Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

 
5.4 Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
 
Mengembalikan kedudukan Raja-raja Melayu
 
  • Majlis Raja-Raja diwujudkan melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 seramai sembilan anggota.
  • Dipengerusikan oleh seorang Raja-raja Melayu.
  • Pesuruhjaya Tinggi pastikan raja perlu dirujuk terhadap bidang kuasa kerajaan Persekutuan.
 
Menjaga kedudukan istimewa Orang Melayu
 
Mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.
 
Membuka ruang kewarganegaraan
 
  • Buka ruang kepada orang bukan Melayu untuk menjadi warganegara.
  • Orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal yang diberikan kedudukan istimewa.
 
Gambar ini menunjukkan suatu carta alir atau gambar rajah yang menerangkan proses memujudkan kerjasama kaum di Malaysia. Ia mengandungi 5 petak berwarna merah tua yang dihubungkan dengan anak panah berwarna merah tua. 01) Kerjasama kaum penting untuk memupuk perpaduan 02) Kebanyakkan cadangan CLC dimasukkan dalam usul perundangan yg diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan 03) PTM 1948 merintis pembentukan Perlembagaan Tanah Melayu 1957 yg membawa kemerdekaan 04) CLC berjaya memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum 05) Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) Warna merah tua digunakan untuk semua petak teks dan anak panah penghubung. Logo Pandai turut dipaparkan di tengah rajah dengan warna hijau. Keseluruhan carta ini menggambarkan langkah demi langkah peranan CLC dalam menyatupadukan kaum-kaum di Malaysia menuju kemerdekaan.