Usaha Rundingan Kemerdekaan

 
9.1  Usaha Rundingan Kemerdekaan
 

Perubahan di dalam dan di luar negara:

  • Terdapat usaha membebaskan negara daripada penjajahan seperti di Mesir, India, Burma dan Filipina.
  • Kerajaan British beri jaminan mereka akan bantu Persekutuan Tanah Melayu untuk berkerajaan sendiri.
  • Pilihan Raya Umum 1955 jadi asas pembentukan perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri.
 

Kepentingan rundingan kemerdekaan antara wakil Raja-raja Melayu dengan wakil Parti Perikatan:

  • Tunku Abdul Rahman dan wakil Raja-raja Melayu jelaskan perlunya rundingan di London untuk membincangkan hal:
    • keselamatan
    • hubungan British-Tanah Melayu
    • Perlembagaan negara yang akan merdeka.
  • Ahli Rombongan ke London:
    • Wakil Raja-Raja Melayu
      • Menteri Besar Perak: Dato’ Panglima Bukit Gantang (Dato’ Haji Wahab Abd Aziz)
      • Menteri Besar Selangor: Encik Abdul Aziz Abdul Majid
      • Menteri Besar Johor: Dato’ Mohd Seth Mohammad Said
      • Menteri Besar Kelantan: Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood
    • Wakil Parti Perikatan
      • Tunku Abdul Rahman
      • Dato’ Abdul Razak Hussein
      • H.S. Lee
      • Dr. Ismail Abdul Rahman
  • Antara pihak yang sokong perundingan:
    • E.E.C. Thuraisingham
    • wakil orang Ceylon
    • Ketua Parti Rakyat (Ahmad Boestamam)
    • pemimpin Parti Negara
    • wakil Parti Buruh
    • wakil kaum Serani
 

Perjalanan rombongan rundingan kemerdekaan ke London

  • Rombongan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.
  • Beliau merancang untuk menaiki kapal laut ke Karachi untuk menggunakan masa untuk berbincang dengan wakil Raja-raja Melayu.
  • Tunku Abdul Rahman berangkat dari Kuala Lumpur ke Singapura.
  • 1 Januari 1956, rombongan kemerdekaan berlepas dari Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura menaiki kapal laut, M.V Asia.
  • Rombongan berhenti di Karachi, Pakistan kemudian berlepas ke London.
  • Tiba di London pada 14 Januari 1956.
  • Rundingan berlangsung dari 18 Januari sehingga 6 Februari 1956.
 

Perkara yang dirundingkan dan disepakati di London:

  • Perwakilan Tanah Melayu:
    • Menggantikan jawatan Setiausaha Kewangan dengan Menteri Kewangan.
    • Menteri Hal Ehwal Ekonomi hendaklah dalam kalangan rakyat Persekutuan Tanah Melayu.
    • Menteri Pertahanan diggantikan dengan Pengarah Gerakan, disandang oleh Pegawai British.
    • Tarikh kemerdekaan tidak lewat dari 31 Ogos 1957.
    • Berunding tentang isu Suruhanjaya Perlembagaan, kewangan, keselamatan dalam negeri dan perkhidmatan awam.
  • British
    • Ahli Majlis Eksekutif, selain Ketua Setiausaha dan Peguam Negara dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan nasihat Ketua Menteri.
    • Kerajaan PTM harus memberikan ganti rugi kepada pegawai British yang diberhentikan.
    • Mengadakan Perjanjian Pertahanan dan Bantuan Bersama antara PTM dengan British.
    • British dan Komanwel akan berikan bantuan seperti pertahanan pada Tanah Melayu.
  • Misi rombongan mendapat persetujuan kerajaan British untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu melalui Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu.
    • kedua-dua pihak setuju membentuk Suruhanjaya Perlembagaan.
  • Tarikh kemerdekaan dipersetujui pada 31 Ogos 1957.
    • Penetapan tarikh Kemerdekaan PTM ditentukan selepas Tunku Abdul Rahman dan beberapa pemimpin lain meminta pandangan daripada Sheikh Abdullah Fahim ulama besar dari Kepala Batas, Pulau Pinang.
 

Sambutan Bersejarah di Melaka

  • Rombongan merdeka selamat tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka.
  • Rombongan diarak hingga ke Padang Banda Hilir, Melaka.
  • Lebih kurang 100 ribu orang datang menaiki bas, lori, jalan kaki dari seluruh negara.
  • Tunku Abdul Rahman maklumkan melalui Perjanjian Kemerdekaan negara akan diberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
  • Rakyat melaungkan “Merdeka” dengan bergemuruh.