Perkembangan Pilihan Raya di Persekutuan Tanah Melayu.

 
8.1  Perkembangan Pilihan Raya di Persekutuan Tanah Melayu.
 
  • Pilihan raya adalah asa berkerajaan sendiri dan berikan peluang kepada rakyat untuk pilih wakil atau parti yang akan membentuk kerajaan.
  • Pilihan raya bermula di peringkat majlis perbandaran, negeri dan seterusnya Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
  • Diadakan selaras dengan perjanjian Persukutuan Tanah Melayu 1948.
  • Kerajaan Persekutuan wujudkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Raya bagi Majlis Mesyuarat Perundangan untuk kaji dan buat cadangan.
  • Pada tahun 1950,
    • Ordinan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan diwujudkan.
    • Memberikan kuasa kepada majlis tempatan untuk mengadakan pilihan raya.
  • Pilihan Raya Majlis Perbandaran George Town (1951)
    • Pilihan Raya Majlis Perbandaran Pertama
    • 9 orang ahli Pesuruhjaya Perbandaran George Town dipilih.
    • Ahli dalam Majlis Perbandaran dilantik oleh Gabenor Negeri-negeri Selat dipilih sebelum pilihan raya diadakan.
    • Hari pendaftaran pemilih diadakan selama 6 minggu mulai 17 Mei 1951 hingga 30 Jun 1951.
  • Pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur (Februari 1952)
    • Diadakan untuk merebut 12 kerusi Majlis Perbandaran Kuala Lumpur untuk kawasan Sentul, Bangsar, Imbi dan Petaling Jaya.
    • UMNO bahagian Kuala Lumpur dan MCA bahagian Selangor mula bergabung.
    • Dikenali sebagai Perikatan.
    • Pilihan raya Majlis seterusnya diadakan di Johor Bahru, Ipoh, Alor Setar, Melaka dan Seremban.
    • UMNO-MCA mendapat kemenangan.
  • Pilihan raya peringkat negeri (1954)
    • Perikatan UMNO-MCA telah menang 226/268 kerusi
    • Menunjukkan penerimaan masyarakat terhadap kerjasama politik negara pada masa itu.