkah
    • Madinah
    • Utara Semenanjung Tanah Arab
      • Iraq
      • Syam
      • Mesir
 
Penyebaran Islam pada Zaman Khulafa al-Rasyidin
1. Abu Bakar al-Siddiq
  • Mengetuai peperangan al-Riddah yakni memerangi golongan murtad.
  • Mencapai kemenangan dan ramai yang memeluk Islam.
2. Umar bin al-Khattab
  • Membuka wilayah baharu di Iraq, Syam dan Mesir.
  • Wilayah Islam dibahagikan kepada beberapa bahagian bagi melancarkan pentadbiran.
3. Uthman bin Affan
  • Mentadbir wilayah Islam yang merangkui kerajaan Parsi dan beberapa bahagian kerajaan Byzantium.
  • Melantik gabenor untuk mengetuai pentadbiran.
4. Ali bin Abi Talib
  • Agama Islam semakin mantap.
  • Wilayah Islam bertambah luas dan makmur.
 
Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan-kerajaan Islam
 
Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan-kerajaan Islam
Kerajaan Bani Umaiyah Kerajaan Bani Abbasiyah Kerajaan Turki Uthmaniyah
  • Pentadbiran berpusat di Damsyik (661 M – 750 M) dan di Cordoba, Sepanyol (756 M – 1 031 M).
  • Islam bertapak di India dan Asia Tengah.
  • Utusan persahabatan sampai ke China.
  • Islam tersebar ke Afrika Utara dan Eropah.
  • Andalusia (Sepanyol) menjadi pintu masuk ke benua Eropah.
  • Pentadbiran berpusat di Baghdad dan bertahan selama 5 abad (750 M – 1 258 M).
  • Perkembangan ilmu pengetahuan sehingga berkembang ke Eropah.
  • Islam berkembang ke Samaniyah di Transoxania hingga ke barat India.
  • Pentabiran berpusat di Anatolia.
  • Perkembangan Islam ke rantau Balkan, Eropah Timur, sempadan Rusia dan sekitar Laut Hitam.
  • Kekal penguasaan di Asia Barat.
  • Pengaruh sampai ke Alam Melayu.
 

 

 
Imej ini menunjukkan peta minda yang menerangkan faktor-faktor penyebaran Islam. Di tengah-tengah peta minda terdapat kotak merah dengan teks ‘FAKTOR-FAKTOR PENYEBARAN ISLAM’. Terdapat tujuh cabang yang keluar dari kotak tengah ini, setiap satu mengandungi faktor yang berbeza: 1. Kesyumulan Islam 2. Prinsip keterbukaan 3. Prinsip kesaksamaan 4. Dakwah 5. Hubungan diplomatik 6. Perdagangan 7. Pembukaan wilayah baharu Setiap faktor ditulis dalam kotak putih dengan nombor yang berurutan.