Pengertian Kemerdekaan

 
10.1  Pengertian Kemerdekaan
 
  • 31 Ogos 1957 / 5 Safar 1377.
  • Merdeka bererti bebas daripada cengkaman kuasa asing dan bebas menentukan pemerintahan dan hala tuju negara.
 
Takrif kemerdekaan
 
  • Takrif merdeka menurut Kamus Dewan: bebas daripada penjajahan, kurungan atau naungan.
  • Negara merdeka bermakna negara yang berdaulat iaitu mempunyai kuasa tertinggi.
 
 Gambar menunjukkan TAKRIF KEMERDEKAAN YANG DIBERIKAN OLEH TOKOH seperti SAYYID JAMAL ALDIN AL-AFGHANI, MAHATMA GHANDI, NELSON MANDELA, RASHID RIDA, SOEKARNO, PRESIDEN INDONESIATokoh gerakan Pan- Islamisme, Perjuangan bagi menghadapi penjajah hendaklah disertai semangat kebangsaan (jinsiyyah) dan cinta akan tanah air yang merdeka (wataniyyah), Rakyat perlu membebaskan diri daripada pencerobohan luar dengan bersatu padu bagi mempertahankan maruah diri, bangsa, agama dan negara, Kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara untuk bebaskan diri daripada penjajah Barat, Menghidupkan sistem khalifah dan hapuskan ikatan perkauman, Tokoh pejuang kemerdekaan India. • Perjuangkan pembebasan rakyat India daripada kemiskinan, Mengatakan kemerdekaan perlu merangkumi politik, ekonomi dan moral, Setiap negara berhak menguruskan negaranya, Seorang tokoh pejuang kemanusiaan, Membebaskan rakyat Afrika daripada penindasan aparteid. Beliau berpendapat bahawa kebebasan adalah satu pertempuran terhadap sistem yang menindas.Dapat dicapai melalui politik, bebas dari perhambaan, kemiskinan dan derita. Kemerdekaan bermaksud bebas selamanya. Mempunyai kebebasan untuk berfikir, bertindak dari politik penindasan dan rejim autokratik. Kemerdekaan akan membentuk masyarakat yang demokratik tanpa kelas dan kasta.
 

 

 
 Gambar menunjukkan TAKRIF KEMERDEKAAN YANG DIBERIKAN OLEH TOKOH seperti TUNKU ABDUL RAHMAN, PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG PERTAMA, TUN TEMENGGOH JUGAH ANAK BARIENG, PEMIMPIN PARTI PESAKA, TUN FUAD STEPHENS, KETUA MENTERI SABAH YANG PERTAMA dsn TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA Kemerdekaan ibarat perhentian dalam perjalanan yang jauh, Melalui kemerdekaan, keselamatan negeri lebih terjamin. • Dapat mengatasi ancaman komunis, Melalui kemerdekaan, keselamatan sosial Borneo Utara dan penduduk peribumi akan lebih terjamin, Merdeka juga bermaksud menghayati jiwa merdeka dengan sayangi negara sepenuh hati dan sanggup berkorban demi negara.