Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu

10.5  Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu
 
  • PTM memperoleh kedaulatan atau kuasa tertinggi membolehkan kita membuat keputusan tentang hal yang berhubung dengan pentadbiran dan politik negara.
 

wilayah pengaruh

  • Merujuk kawasan yang mempunyai sempadan untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu.
  • Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1957 terdiri daripada:
    • Perlis.
    •  Kedah.
    • Perak.
    • Pulau Pinang.
    • Selangor.
    • Negeri Sembilan.
    • Melaka.
    • Pahang.
    • Johor,
    • Kelantan
    • Terengganu
  • Setiap negeri berdaulat diketuai Raja, Yang di-Pertuan Besar / Yang DiPertua Negeri.
 

Kerajaan

  • Institusi yang bertanggungjawab menguruskan dan mantadbir negara.
  • Kerajaan terbahagi kepada 3 komponen iaitu
    • Badan Perundangan
    • Badan Eksekutif
    • Badan Kehakiman
  • Dalam amalan demokrasi, kuasa memerintah dipegang oleh kerajaan yang dipilh rakyat melalui pilihan raya.
  • Rakyat bertanggungjawab memilih wakil mereka melalui pilihan raya.
 

Kedaulatan undang-undang

  • Bermaksud kerajaan dan rakyat keseluruhannya tertakluk di bawah undang-undang.
  • Penting untuk pastikan keamanan negara.
  • Kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas kedaulatan negara.
 

Lambang kebangsaan

  • Jata Negara, lagu kebangsaan, bendera kebangsaan dan bungan kebangsaan merupakan identiti dan jati diri rakyat.
  • Lambang menjadi simbol perpaduan.
  • Setiap elemen mempunyai maksud berdasarkan sosiobudaya dan sejarah negara.
 

Pengiktirafan sebagai rakyat

  • Membolehkan kita mendapat hak asasi (hak yang dimiliki oleh seseorang di sisi undang-undang) seperti:
    • kebebasan bersuara
    • mengeluarkan pendapat
  • Rakyat mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap negara.