Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita
Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sarawak
4.5

Reaksi Penyerahan Sarawak
Penyerahan Sarawak mencetuskan dua reaksi yang berbeza, iaitu golongan yang menentang penyerahan Sarawak dan golongan yang menyokong penyerahan Sarawak.
Faktor Penentangan Penyerahan Sarawak
Golongan yang menentang penyerahan Sarawak ini antaranya dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
Golongan ini menentang disebabkan oleh beberapa faktor seperti yang berikut:
Tindakan Vyner Brooke Bertentangan dengan Perlembagaan 1941
Prinsip kelapan menyatakan bahawa pemerintahan sendiri akan diberikan kepada rakyat Sarawak.
Penduduk Sarawak akan bimbing dan mentadbir negeri sendiri.
Vyner Brooke menafikan hak rakyat Sarawak.
Vyner Brooke Mengetepikan Surat Wasiat Charles Brooke
Vyner Brooke membuat keputusan tanpa perbincangan dengan Raja Muda (Anthony Brooke) dan Tuan Muda (Bertram Brooke).
Golongan menentang ingin memulihkan pemerintahan Dinasti Brooke untuk tuntut kemerdekaan dengan mudah.
Gerald T. MacBryan Menggunakan Muslihat
Menggunakan muslihat seperti tekanan, desakan, pujukan dan sogokan untuk dapat persetujuan dari ketua tempatan.
Bentuk Penentangan Penduduk Tempatan
Golongan yang menentang penyerahan Sarawak melancarkan pelbagai bentuk penentangan dan bantahan terhadap penyerahan Sarawak kepada British.
Mengadakan Persidangan
Johari Anang dan Sharkawi Osman menganjurkan persidangan yang dihadiri oleh perwakilan Sarawak.
Bertujuan untuk mengadakan demonstrasi menentang penyerahan Sarawak.
Pertubuhan yang sertai:
Pergerakan Pemuda Melayu (PPM).
Barisan Pemuda Sarawak (BPS).
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS).
Persatuan Melayu Miri.
Kesetian Muda Matu.
Persekutuan Bumiputera.
Mengadakan Demonstrasi
Demonstrasi dilakukan ketika kedatangan Gabenor pertama Sarawak dari British.
Diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
Disertai oleh 16 persatuan Melayu.
PKMS desak British undur dari Sarawak.
Mengangkat poster “Sarawak adalah hak kami” dan lain-lain.
Demonstrasi di Sibu diterajui oleh PPM.
Bantahan Golongan Wanita
Cikgu Lily Eberwein (PKMS) mengadakan kempen kesedaran di rumah panjang.
Mengatur demonstrasi menentang penyerahan Sarawak.
Beliau merupakan ketua kaum ibu.
Cikgu Ajibah Abol mengetuai kaum wanita dalam gerakan antipenyerahan.
Menggunakan Akhbar
Utusan Sarawak
digunakan untuk menyebarkan tentangan.
Pengarang menggunakan tajuk yang tajam seperti artikel “Kerajaan British Menipu Rakyat.
Menulis Surat Bantahan
Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) menghantar surat bantahan kepada kerajaan British.
BPS menghantar referendum memansuhkan penyerahan Sarawak.
Menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri British.
Anthony menentang penyerahan dengan membuat rayuan ke mahkamah tetapi ditolak.
Menubuhkan Kumpulan Rukun 13
Rukun 13 ditubuhkan secara sulit oleh Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) di Sibu.
Dipimpin oleh Awang Rambli, Morshidi Sidek dan Bujang Suntong.
Rukun 13 ingin menghapuskan pegawai tinggi British di Sarawak.
Meletakkan Jawatan Beramai-ramai
British mengeluarkan Pekeliling No. 9/1946 (Circular No. 9).
Melarang pegawai awam menyertai gerakan menentang penyerahan.
Seramai 409 orang kakitangan kerajaan meletakkan jawatan.
56 orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak menamatkan pengajian mereka sebagai bantahan terhadap Pekeliling No. 9.
Peristiwa Sungkit Berdarah
Rosli Dhoby menikam Duncan Stewart.
Duncan Stewart meninggal seminggu kemudian.
Peristiwa tersebut dikenali sebagai “Sungkit Berdarah”.
British menutup pejabat PPM, PKMS, BPS dan Angkatan Semangat Anak Negeri Sarawak (ASAS).
Anthony Brooke merayu supaya berhenti usaha menentang penyerahan.
Rosli Dhoby, Awang Rambli dan Bujang Suntong dihukum gantung.
Anggota Rukun 13 yang lain dikenakan hukuman penjara.
Gerakan antipenyerahan menemui kegagalan.
Reaksi Penduduk yang Menyokong Penyerahan Sarawak
Disokong oleh Datu Bandar Abang Haji Mustapha dan Datu Amar Abang Haji Suleiman.
Memajukan Negeri
Ahli Majlis Negeri, Datu Bandar Abang Haji Mustapha menyatakan Sarawak mengalami banyak kemusnahan selepas perang.
Penyerahan boleh memajukan perdagangan, pendidikan, kesihatan dan taraf hidup penduduk.
Memajukan Penduduk Tempatan
Golongan menyokong menubuhkan Young Malay Association (YMA).
YMA membantu orang Melayu yang mundur dalam ekonomi, pelajaran, sukan dan agama.
Menubuhkan cawangannya di Sibu, Kalaka dan Miri.
Memberikan Peluang Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam
Golongan intelektual diberikan jawatan profesional dalam perkhidmatan awam.
British dapat membantu Sarawak berkerajaan sendiri.
Kesimpulan
British menjadikan Sarawak tanah jajahannya.
Langkah tersebut menggambarkan rancangan besar British di Tanah Melayu, Singapura dan wilayah utara Borneo.
Penyerahan Sarawak telah mencetuskan reaksi menentang dan menyokong daripada penduduk.

Chapter : Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita
Topic : Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita
Form 4
Sejarah
View all notes for Sejarah Form 4
Related notes
British Military Administration (BMA) atau Pentadbiran Tentera British
Gagasan Malayan Union
Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union |
Penyerahan Sarawak kepada kerajaan British
Penyerahan Sabah kepada Kerajaan British
Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sabah
Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat
Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka
Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang sebelum kedatangan Barat
Peranan Pemerintah dan Rakyat dalam Pemerintahan sebelum Kedatangan Barat
Report this note
Report Card
Evaluate your academic performance through detailed report
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account