Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sarawak

 
4.5 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sarawak
 

Faktor penentangan penyerahan Sarawak.

  • Golongan yang menentang dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
  • Tindakan Vyner Brooke bertentangan dengan Perlembagaan 1941
    • Prinsip kelapan menyatakan bahawa pemerintahan sendiri akan diberikan kepada rakyat Sarawak.
    • Penduduk Sarawak akan bimbing dan mentadbir negeri sendiri.
    • Vyner Brooke menafikan hak rakyat Sarawak.
  • Vyner Brooke mengetepikan surat wasiat Charles Brooke
    • Vyner Brooke membuat keputusan tanpa perbincangan dengan Raja Muda (Anthony Brooke) dan Tuan Muda (Bertram Brooke).
    • Golongan menentang ingin memulihkan pemerintahan Dinasti Brooke untuk tuntut kemerdekaan dengan mudah.
  • Gerald T. MacBryan menggunakan muslihat
    • Menggunakan muslihat seperti tekanan, desakan, pujukan dan sogokan untuk dapat persetujuan dari ketua tempatan.
 

Bentuk penentangan penduduk tempatan

  • Mengadakan persidangan
    • Johari Anang dan Sharkawi Osman menganjurkan persidangan yang dihadiri oleh perwakilan Sarawak.
    • Bertujuan untuk mengadakan demonstrasi menentang penyerahan Sarawak.
    • Pertubuhan yang sertai:
      • Pergerakan Pemuda Melayu (PPM).
      • Barisan Pemuda Sarawak (BPS).
      • Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS).
      • Persatuan Melayu Miri.
      • Kesetian Muda Matu.
      • Persekutuan Bumiputera.
  • Mengadakan Demonstrasi
    • Demonstrasi dilakukan ketika kedatangan Gabenor pertama Sarawak dari British.
    • Diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
    • Disertai oleh 16 persatuan Melayu.
    • PKMS desak British undur dari Sarawak.
    • Mengangkat poster “Sarawak adalah hak kami” dan lain-lain.
    • Demonstrasi di Sibu diterajui oleh PPM.
  • Meletakkan jawatan beramai-ramai
    • British mengeluarkan Pekeliling No. 9/1046 (Circular No. 9).
    • Melarang pengawai awam menyertai gerakan menentang penyerahan.
    • Seramai 409 orang kakitangan kerajaan meletakkan jawatan.
    • 56 orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak menamatkan pengajian mereka sebagai bantahan terhadap Pekeliling No. 9.
  • Bantahan golongan wanita
    • Cikgu Lily Eberwein (PKMS) mengadakan kempen kesedaran di rumah panjang.
    • Mengatur demonstrasi menentang penyerahan Sarawak.
    • Beliau merupakan ketua kaum ibu.
    • Cikgu Ajibah Abol mengetuai kaum wanita dalam gerakan antipenyerahan.
  • Menggunakan Akhbar
    • Utusan Sarawak digunakan untuk menyebarkan tentangan.
    • Pengarang menggunakan tajuk yang tajam seperti artikel “Kerajaan British Menipu Rakyat”
  • Menulis surat bantahan
    • Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) menghantar surat bantahan kepada kerajaan British.
    • BPS menghantar referendum memansuhkan penyerahan Sarawak.
    • Menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri British.
    • Anthony menentang penyerahan dengan membuat rayuan ke mahkamah tetapi ditolak.
  • Menubuhkan kumpulan Rukun 13
    • Rukun 13 ditubuhan secara sulit oleh Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) di Sibu.
    • Dipimpin oleh Awang Rambli, Morshidi Sidek dan Bujang Suntong.
    • Rukun 13 ingin menghapuskan pegawai tinggi British di Sarawak.
 

Peristiwa Sungkit Berdarah

  • Rosli Dhoby menikam Duncan Stewart.
  • Duncan Stewart meninggal seminggu kemudian.
  • Peristiwa tersebut dikenali sebagai “Sungkit Berdarah”.
  • British menutup pejabat PPM, PKMS, BPS dan Angkatan Semangat Anak Negeri Sarawak (ASAS).
  • Anthony Brooke merayu supaya berhenti usaha menentang penyerahan.
  • Rosli Dhoby, Awang Rambli dan Bujang Suntong dihukum gantung.
  • Anggota Rukun 13 yang lain dikenakan hukuman penjara.
  • Gerakan anti-penyerahan menemui kegagalan.
 

Reaksi penduduk yang menyokong penyerahan Sarawak.

  • Disokong oleh Datu Bandar Abang Haji Mustapha dan Datu Amar Abang Haji Suleiman.
  • Memajukan Negeri
    • Ahli Majlis Negeri, Datu Bandar Abang Haji Mustapha menyatakan Sarawak mengalami banyak kemusnahan selepas perang.
    • Penyerahan boleh memajukan perdagangan, pendidikan, kesihatan dan taraf hidup penduduk.
  • Memajukan Penduduk Tempatan
    • Golongan menyokong menubuhkan Young Malay Association (YMA).
    • YMA membantu orang Melayu yang mundur dalam ekonomi, pelajaran, sukan dan agama.
    • Menubuhkan cawagannya di Sibu, Kalaka dan Miri.
  • Memberikan Peluang Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam
    • Golongan intelektual diberikan jawatan profesional dalam perkhidmatan awam.
    • British dapat membantu Sarawak berkerajaan sendiri.