Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union

 
4.3  Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union
 
  • Kerajaan British memperkenalkan Kertas Putih yang menimbulkan reaksi yang menyokong dan tidak menyokong.
  • Malayan Union ditentang oleh Raja-raja Melayu, orang Melayu dan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu.
 

Penentangan Raja-raja Melayu terhadap Malayan Union

Antara reaksi Raja-raja Melayu

  • Malayan Union merupakan bentuk penjajahan mutlak British.
  • Sultan Melayu hilang kedaulatan dan kuasa politik.

 

Cara bantahan Raja-raja Melayu

  • Membawa Kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England.
    • Sultan Perak, Sultan Kedah dan Sultan Johor berangkat ke England.
    • MacMichael mendapatkan persetujuan dengan cara tidak sah.
  • Menghantar Surat Bantahan ke London.
    • Sultan Kedah,Perak dan Johor utus surat bantahan kepada George Henry Hall, mendakwa diperdaya oleh MacMichael.
    • Beberapa orang raja mendakwa diugut untuk menandatangani.
    • Tuanku Syed Putra Jamalullail mengirim telegram mengatakan baginda tidak diberikan peluang untuk mendapat nasihat daripada pembesar negeri.
  • Menyokong Kongres Melayu
    • Raja-raja Melayu sokong Kongres Melayu.
    • Diadakan untuk tunjukkan kesungguhan orang Melayu menolak Malayan Union.
    • Sultan Selangor menderma 15 ribu kepada tuan rumah Kongres Melayu Pertama dan merasmikan kongres tersebut.
  • Permaisuri Perak Memimpin Gerakan Menentang Malayan Union.
    • Perhimpunan besar-besaran di Padang Bandar Diraja Kuala Kangsar diadakan.
    • Tuanku Permaisuri Perak, Raja Perempuan Kelsom mengetuai barisan hadapan bersama-sama wanita Perak.
  • Memulakan Upacara Pelantikan Gabenor Malayan Union.
    • Raja-raja Melayu memulaukan upacara pelantikan Gabenor (Sir Edward Gent) dan adakan sidang akhbar.
    • Dato' Onn Jaafar persembah resolusi Kongres Melayu - mohon Raja-raja Melayu bersama rakyat boikot upacara pelantikan Gabenor Malayan Union.
 

Penentangan Rakyat terhadap Malayan Union

  • BMA menyiarkan berita gagasan Malayan Union (MU).
  • Akhbar Majlis disiarkan sehari selepas ketibaan MacMichael.
 

Bantahan Akhbar Melayu

  • Akhbar Utusan Melayu (Singapura), Majlis (Kuala Lumpur) dan Warta Negara (Pulau Pinang) mengutuk Malayan Union kerana merugikan orang Melayu.
  • Menyeru orang Melayu adakan perhimpunan besaran untuk tolak gagasan MU.

Bantahan Cendikiawan

  • Tokoh Pentadbir Melayu
    • Dato’ Onn Jaafar.
    • Dato’ Nik Ahmad Kamil.
    • Za’ba.
    • Tengku Mohamed.
    • Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz (Panglima Bukit Gantang).
    • Wan Md Yussof (Panglima Kinta, Perak).
    • Dato Hamzah Abdullah.
    • Dato’ Abdul Rahman Mohammad Yassin (pemimpin Melayu Johor) bantah usaha British jajah Tanah Melayu.
  • Bantahan wanita
    • Tokoh wanita (barisan hadapan)
    • Cikgu Zaharah Abdullah (Batu Pahat): ahli Pertubuhan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor berucap membantah MU.
    • Halimahton Abd Majid (Rembau).
    • Saleha Mohd Ali (Selangor).
    • Zaharah Tamin (Selangor).
    • Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid (Perak).
    • Hasnah Ishak (P. Pinang).
  • Bantahan Persatuan Melayu
    • Pertubuhan Melayu diaktifkan semula sebagai tindak balas terhadap MU.
    • Persatuan Melayu berjaya menghimpunkan orang Melayu untuk membantah tindakan MacMichael melalui rapat umum.
  • Bantahan di Negeri Kelantan, Kedah dan Johor.
    • Kelantan:
      • 10,000 orang berhimpun di Kota Bahru semasa MacMichael datang mendapatkan tandatangan sultan.
    • Kedah:
      • Orang Melayu berarak di Alor Setar.
      • Perarakan dianjurkan oleh Kesatuan Melayu Kedah, SABERKAS, Kesatuan Ulama Kedah dan Persatuan Melayu Kedah.
    • Johor:
      • Lembaga kesatuan Melayu Johor lancarkan gerakan menentang MU.
      • 10 Feb 1946 Pergerakan Melayu Semenanjung Johor di bawah Dato’ On Jaafar berhimpun menentang MU.
      • Dato’ Onn Jaafar memimpin 20,000 orang Melayu berhimpun menentang Malayan Union.
  • Mengadakan Kongres Melayu
    • Za'ba, Yang DiPertua Persatuan Melayu Selangor menghubungi pemimpin lain untuk tubuhkan sebuah induk sebagai pemankin menentang MU secara tersusun.
    • Kongres Melayu diadakan di Bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
    • Sebanyak 41 buah pertubuhan Melayu menghantar wakil yang terdiri daripda pelbagai lapisan masyarakat.
    • Kongres bersetuju menubuhkan United Malays National Organisation (UMNO).
  • UMNO Menganjurkan Bantahan Secara Besar-besaran
    • Alor Setar kedah
      • 50 ribu menyertai rapat umum di bandar Alor Setar.
    • Padang Francis Light School, Pulau Pinang
      • Membawa sepanduk "Humbankan Perjanjian MacMichael"
      • Laungan "Hidup Melayu".
    • Ipoh,Perak
      • Membawa sepanduk "Kami Berkehendak Naungan, Bukan Penaklukan", "Jangan Kecewakan Kami".
      • Laungan "Hidup Melayu".
    • Kampung Baru Kuala Lumpur
      • Ucapan pemimpin Melayu membantah MU sambut kedatangan Gammans dan Rees Williams dalam rapat umum di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
    • Klang, Selangor
      • Orang Melayu berhimpun dan padang dan perkarangan Istana Alam Shah membantah MU.
    • Seremban, Negeri Sembilan
      • Orang ramai berbaris panjang di jalan masuk istana.
      • Bawa sepanduk “Kekalkan Takhta Kerajaan Raja² Melayu” dan “MacMichael ialah Imperialis”.
  • Laporan Gammas dan Rees Williams kepada Pejabat Jajahan bahawa Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian MU tidak menyedari akibat.
  • Mereka menyokong penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.