Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sabah

 
4.7  Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sabah
 

Dasar British

  • British Menindas Kegiatan Berpersatuan
    • Sabah mempunyai pelbagai kumpulan etnik yang berbeza bahasa, budaya, sistem kepercayaan, petempatan dan kegiatan ekonomi.
    • Keadaan ini menyukarkan Sabah untuk membuat perhimpunan dalam satu pertubuhan.
    • Terdapat juga persatuan ditubuhkan seperti:
      • Persaudaraan Sahabat Pena Sabah (PASPAS)
      • Persatuan Kebangsaan Melayu di Sabah pimpinan Tengku Noordin, Zakaria Gun dan Abu Bakar K. Ahmad
      • Barisan Pemuda Sabah (BARIP) pimpinan Mandur Mohammad Sharif, Imam Suhaili Yaakub, Seruji Yaakub dan Zulkifli Apong Abang Abdul Hadi.
      • Ditubuhkan untuk memperbaik keadaan ekonomi dan politik kaum bumiputera.
      • Pemimpin persatuan giat dalam membangkitkan kesedaran berpolitik dalam masyarakat setempat.
      • British khuatir dan bertindak secara halus untuk melumpuhkan gerakan nasionalisme dengan menawarkan jawatan kenaikkan pangkat.
      • British turut memindahkan ahli dan pemimpin aktif ke bandar lain.
      • Kegiatan menjadi lemah kerana masalah kewangan dan kekurangan pemimpin.
  • Mengehadkan Peluang dalam Pentadbiran
    • British menghadkan peluang masyarakat untuk terlibat dalam bidang pentadbiran.
    • Penduduk Sabah kurang pengalaman dalam sistem birokrasi Barat.

Kepentingan Sosioekonomi Penduduk Tempatan.

  • Penyerahan Sabah dapat beri peluang pada penduduk tempatan untuk libatkan diri dalam pentadbiran, memajukan bidang perniagaan dan luaskan jaringan perdagangan.
  • Dapat membangunkan Sabah selepas perang.
 
  • Penduduk tidak mahu terlibat dalam aktiviti menentang penyerahan Sabah kepada British.
  • Penduduk Sabah tidak memahami tujuan penyerahan.
  • Dasar British yang menindas kesedaran nasionalisme dalam kalangan anak watan.
  • Kebangkitan nasionalisme berlaku apabila British memperkenalkan langkah ke arah berkerajaan sendiri di Sabah.