03-01: Latar Belakang Pemerintahan Beraja dan Demokrasi Berparlimen

 
3.1 Latar Belakang Pemerintahan Beraja dan Demokrasi Berparlimen
 
Pemerintahan Beraja Kesultanan Melayu Melaka
  • Raja ialah pemerintah kuasa mutlak (kuasa pemerintahan termasuk kuasa pentadbiran, perundangan dan kehakiman)
  • Pemerintahan berdasarkan undang-undang seperti

                 i)Hukum Kanun Melaka

                ii) Undang-Undang Laut Melaka

  • Pemerintahan ini membina tradisi dan adat istiadat yang diwarisi oleh kesultanan Melayu
  • Raja-raja Melayu dianggap sebagai sumber undang-undang, ketua kerajaan dan ketua agama
  • Keabsahan bagi semua tindakan terletak pada kedaulatan Raja-raja Melayu
 
Sebelum Perang Dunia Kedua
  • British memperkenalkan Sistem Residen di NNMB dan Sistem Penasihat di NNMTB
  • Raja-raja Melayu memerintah dengan campur tangan British
 
Semasa Pendudukan Jepun
  • Raja-raja Melayu diiktiraf sebagai ketua hal ehwal agama Islam
  • Kedudukan Raja-raja Melayu di negeri masing-masing berada bawah pengawasan Gabenor Jepun di Tanah Melayu
 
Selepas Perang Dunia Kedua
  • Perkenalan Malayan Union mencabarkan pemerintahan beraja
  • kuasa pemerintahan diambil oleh Raja England
  • British memerintah Malayan Union melalui Gabenor
  • Penentangan Malayan Union oleh Raja-raja Melayu menyebabkan MU digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 
  • Kedaulatan Raja-raja Melayu dikembalikan melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • Undang-undang Tubuh mengangkat Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan
 
 
Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen Selepas Merdeka
  • Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sebagai Ketua Utama Negara
  • kuasa dan tugasnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
  • Ciri Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen dalam Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf raja sebagai pemerintah tertinggi negara
  • Rakyat boleh pilih wakil mereka melalui pilihan raya