Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

 
5.2 Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
 
Penentangan Orang Melayu terhadap Malayan Union
 
  • Raja-raja, cendekiawan Melayu dan UMNO berganding bahu dan membantah pelaksaan Malayan Union.
  • Buktinya apabila Gammas dan Rees William membuat laporan kedapa British menyatakan sekiranya Malayan Union dilaksanakan, keadaan huru-hara akan berlaku.
 
Cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO
 
  • Malcolm MacDonald, Gabenor Jeneral dan Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union mengadakan pertemuan dan rundingan dengan Raja-raja Melayu.
  • Penubuhan persekutuan bertaraf naungan dan bukannya tanah jajahan.
  • Perjanjian baharu untuk menggantikan Malayan Union.
  • Jawatan Pesuruhjaya Tinggi menggantikan Gabenor.
  • Raja berkuasa dalam perundangan.
  • Perkataan "Negeri-negeri Melayu" perlu muncul dalam persekutuan yang baharu.
 
Sokongan Pentadbiran British
 
Gambar ini menunjukkan satu peta minda atau carta alir yang merangkumi nama-nama individu British yang terlibat dalam pembentukan persekutuan Tanah Melayu. Di tengah carta terdapat satu kotak besar yang menyatakan
 
Cadangan Sir Ralph Hone
 
  • Agar British melibatkan Rajaraja Melayu dalam pentadbiran berasaskan perlembagaan.
  • Contohnya: memberikan kuasa tertentu kepada Sultan dalam Majlis Negeri dan Majlis Perundangan.
  • Pembentukan Persekutuan akan mendorong pelabur luar masuk melabur di negara ini.
  • British laksanakan dasar dekolonisasi (proses ke arah berkerajaan sendiri) melalui Piagam Atlantik.