Proses Pilihan Raya Umum Pertama

8.2  Proses Pilihan Raya Umum Pertama
 
  • Diadakan untuk merintis jalan ke arah kemerdekaan.
  • Pengisytiharan dibuat oleh Sri Donald MacGillivray.
  • Proses bermula bila tetapan bilangan ahli MPP, penentuan sempadan, pendaftaran pengundi, penamaan calon, mengadakan kempen, mengundi, kiraan undi dan umumkan keputusan.
 
Rundingan Sebelum pilihan Raya Umum

 

  • Dua bentuk penyata susunan MPP dikeluarkan:
    • Bentuk A dan Bentuk B
    • Kedua-dua bentuk mempunyai:
      • Seorang Speaker.
      • 3 orang ahli dilantik.
      • 11 orang wakil negeri.
      • 20 orang yang dilantik mewakili kepentingan tertentu.
      • 3 orang dilantik mewakili golongan minoriti.
      • 2 orang ahli rasmi (Setiausaha Pertahanan dan Setiausaha Ekonomi).
    • Bentuk A memilih 60 orang melalui pilihan raya manakala Bentuk B memilih 44 orang dan 8 orang tambahan lantikan oleh Pesuruhjaya Tinggi.
    • Tempoh pilihan raya Persekutuan bagi Bentuk A adalah tidak lewat daripada bulan November 1954.
    • Bentuk B tidak tetapkan tarikh atau masa tertentu.
    • Tunku Abdul Rahman dan Parti Perikatan memilih Bentuk A.
    • Jawatankuasa Pilihan Raya memilih Bentuk B.
    • Tunku Abdul Rahman bersama Tan Cheng Lock, T.H Tan dan Dato' Abdul Razak Hussein berangkat ke London.
    • Tujuannya untuk menentukan tiga perlima bilangan anggota MPP.
    • Hendaklah dipilih melalui pilihan raya.
    • Di London, dengan pertolongan Lord Ogmore, Tunku berjaya bertemu dengan ahli Parti Konservatif dan Parti Liberal.
    • Pada 14 Mei 1954, Tunku Abdul Rahman berjaya mengadakan rundingan dengan Oliver Lyttelton, Setiausaha Tanah Jajahan British.
    • Namun gagal mendapatkan rundingan tiga perlima ahli.
    • Akhirnya ahli MPP seramai 52 orang dipilih melalui pilihan raya.
    • Perkara ini dipersetujui oleh British dan Parti Perikatan.
 
Proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955

 

  • 26 April 1954,
    • Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan ditubuhkan.
    • Berjaya membentuk 52 kawasan pilihan raya.
  • Ogos 1954,
    • Rang Undang-Undang diluluskan bagi membolehkan pilihan raya diadakan.
  • Oktober 1954,
    • Pendaftaran pengundi mulai 18 Oktober di seluruh Tanah Melayu.
    • Manakala di Terengganu bermula 29 Okt 1954.
    • Syarat Pengundi
      • Warganegara PTM
      • Berumur 21 tahun ke atas
      • Individu yg tinggal di PTM dalam tempoh 6 bulan terdahulu (dari tarikh 17 Okt 1954 / 28 Okt 1954 bg Terengganu) layak untuk memohon sebagai pengundi.
  • 15 Jun 1955,
    • Penamaan calon.
    • Syarat untuk jadi calon
      • Warganegara PTM.
      • Umur 21 tahun ke atas.
      • Telah tinggal di PTM dan tinggal dalam tempoh 12 bulan sebelum hari penamaan calon.
      • Berpengetahuan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
  • Kempen pilihan raya selama 45 hari.
  • 27 Juali 1955, Mengundi.
  • Peti undi dibawa ke pusat pengiraan undi dan proses pengiraan undi dilakukan.
  • Keputusan.

Laporan Pilihan Raya MPP Tanah Melayu 1955

  • Mengandungi maklumat tentang urusan pemilihan, peraturan dan tindakan yang perlu diambil bagi menghadapi pilihan raya.
  • Laporan ini menggariskan langkah bagi mentadbir perjalanan pilihan raya, pembahagian kawasan, pendaftaran calon dan pengundi serta nama-nama calon dan parti yang bertanding.
 
Pilihan Raya awal di Sabah

 

  • 16 Disember 1962
    • Dibawah Local Goverment Elections Ordinance.
    • Untuk 118 kawasan (ward) di pihak berkuasa tempatan.
    • Setiausaha Kolonial bagi kerajaan tempatan selaku Penguasa Pilihan Raya bertanggungjawab menjalankan pilihan raya tersebut.
    • Seramai 202 calon bertanding bagi 118 kawasan.
    • Calon di 53 kawasan menang tanpa bertanding.
 
Pilihan Raya Awal di Sarawak

 

  • 1956, diadakan sebagai persediaan awal ke arah berkerajaan sendiri.
  • Kawasan pilihanraya
    • Kuching Municipal Council (KMC)
      • Dibahagikan 9 kawasan
      • William Tan dipilih Pengerusi pertama KMC
      • Ong Kee Hui sbg Timbalan
    • Sibu Urban District Council (SUDC) (1957)
      • Sibu dibahagikan 9 kawasan
      • Ting Chew Huat sbg pengerusi
      • John Loo Ling Chong Timbalan
  • Tindakan mengadakan pilihan raya mendapat sambutan baik dari rakyat pelbagai kaum kerana mereka boleh memilih wakil dalam kerajaan.
 
Pilihan raya umum dan pilihan raya kecil melibatkan enam peringkat

 

  • Pengeluaran Writ (Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan writ / surat kuasa untuk menjalankan pilihan raya
  • Penamaan calon
  • Kempen pilihan raya
  • Pengundian
  • Penjumlahan Rasmi Undi
  • Pengumuman Keputusan Pilihan Raya