04-01: Latar Belakang Sistem Persekutuan di Negara Kita

4.1 Latar Belakang Sistem Persekutuan di Negara Kita
 
Pengenalan
  • Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Persekutuan.
  • Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri dan membentuk negara bersekutu.
 
Unsur penting dalam sebuah negara Persekutuan
  • Kerajaan Persekutuan (Kerajaan Pusat)
  • Kerajaan Negeri
  • Pembahagian kuasa dalam sistem pentadbiran
 
Sejarah Pembentukan Konfederasi Negeri Sembilan 1895
  • Pada tahun 1889, Luak Tampin, Rembau dan Seri Menanti disatukan sebagai Konfederasi Seri Menanti dan bersetuju terima Residen British.
  • Pada tahun 1895, satu perjanjian ditandatangani antara Yamtuan Besar Seri Menanti dengan Undang Johol, Sungai Ujong, Jelebu, Rembau dan Tunku Besar Tampin bagi menubuhkan sebuah konfederasi lebih besar iaitu Negeri Sembilan.
  • Mereka setuju terima Residen British bagi membantu pentadbiran.
  • Yamtuan Besar Seri Menanti Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah dilantik YDPB Negeri Sembilan pertama.
  • Martin Lister sebagai Residen pertama Negeri Sembilan.
 
Gambar ini menunjukkan carta alir mengenai pembentukan sistem persekutuan di Malaysia. Carta ini bermula dengan ‘Persekutuan 1896’ diikuti oleh ‘Majlis Mesyuarat Persekutuan 1927’. Seterusnya, ia menunjukkan ‘Kesatuan Malaya 1946 (Malayan Union)’ yang membawa kepada ‘Persekutuan Tanah Melayu 1948’. Dari situ, ia berlanjut ke ‘Persekutuan Tanah Melayu 1957’ dan akhirnya ke ‘Persekutuan Malaysia 1963’. Di sudut kanan bawah, terdapat logo ‘Pandai’.
 
Pembentukan Sistem Persekutuan di Malaysia
Persekutuan 1896
  • Berkuat kuasa pada tahun 1896 dan dikenali sebagai NNMB.
  • Tidak mempunyai agihan kuasa dan fungsi khusus antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
  • Keputusan pentadbiran dibuat oleh Residen Jeneral.
\(\downarrow\)
Majlis Mesyuarat Persekutuan 1927
  • Majlis ini distruktur semula pada 1927.
  • Untuk memperkemas tadbir urus Persekutuan dan mengukuhkan kedudukan British di Tanah Melayu.
\(\downarrow\)

Kesatuan Malaya 1946
(Malayan Union)

  • Pada 1946, Kesatuan Malaya 1946 atau Malayan Union.
  • Kesatuan dibawah Malayan Union turut membayangkan pembentukan sebuah kerajaan pusat yang kuat di bawah kuasa Gabenor British.
  • Gagal diteruskan setelah mendapat bantahan daripada Raja-raja Melayu dan orang Melayu.
\(\downarrow \)
Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • Gabungan 9 negeri Melayu dan 2 NNS yang dikenali Persekutuan Tanah Melayu.
  • Menetapkan kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
  • Pesuruhjaya Tinggi British dilantik sebagai ketua Persekutuan.
  • Raja-raja Melayu memerintah negeri mengikut perlembagaan negeri masing-masing.
\(\downarrow\)
Persekutuan Tanah Melayu 1957
  • Muncul pada 31 Ogos 1957.
  • Mewujudkan sebuah Kerajaan Persekutuan yang kuat bagi melicinkan pentadbiran negara yang berdaulat.
  • Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Persekutuan.
  • Diperkukuh dengan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
\(\downarrow\)
Persekutuan Malaysia 1963
  • Pada 16 September 1963, lahir sebuah Persekutuan yang terdiri 11 buah negeri Tanah Melayu, Singapura serta Sarawak dan Sabah.
  • Persekutuan ini dinamakan Malaysia.