Langkah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka

9.3  Langkah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka
 
  • Sebanyak 131 memorandum bertulis diterima daripada Raja-raja Melayu, parti politik, badan awam dan orang perseorangan.
  • Memorandum berkaitan dengan corak pentadbiran, kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa serta pendidikan.
 
Imej ini menunjukkan sebahagian daripada Memorandum Daripada Pihak Raja-Raja Melayu dalam bentuk peta minda atau carta alir. Ia mengandungi 5 perkara utama dalam bentuk kotak berwarna merah jambu dan merah.  01) Mencadangkan supaya Persekutuan yang merdeka mempunyai seorang Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong (YDPA)  02) Tempoh jawatan sebagai YDPA ialah 5 tahun  03) Raja-raja Melayu melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain  04) YDPA boleh meletak jawatan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja    05) YDPA harus dipilih oleh Raja-raja Melayu berdasarkan kekananan  Perkara-perkara ini dihubungkan dengan anak panah merah yang menunjukkan aliran maklumat. Warna merah dan merah jambu mendominasi carta alir ini. Logo Pandai dipaparkan di bahagian bawah imej.
 
Memorandum daripada Parti Politik dan Pihak Awam:
 
  • Soal Kewarganegaraan
    • Parti Perikatan
      • Menyuarakan cadangan melalui memorandum dinamakan “Testament Amanah Politik Parikatan”.
      • Terdapat perbezaan pandangan tentang isu Jus Soli dalam Perikatan.
      • Beberapa pihak dalam UMNO
        • menolak pemberian kewarganegaraan jus soli.
      • Dewan Perniagaan Melayu
        • memohon mengetatkan warganegara.
      • Persatuan Dewan Perniagaan Cina se-Malaya
        • menggesa suruhanjaya membuat peruntukan bagi kewarganegaraan menerusi kelahiran.
      • Masyarakat India.
        • menuntut kedudukan kewarganegaraan meraka diteliti
      • Masyarakat Serani
        • mahu hak mereka dipertahankan
 
  • Bahasa dan Pendidikan
    • Memorandum dari MCA
      • menuntut semua sekolah yang menggunakan aliran bahasa Inggeris atau vernakular diteruskan.
    • Memorandum mencadangkan semua sekolah kebangsaan pelajari bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil.
 

 

 
  • Draf perlembagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu:
    • Meneruskan sistem kerajaan Persekutuan dengan negeri mempunyai kuasa tertentu.
    • Sistem kewarganegaraan berasaskan jus soli kepada semua yang lahir di Tanah Melayu.
    • Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan.
    • Raja-Raja diterima dengan konsep Raja Berpelembagaan dengan seorang Yang di-Pertuan Agong dipilih bagi Persekutuan Tanah Melayu.
    • Sebuah parlimen dengan 2 Majlis Mesyuarat dibentuk
      • Dewan Negara
      • Dewan Rakyat
 
Reaksi terhadap Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
 
  • UMNO dan Parti PAS
    • tidak bersetuju dengan konsep jus soli - bimbang kedudukan istimewa orang Melayu tergugat.
    • Agama Islam sebagai agama rasmi.
    • Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
  • Dato Onn Jaafar (Parti Negara)
    • Menolak syarat kewarganegaraan yang longgar.
    • Parti Negara, PAS dan Parti Rakyat mengadakan kongres.
  • Pertubuhan Cina
    • Ingin menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan
  • MIC
    • Memberi perhatian kepada syarat kewarganegaraan dan penggunaan bahasa Tamil.
 
  • Tunku Abdul Rahman, Dato' Abdul Razak Huseein, Ong Yoke Lin dan V.T. Sambanthan berangkat ke London - bincangkan isu kewarganegaraan.
  • Hasil pindaan disembah perkenan dan dibincang dalam Majlis Raja-Raja.
  • Draf dibawa ke Majlis Perundangan Persekutuan untuk dibentangkan dan dibahas.
  • Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diluluskan oleh Parlimen British dan Majlis Perundangan Persekutuan.
  • Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957.