Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948

 
5.3  Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948
 
  • Jawatankuasa Kerja merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
  • Dibentangkan dalam Persidangan pada 20 November 1946..
  • Raja-raja Melayu, wakil British dan UMNO hadir dalam persidangan.
 
Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu (PTM) yang dibincangkan
 
  • Pentadbiran
    • Dibentuk menerusi gabungan sembilan negeri Melayu dan dua Negeri-negeri Selat.
    • Singapura kekal sebagai tanah jajahan British yang berasingan.
    • Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif.
    • Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab dalam hal kewangan.
    • Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) dan Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan untuk membantu Pesuruhjaya Tinggi British.
    • MMP mengandungi ahli rasmi dan tidak rasmi.
    • Ahli tidak rasmi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi.
    • Ahli MPP terdiri daripada pelbagai kaum.
 
  • Kuasa Raja-raja Melayu
    • Peringkat Persekutuan
      • Pembentukan Majlis Raja-raja
      • membolehkan Raja-raja Melayu memberikan pandangan.
      • Memperkenankan rang undang-undang
    • Peringkat Negeri
      • Sultan bertanggungjawab mengesahkan rang undang-undang yang diluluskan dalam Dewan Perundangan Negeri.
 
Gambar ini menunjukkan satu carta alir atau peta minda dalam Bahasa Melayu yang membentangkan konsep 'Perundangan' dan komponennya.  Di bahagian tengah, terdapat kotak berwarna merah gelap yang menyatakan 'Perundangan' sebagai konsep utama.  Dari konsep 'Perundangan', terdapat tiga cabang utama:  1) 'Pandai', yang merujuk kepada perkhidmatan undang-undang dalam talian.  2) 'Majlis Perundangan Persekutuan Diketuai Pesuruhajaya Tinggi', yang menghuraikan salah satu komponen perundangan.  3) 'Bidang Kuasa MPP', yang mempunyai beberapa sub-cabang seperti: - Hal ehwal luar - Ketenteraman awam  - Kehakiman - Perdagangan - Komunikasi dan percukaiaan  Carta alir ini menggunakan warna merah gelap sebagai warna utama untuk kotak-kotak konsep, dan warna merah cair untuk sub-cabang. Keseluruhan reka bentuk adalah ringkas dengan garis lurus menghubungkan konsep-konsep.
 

 

 

  • Kewarganegaraan
    • Secara Kuat Kuasa Undang-undang
      • Jus Soli terbuka kepada rakyat Raja (orang Melayu dan Orang Asli yang lahir dan tinggal di negeri Melayu) dan rakyat British (mereka yang lahir di Melaka, Pulau Pinang dan mana-mana jajahan British).
      • Lahir di luar negeri, ayahnya mestilah rakyat Raja atau British.
      • Penduduk asal dari negeri Melayu.
      • Rakyat yang serasi, memahami adat resam dan bertutur bahasa setempat.
    • Secara Pendaftaran
      • Dilahirkan dalam PTM dan bermastautin selama 15 tahun daripada tempoh 20 tahun dari hari permohonannya
      • Seseorang perlu mempunyai tingkahlaku yang baik, tiada rekod jenayah, menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
      • Bersetuju taat setia kepada PTM.
 
  • Melalui PTM, Raja-raja Melayu diberikan semula kedaulatan baginda.
 
  • Tanah Melayu mendapat taraf naungan diperketatkan.