Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

9.2  Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
 
  • Pada 8 Mac 1956, kerajaan Britihs mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Reid atau dinamakan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
  • Memulakan tugas pada akhir bulan Jun 1956.
  • Antara tugasnya adalah membincangkan, menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
  • Terma rujukan Suruhanjaya Reid:
    • Memeriksa aturan perlembagaan yang wujud di seluruh Tanah Melayu, mengambil kira kedudukan dan martabat Ratu England dan Raja-raja Melayu.
    • Memberikan cadangan terhadap Perlembagaan Persekutuan sebagai unit tunggal, bebas dan berkerajaan sendiri dalam lingkungan Komanwel berdasarkan Demokrasi Berparlimen.
    • Mewujudkan kerajaan pusat yang kuat dengan kerajaan negeri juga mempunyai autonomi tertentu.
    • Melindungi kedudukan Raja²-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan di negeri masing-masing.
    • Mencadangkan satu jawatan bagi ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Besar (kemudiannya dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong) untuk Persekutuan Tanah Melayu.
    • Mengadakan satu bentuk kewarganegaraan bagi Persekutuan Tanah Melayu.
    • Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.
 
Tugas Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
  • Meminta cadangan penduduk secara lisan atau bertulis.
  • Menerima memorandum bertulis.
  • Meneliti kedudukan perlembagaan bagi negeri dalam Persekutuan menghadap Raja-raja Melayu, Menteri Besar, Penasihat British dan pegawai negeri.
  • Bermesyuarat dan melawat negeri Melayu serta Negeri-negeri Selat.
  • Mengadakan persidangan untuk bincangkan pelbagai isu.
  • 188 perjumpaan diadakan dari Jun hingga Oktober 1956.
  • Mengkaji dan membuat laporan dan cadangan membentuk perlembagaan.
  • Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan berunding dengan pelbagai pihak.
  • Mereka menyuarakan idea dan pandangan untuk membentuk negara merdeka yang sejahtera.
Anggota Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
  • Lord Reid (Britain) sebagai pengerusi
  • Sir William Ivor Jennings (Britain)
  • Sir William Mckell (Australia)
  • Hakim B. Malik (India)
  • Hakim Abdul Hamid (Pakistan)