Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita

 
10.4  Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita
 
Politik
 
  • Kesan dapat dilihat pada peringkat negara dan antarabangsa.
  • Melalui sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
  • Sistem Peundagan dan pentadbiran tempatan menjadi lebih berkesan.
  • Pengamalan Sistem Raja Berperlembagaan
    • Selepas merdeka negara kita amalkan konsep Raja Berperlembagaan.
    • YAng di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara.
  • Demokrasi Berparlimen
    • Rakyat mempunyai kuasa untuk memilih kerajaan dan pemerintah melalui pilihan raya.
    • Parlimen menggubal undang-undang pada peringkat Persekutuan.
    • Peringkat negeri, Dewan Undangan Negeri berkuasa menggubal undang-undang.
  • Pentadbiran Negara
    • Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana menteri.
    • Beliau kekalkan ahli kabinet dan melantik Dato' Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri.
    • Menteri Luar dilantik sebagai tanda kebebasan negara menjalankan dasar luar negara.
    • Jawatan disandang oleh Tunku Abdul Rahman.
  • Cabaran Kerajaan Persekutuan.
    • Menggantikan pegawai Eropah dengan rakyat tempatan.
    • Khususnya dalam bidang
      • Professional
      • Pendidikan tinggi
      • Keselamatan
      • Pertahanan
 

 

Peringkat Antarabangsa
 
  • Dasar Luar
    • Melalui pengukuhan Kementerian Luar.
    • Kumpulan pertama pegawai dihantar ke Britain untuk mendapatkan latihan.
    • Tokoh penting dalam menentukan dasar luar negara seperti Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie dan Dr. Ismail Abdul Rahman yang pernah dilantik sebagai Menteri Luar.
    • Negara menjalinkan hubungan dengan Indonesia, India, New Zealand, Mesir dan Jepun.
  • Menganggotai Komanwel
    • Negara diterima menyertai pertubuhan Komanwel.
    • Untuk merapatkan hubungan sosioekonomi dengan negara ahli Komanwel.
  • Pertahanan Negara
    • Negara kita dilindungi oleh pembentukan kerjasama pertahanan Britain, Australia dan New Zealand.
    • Tunku Abdul Rahman menegekalkan hubungan baik dengan Britain dan negara Komanwel.
    • Negara belum mempunyai pertahanan menyebabkan negara memerlukan bantuan dari Britain dengan perjanjian pertahanan yang dinamakan Anglo Malaya Defence Agreement (AMDA) pada 1957.
  • Penyertaan dalam Blok Sterling
    • Negara menggunakan Pound Sterling dalam urusan perdagangan antarabangsa.
    • Hasil getah dan bijih timah memperkuat kedudukan mata wang Pound Sterling.
    • Penyertaan PTM yang mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh dalam Sistem Keutamaan Tarif Komanwel (Commonwealth Preferential Tariff System) turut memperkukuh kedudukan ekonomi ahli-ahlinya.
  • Diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
    • Negara kita menjadi ahli PBB dalam persidangan pada 17 September 1957.
    • Merupakan anggota ke 82.
    • Bendera kita dikibarkan dalam satu upacara rasmi di ibu pejabat PBB di New York pada 15 Oktober 1957.
    • Negara kita turut menjunjung prinsip PBB untuk melindungi hak asasi manusia.
  • Misi Pengaman PBB
    • Negara terlibat dalam misi pasukan pengaman PBB di Congo.
    • Pemilihan menggambarkan kepercayaan dan pengiktirafan tertinggi PBB kepada sebuah negara baru terlibat dalam pengurusan konflik antarabangsa.
 

 

Ekonomi
 
  • Rancangan Malayan Pertama 1956-1960
    • Tumpuan pada sektor luar bandar.
    • Kerajaan mempelbagaikan keluaran peranian.
    • KUrangkan kebergantungan pada pengeluaran getah.
    • Tambahkan peluang pekerjaan untuk kurangkan kadar kemiskinan.
  • Lembaga Kemajuan tanah Persekutuan (FELDA)
    • Ditubuhkan pada tahun 1956.
    • Memajukan tanah baharu secara besar-besaran untuk pertanian dan penempatan semula masyarakat.
    • Keluarga dari kawasan luar bandar dipindahkan ke rancangan tanah FELDA untuk menanam getah dan kelapa sawit.
    • Perumahan dan kemudahan asas disediakan.
  • Institusi Kewangan Tempatan
    • Malay National Bank atau Bank Kebangsaan Melayu, bank pertama khusus untuk orang Melayu ditubuhkan oleh MaarofZakaria.
    • Bank Negara beroperasi untuk kestabilan kewangan.
    • Kwong Yik Bank ditubuhkan di Kuala Lumpur.
  • Pembangunan Luar Bandar
    • Kementerian Pembangunan Luar Bandar diwujudkan.
    • Untuk membangunkan infrastruktur, sosial dan ekonomi luar bandar.
    • Majlis Pembangunan Luar Bandar ditubuhkan pada peringkat negeri dan daerah - rancang dan selaraskan projek pembangunan.
    • Kerajaan beri keutamaan kepada penyediaan kemudahan asas untuk penduduk luar bandar.
  • Rancangan Buku Merah
    • Dilancarkan pada 25 Januari 1961.
    • Berkaitan kemudahan asas:
      • jalan kampung
      • jambatan
      • surau
      • bekalan air
      • bekalan elektrik
    • Pemantauan dan maklum balas diletakkan di dalam Bilik Gerakan Kemajuan Negara pada peringkat daerah, negeri dan pusat.
 

 

Sosial
 
Gambar ini memaparkan satu carta atau peta minda dalam bentuk hierarki yang menerangkan tentang bidang sosial di Malaysia. Carta ini mengandungi beberapa bentuk bersegi empat yang berwarna perang dan kelabu, dihubungkan dengan garisan lurus.  Pada bahagian atas, terdapat satu bersegi empat perang bertuliskan