Penyerahan Sabah kepada Kerajaan British

 
4.6  Penyerahan Sabah kepada Kerajaan British
 
  • British Military Administration (BMA) diperkenalkan di Sabah, Kota Kinabalu.
  • BMA berusaha memulihkan keamanan dan ketenteraman negeri.
 

Faktor Penyerahan Sabah kepada British

  • Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menandatangai perjanjian dengan kerajaan British.
  • Pentadbiran negeri akan ditadbir oleh seorang Gabenor sebagai Ketua Kerajaan.
  • Sir Edward Twining sebagai Gabenor pertama.
  • Memenuhi kepentingan British
    • British bakal memberikan kemerdekaan kepada Sri Lanka, India dan Burma
    • Sabah dapat menggantikan jajahan tersebut untuk membekalkan bahan mentah dan kawasan pasaran bagi barangan British.
  • Meneruskan dasar British dalam hubungan luar
    • Sabah menjadi negeri naungan British semasa pemerintahan SBUB.
    • British terus menguasai perhubungan luar dan pertahanan Sabah.
    • SBUB berkeputusan untuk menyerahkan Sabah kepada British.
  • Masalah Kewangan SBUB
    • Jepun memusnahkan Jessolton, Kudat dan Sandakan sebelum meninggalkan Sabah.
    • Memerlukan kos yang tinggi untuk baik pulih.
    • SBUB tidak mampu menanggung kos pemulihan.