Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

 
5.1  Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
 
  • Diperkenalkan untuk mengganti Malayan Union 1946.
  • Terdapat juga rakyat yang mencadangkan perlembagaan alternatif iaitu Perlembagaan Rakyat.
 
Penubuhan Jawatankuasa Kerja
 
  • Ditubuhkan pada 25 Julai 1946.
  • Matlamat: membincangkan asas Perjanjian Perseketuan Tanah Melayu 1948.
  • Terdiri daripada wakil Raja-raja Melayu, UMNO dan pegawai kanan British.
 
Ahli Jawatankuasa
 
  • Wakil Kerajaan British
    • A.T. Newboult (Ketua Setiausaha Malayan Union).
    • K.K O’ Connor (Peguam Negara Malayan Union).
    • W.D. Godsall (Setiausaha Kewangan).
    • Dr. W. Linehan-MCS.
    • A. Williams-MCS.
    • D.C Watherston-Setiausaha.
  • Wakil UMNO
    • Dato' Onn Jaafar
    • Dato' Abdul Rahman Mohd Yassin
    • Haji Megat Yunus
  • Wakil Raja-raja Melayu
    • Raja Kamaralzaman Raja Ngah Mansur (Raja Kecil Tengah Perak).
    • Dato' Hamzah Abdulla (Orang Kaya Menteri Besar Selangor).
    • Haji Mohammad Sheriff Osman (Setiausaha Kerajaan Kedah).
    • Dato' Nik Ahmad Kamil Mahmud (Dato' Seri Setia Raja Kelantan).
  • Penasihat Undang-undang
    • Theodore Adams (Penasihat Raja-raja Melayu).
    • Roland Braddell (Penasihat Undang-undang UMNO).
    • Ralph Hone (Pemerhati dan wakil Gabenor Jeneral).
 

 

 
Cadangan Jawatankuasa Kerja
 
Bermula pada Ogos 1946 - September 1946.
 
Gambar ini menunjukkan satu peta minda atau carta alir bertajuk cadangan jawatankuasa kerja Satukan semua negeri Melayu dalam satu pentadbiran serta dua-dua Neger-negeri selat Menubuhkan Dewan Perundangan Negeri bagi setiap negeri Pulihkan kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu CADANGAN JAWATANKUASA KERJA Pandai Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain Mengenakan syarat kewarganegaraan yg ketat
 
 
Gerakan Nasionalis Melayu Radikal
 
  • Menentang British menjalankan rundingan secara tertutup dengan UMNO.
  • British mengetepikan PKMM daripada Jawatankuasa Kerja.
  • Golongan ini membentuk Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA).
    • Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Pengerusinya ialah Dr Burhanuddin alHelmi.
    • Angkatan Pemuda Insaf (API), Ahmad Boestamam.
    • Gerakan Angkatan Muda (GERAM), Aziz Ishak dan Abdul Samad Ismail.
    • Hizbul Muslimin, Abu Bakar al-Baqir.
    • Barisan Tani Malaya (BATAS), Musa Ahmad.
    • Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Shamsiah Fakeh.
 
Gabungan PUTERA-AMCJA
 
  • Golongan bukan Melayu menubuhkan All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) dengan Tan Cheng Lock sebagai pengerusi.
  • Menganggap British tidak tunduk kepada tuntutan UMNO.
  • Mereka menganggap Jawatankuasa Kerja ini tidak demokratik.
  • Bergabung dengan PUTERA dan menolak perjanjian persekutuan.
  • AMCJA terdiri daripada:
    • Pan-Malayan Union (PMFTU), Chan Loo (Setiausaha).
    • Malayan Democratic Union (MDU), John Eber (Ketua).
    • Malayan Indian Congress (MIC), John Thivy (Presiden).
  • Golongan AMCJA membantah Jawatankuasa Kerja tidak mempunyai wakil bukan Melayu.
 

 

 
Sumbangan Nasionalis Melayu Radikal
 
  • Matlamat perjuangan untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan dan menyatukan seluruh Tanah Melayu.
  • Memberi penekanan kepada kebebasan bersuara, berhimpun dan menerbitkan akhbar
  • Akhbar, Ahmad Boestaman menerbitkan akhbar Suara Rakyat untuk membuka minda rakyat ke arah ingin bebas dan merdeka.
  • PKMM berjaya tubuhkan cawangan di negeri Perak, Hulu Langat, Selangor dan Temerloh, Pahang.
    • Memperjuangkan pembelaan terhadap ketidakadilan.
    • Berjuang berdasarkan prinsip dan falsafah.
 
Cadangan PUTERA-AMCJA
 
 
  • Menentang Persekutuan Tanah Melayu 1948 kerana tidak bersetuju Jawatankuasa Kerja hanya diwakili UMNO, Raja-raja Melayu dan British.
  • Cadangan PUTERA:
    • Kedudukan Bahasa Melayu.
    • Pertahanan dan hal ehwal luar negeri.
    • Syarat kewarganegaraan Tanah Melayu.
    • Bendera dan lagu kebangsaan.
  • Cadangan AMCJA:
    • Penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura.
    • Sebuah kerajaan pusat yang kuat.
    • Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan.
    • Kemajuan politik dan ekonomi orang Melayu.
    • Adat istiadat dan agama Islam.
    • Syarat Kewarganegaraan.
  • Akhir bulan Mac 1947, cadangan PUTERA dan AMCJA digabungkan dan membentuk Perlembagaan Rakyat.
  • Draf Perlembagaan Rakyat:
    • Tanah Melayu disatukan dengan Singapura.
    • Penubuhan sebuah Dewan Perundangan Pusat dan majlis-majlis negeri yang dipilih bagi seluruh Tanah Melayu.
    • Kewarganegaraan yang sama bagi semua orang yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal tetap dan sanggup curahkan kesetiaan.
    • Raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan yang bertanggungjawab kepada rakyat dan menerima nasihat melalui Majlis Mesyuarat.
    • Hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu diketuai sepenuhnya oleh orang Melayu melalui Majlis Khas.
    • Perhatian khas hendaklah diberikan kepada kemajuan politik dan ekonomi orang Melayu.
    • Bahasa Melayu bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yg tunggal di Tanah Melayu.
    • Hal ehwal luar negeri dan pertahanan hendaklah menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Tanah Melayu dan kerajaan British.
    • Kewarganegaraan Malaya harus dinamakan Melayu.
    • Warna merah dan putih haruslah dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Tanah Melayu.
  • British menolak Perlembagaan Rakyat dan terima Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
  • PUTERA-AMCJA anjurkan hartal, 20 September 1947 (menutup kedai dan berhentikan semua kegiatan ekonomi oleh peniaga).
  • Hartal dilaksanakan di bandar utaman di Tanah Melayu dengan sokongan Dewan Perniagaan Cina.