Usaha Rundingan Kemerdekaan

9.1 Usaha Rundingan Kemerdekaan
 
Perubahan Di Dalam Dan Luar negara
  • Terdapat usaha membebaskan negara daripada penjajahan seperti di Mesir, India, Burma dan Filipina.
  • Kerajaan British beri jaminan mereka akan bantu Persekutuan Tanah Melayu untuk berkerajaan sendiri.
  • Pilihan Raya Umum 1955 jadi asas pembentukan perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri.
 
Kepentingan Rundingan Kemerdekaan Antara Wakil Raja-raja Melayu Dengan Wakil Parti Perikatan
  • Tunku Abdul Rahman dan wakil Raja-raja Melayu jelaskan perlunya rundingan di London untuk membincangkan hal:
    • keselamatan
    • hubungan British-Tanah Melayu
    • Perlembagaan negara yang akan merdeka.
 
Ahli Rombongan ke London
  • Wakil Raja-Raja Melayu
    • Menteri Besar Perak: Dato’ Panglima Bukit Gantang (Dato’ Haji Wahab Abd Aziz)
    • Menteri Besar Selangor: Encik Abdul Aziz Abdul Majid
    • Menteri Besar Johor: Dato’ Mohd Seth Mohammad Said
    • Menteri Besar Kelantan: Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood
  • Wakil Parti Perikatan
    • Tunku Abdul Rahman
    • Dato’ Abdul Razak Hussein
    • H.S. Lee
    • Dr. Ismail Abdul Rahman
Imej ini menunjukkan rajah yang mengandungi beberapa kotak dengan teks di dalamnya, disusun dalam bentuk diagram alir. Di tengah-tengah, terdapat kotak bertulis ‘PIHAK YANG MENYOKONG RUNDINGAN KEMERDEKAAN ANTARA WAKIL-WAKIL MELAYU DENGAN WAKIL PARTI PERIKATAN’. Kotak ini dihubungkan dengan anak panah ke enam kotak lain yang mengelilinginya. Kotak-kotak tersebut bertulis: 1. ‘E.E.C. Thuraisingham’ 2. ‘Wakil kaum Serani’ 3. ‘Wakil Parti Buruh’ 4. ‘Pemimpin Parti Negara’
 
Perjalanan Rombongan Rundingan Kemerdekaan ke London
  • Rombongan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.
  • Beliau merancang untuk menaiki kapal laut ke Karachi untuk menggunakan masa untuk berbincang dengan wakil Raja-raja Melayu.
  • Tunku Abdul Rahman berangkat dari Kuala Lumpur ke Singapura.
  • 1 Januari 1956, rombongan kemerdekaan berlepas dari Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura menaiki kapal laut, M.V Asia.
  • Rombongan berhenti di Karachi, Pakistan kemudian berlepas ke London.
  • Tiba di London pada 14 Januari 1956.
  • Rundingan berlangsung dari 18 Januari sehingga 6 Februari 1956.
 
Perkara Yang Dirundingkan dan Disepakati di London
Perwakilan Tanah Melayu
  • Menggantikan jawatan Setiausaha Kewangan dengan Menteri Kewangan.
  • Menteri Hal Ehwal Ekonomi hendaklah dalam kalangan rakyat Persekutuan Tanah Melayu.
  • Menteri Pertahanan digantikan dengan Pengarah Gerakan, disandang oleh Pegawai British.
  • Tarikh kemerdekaan tidak lewat dari 31 Ogos 1957.
  • Berunding tentang isu Suruhanjaya Perlembagaan, kewangan, keselamatan dalam negeri dan perkhidmatan awam.
British
  • Ahli Majlis Eksekutif, selain Ketua Setiausaha dan Peguam Negara dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan nasihat Ketua Menteri.
  • Kerajaan PTM harus memberikan ganti rugi kepada pegawai British yang diberhentikan.
  • Mengadakan Perjanjian Pertahanan dan Bantuan Bersama antara PTM dengan British.
  • British dan Komanwel akan berikan bantuan seperti pertahanan pada Tanah Melayu.
 
Hasil Rundingan di London
  • Misi rombongan mendapat persetujuan kerajaan British untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu melalui Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu.
  • Kedua-dua pihak setuju membentuk Suruhanjaya Perlembagaan.
  • Tarikh kemerdekaan dipersetujui pada 31 Ogos 1957.
  • Penetapan tarikh Kemerdekaan PTM ditentukan selepas Tunku Abdul Rahman dan beberapa pemimpin lain meminta pandangan daripada Sheikh Abdullah Fahim ulama besar dari Kepala Batas, Pulau Pinang.
 
Sambutan Bersejarah di Melaka
  • Rombongan merdeka selamat tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka.
  • Rombongan diarak hingga ke Padang Banda Hilir, Melaka.
  • Lebih kurang 100 ribu orang datang menaiki bas, lori, jalan kaki dari seluruh negara.
  • Tunku Abdul Rahman maklumkan melalui Perjanjian Kemerdekaan negara akan diberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
  • Rakyat melaungkan “Merdeka” dengan bergemuruh.