Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Pemasyuran Kemerdekaan
Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara
10.3
Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara
Permulaan Sambutan Pemasyhuran Kemerdekaan Negara
Permulaan sambutan diraikan pada malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor.
Tengah malam 30 Ogos 1957, jalan sekitar bandar Kuala Lumpur dipenuhi kenderaan.
Suasana malam penuh meriah diterangi lampu hiasan dan kedai dibuka sehingga larut malam.
Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara
10.00 malam
Wakil Parti Perikatan dari Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura berpakaian baju Melayu hitam diketuai oleh Sardon Jubir mengambil tempat duduk.
10.30 malam
Seramai 300 orang pemuda membentuk barisan kehormat mengambil tempat di tengah padang menghadap Jalan Raja (menara jam).
Perbarisan diketuai Ismail Bontak.
11.58 malam
Semua lampu di padang dan sekelilingnya dipadamkan sehingga seluruh kawasan gelap gelita.
12.00 tengah malam
Lampu dipasang semula sejurus jam besar menunjukkan detik 12:00 tengah malam.
Diikuti dengan laungan "Merdeka".
Tunku Abdul Rahman kehadapan menghadap ketiga-tiga tiang bendera.
Bendera Union Jack diturunkan oleh Tahir Abdul Majid diiringi lagu
God Save The Queen
.
Dimainkan sebagai tanda penamat pentadbiran British di Tanah Melayu.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan diiringi lagu Negaraku yang diperdengar buat kali pertama kepada umum pada malam bersejarah.
Sorakan “Merdeka” sebanyak 7 kali.
Tunku Abdul Rahman memberikan tabik hormat semasa bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan.
Pertunjukan bunga api pada malam merdeka dihadiahkan oleh kerajaan Jepun.
12.10 tengah malam
Tunku Abdul Rahman menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan perwakilan negeri.
Pasukan Pemuda Perikatan seramai 24 orang yang diketuai Abdul Majid Othman tampil membawa dulang berisi rantai emas yang tergantung padanya sebutir Pingat Emas.
Pingat ini berukir peta Semenanjung Tanah Melayu serta gambar Tunku di dalam peta itu.
Di tepi bulatan peta, ditulis perkataan “Bapa Kemerdekaan Tanah Air” gelaran kepada Tunku.
Rantai emas dikalungkan oleh Sardon Jubir ke leher Tunku diikuti laungan “Bapa Kemerdekaan Tanah Air” sebanyak 3 kali.
12.25 tengah malam
Tunku Abdul Rahman menyampaikan ucapan dengan penuh semangat.
12.55 tengah malam
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Haji Massood Hayati.
Peristiwa Bersejarah di Stadium Merdeka
8.15 pagi
Di atas pentas kelihatan Raja-raja Melayu dan wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester serta pegawai tinggi British dipayungi biduanda.
Bunyi nafiri dimainkan setiap kali pembesar negara tiba.
Duke of Gluocester memberi ucapan dan penyerahan Surat Perlembagaan Serahan Kuasa kepada Tunku Abdul Rahman.
Tunku Abdul Rahman membaca Pemasyhuran Kemerdekaan untuk isytiharkan Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka" sebanyak tujuh kali.
Disusuli laungan azan oleh Ustaz Hassan Azhari sebagai tanda kesyukuran.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan diiringi dengan lagu Negaraku
Sebanyak 101 das tembakan dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu sebuah negara yang merdeka.
11.00 pagi
Istiadat angkat sumpah Yang di-Pertuan Agong diadakan di Balairong Seri, Istana Negara.
Pelantikan jawatan Perdana Menteri, Ahli Jemaah Menteri, Hakim Besar dan Gabenor Pulau Pinang dan Melaka.
1.30 tengah hari
Majlis Jamuan di Residensi diadakan bagi mengucapkan selamat jalan kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi British Sir Donald MacGillivray.
5.25 petang
Sir Donald MacGillivray dan isteri berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke England.
Beliau diberikan penghormatan dengan permaidani merah dan barisan kehormat oleh Batalion Keempat Askar Melayu.

Chapter : Pemasyhuran Kemerdekaan
Topic : Pemasyuran Kemerdekaan
Form 4
Sejarah
View all notes for Sejarah Form 4
Related notes
Pengertian Kemerdekaan
Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara
Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita
Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu
Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat
Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka
Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang sebelum kedatangan Barat
Peranan Pemerintah dan Rakyat dalam Pemerintahan sebelum Kedatangan Barat
Maksud Nasionalisme
Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat
Report this note
Redeem eVouchers
Treat yourself with rewards for your hard work
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account