Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

 
10.2  Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara
 
  • Beberapa persediaan harus dilakukan pada peringkat Persekutuan dan negeri.
  • Dibuat melalui penubuhan jawatankuasa persediaan fizikal dan sambutan.
  • Tumpuan upacara di Padang Kelab Selangor dan Stadium Merdeka.
  • Pada 8 Julai 1957, Tunku Abdul Rahman berucap dalam Radio Malaya - seru rakyat raikan Hari Kemerdekaan dengan meriah.
  • 3 Ogos 1957, Dato' Abdul Razak Hussein memaklumkan menerusi Radio Malaya atur cara sambutan kemerdekaan
 
Jawatankuasa Persediaan Fizikal
 
  • Penonjolan identiti negara perlu diberikan perhatian.
    • Peminaan stadium untuk meraikan kemerdekaan dan istana untuk Yang di-Pertuan Agong.
  • Tunku Abdul Rahman mencadangkan lagu rasmi kebangsaan dicipta.
    • Sebuah Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan dibentuk dan dipengerusikan oleh Tunku Abdul Rahman dan dibantu oleh Yaacob Abdul Latiff (Pengarah Jabatan Penerangan).
    • Lagu Negaraku yang berasal dari lagu Terang Bulan (lagu negeri Perak) dicipta sebagai lagu kebangsaan.
  • Penggunaan bendera Persekutuan Tanah Melayu akan dijadikan sebagai bendera kebangsaan.
    • Reka bentuk oleh Mohamed Hamzah, kakitangan Jabatan kerja Raya Negeri Johor.
    • Bendera mula dikibarkan pada 26 Mei 1957 secara rasmi.
  • Penggunaan Jata Negara diperkenalkan oleh Raja-raja Melayu pada 30 Mei 1957.
  • Kementerian Pertanian meninjau pendapat rakyat untuk tentukan bunga kebangsaan.
    • Bunga raya dipilih oleh Tunku Abdul Rahman sebagai bunga kebangsaan.
 
 Gambar menunjukkan jawatankuasa sambutan  pemasyhuran kemerdekaan negara yang Diadakan untuk memeriahkan sambutan pada peringkat ibu kota dan negeri di mana Bangunan di sekitar bandar, jalan raya dan Padang Kelab Selangor dihiasi lampu Hiasan bendera dan Sebanyak 75 ribu bendera Persekutuan Tanah Melayu ditempah khas dari kilang kain di Jepun dan dibawa dengan kapal laut, Menteri dan pegawai tinggi kerajaan disediakan pakaian khas ilham Tunku Abdul Rahman sendiri, Sejenis pakaian dari Kedah,