Gagasan Malayan Union

4.2  Gagasan Malayan Union
 
  • Diperkenalkan di Tanah Melayu untuk mengganti BMA.
  • Mejar Jeneral Ralph Hone ketua Unit Perancang Tanah Melayu diberi tugas untuk rangka satu pentadbiran.
  • British ambil alih pemerintahan Tanah Melayu dan tubuhkan pentadbiran berpusat (kesatuan) bawah jajahan British.
 
Kronologi Pelaksanaan
 
  • Feb 1943: Unit Perancangan Tanah Melayu dibentuk di London.
  • 25 April 1945:
    • Rancangan Malayan Union dibentangkan di Parlimen British.
    • Persatuan Pelajar Melayu Britain menghantar memorendum.
    • Hak kewarganegaraan di Tanah Melayu tidak mengikut prinsip Jus Soli (syarat kewarganegaraan berdasarkan tempat lahir).
  • Memorendum: Tan Cheng Lock dan persatuan Cina Seberang Laut menghantar memorendum kepada British berkaitan dengan masa depan Tanah Melayu.
  • 22 Januari 1946:
    • Kertas Putih 6274 membentangkan 13 perkara kandungan Malayan Union yang diluluskan Parlimen British di London.
    • Rancangan MU disiarkan dalam Warta Kerajaan.
  • 1 April 1946: MU dilaksanakan di Tanah Melayu.
 
Ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union
 
  • Pentadbiran Malayan Union
    • Kesatuan
      • Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat kecuali Singapura disatukan menjadi satu unit pentadbiran.
    • Raja-raja Melayu
      • Sultan hanya berperanan membincangkan agama dan adat.
    • Ketua Pentadbir
      • Malayan Union diketuai oleh Gabenor British
      • Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan di Malayan Union dikawal oleh Pesuruhjaya Tinggi British

  •  
 

 

Gambar menunjukkan kewarganegaraan Malayan Union iaitu Melalui prinsip jus soli di mana Rakyat yang berumur lebih 18 tahun, telah bermastautin selama 10 tahun hingga 15 tahun diberikan kewarganegaraan dan Rakyat yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura diiktiraf sebagai warga Malayan Union Kewarganegaraan serta Rakyat yang bawah 18 tahun yang ibu bapanya warganegara turut diberikan kewarganegaraan
 
British Mendapatkan Tandatangan Sultan
 
  • British melantik Sir Harold MacMichael (MacMichael) untuk mendapatkan tandatangan sultan.
 
H.C William merintis jalan menghadap Raja-raja Melayu
 
  • 8 September 1945
    • Menemui Sultan Johor, Sultan Selangor (Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan Kedah, Syed Hussin, Setiausaha kerajaan Perlis dan menghadap Raja Perlis di Kangar, akhirnya mengadap Sultan Perak.
  • 23 September 1945
    • Menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
  • 28 September 1945
    • Mengadap Sultan Pahang.
    • Menemui Dato’ Jaya Perkasa Che Da Omar Mahmud (Menteri Besar Terengganu sebelum menemui Sultan Ali.
    • Mengadap Sultan Kelantan.
  • Dalam laporannya, beliau yakin bahawa Raja-raja Melayu akan sokong British dengan menandatangani perjanjian Malayan Union.
  • Beliau berusaha untuk memastikan setiap raja Melayu yang ditemui akan menandatangani perjanjian.

Misi Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan sultan

 

 

Misi Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan sultan
 
  • MacMichael datang ke Tanah Melayu untuk mendapat tandatangan Raja-raja Melayu selepas Willam menjalankan tinjauan.
  • MacMichael menerima tentangan daripada Raja-raja Melayu.
  • 18 oktober 1945: Membuat kunjungan ke negeri Melayu, menghadap Sultan Johor (Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar).
  • 24 Oktober 1945: Menghadap Sultan Selangor (Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah) dan turunkan tandatangan.
  • 31 oktober 1945: Menghadap Sultan Pahang (Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan abdullah Al-Mu'tasim Billah) dan terpaksa turunkan tandatangan (2 November 1945).
  • 14 November 1945: Beliau mendesak Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Tunku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad) dan empat orang undang.
  • 22 November 1945: Menghadap Sultan Perak (Sultan Abdul Aziz Almustasim Billah Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa) dan menurunkan tandatangan.
  • 29 November 1945: Menghadap Sultan Kedah (Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah) dan berlaku perdebatan antara dua pihak. MacMichael berjaya dapat tandatangan pada 2 Disember 1945.
  • 4 Disember 1945: Menghadap Raja Perlis (Tuanku Syed Putra Jamalullail ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail menurunkan tandatangan setelah didesak MacMicheal.
  • 15 Disember 1945: 
    • Menghadap Sultan Kelantan (Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Muhammad IV).
    • Beliau ugut untuk tidak iktiraf Raja-raja Melayu yang enggan tandatangan.
    • Sultan Kelantan beralah dan setuju tandatangan pada 17 Disember 1945.
  • 21 Disember 1945:
    • Menghadap Sultan Terengganu (Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin).
    • Pada mula enggan kerana bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu namun akhirnya turunkan tanda tangan.
  • Willam dan MacMicheal berjaya selesaikan misi kerana menggunakan desakan dan paksaan untuk dapatkan persetujuan Raja-raja Melayu.
  • Cara mereka tidak dipersetujui dan menimbulkan penentangan pelbagai pihak.
  • Raja-raja Melayu membantah MU.