Kesan Perkembangan Nasionalisme

 
2.8 Kesan Perkembangan Nasionalisme
 
Politik
 
  • Golongan intelektual berpendidikan Inggeris dan KMS gesa kerajaan - meningkatkan peluang pekerjaan dalam pentadbiran British.
  • Bilangan orang Melayu bertambah dalam Malayan Civil Service (MCS).
  • British memperkenalkan dasar desentralisasi untuk mengembalikan kuasa sultan, residen dan Majlis Mesyuarat Negeri.
  • Orang Melayu mula menyuarakan kepentingan berpersatuan - membincangkan soal politik.
  • Menubuhkan Kelab bacaan dan pasukan drama agar masyarakat Cina dapat membaca berita dari China.
  • Tahun 1921 banyak sekolah yang menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar ditubuhkan bagi menggantik dialek.
  • Masyarakat India di Tanah Melayu membentuk identiti sendiri dan semakin memetingkan perkembangan politik tempatan.
  • Kemunculan nasionalisme menyebabkan British lebih berhati-hati dan bertindak mengadakan beberapa sekatan.
 
Gambar menunjukkan kesan perkembangan nasionalisme dari aspek ekonomi seperti Gesan Kaum Melayu membangkitkan semangat berniaga dalam kalangan masyarakat Melayu - persatuan kebajikan bernama al-Jamiah al- Khairiah di Singapura ditbuhkan, Akhbar berbahasa Inggeris The Malay Mail and The Malaya tribune mengasaskan dana bagi membantu orang Melayu melanjutkan pelajaran ke luar negara, Za'ba memberi kesedaran kepada guru pelatih akan kepentingan pendidikan tinggi dan kurikulum bahasa Inggeris dan Persatuan Guru-guru Melayu Selangor dan persatuan negeri menyokong usaha tersebut
 
Sosial
 
  • Orang Melayu menulis dan menerajui majalah sendiri untuk mendapat peluang pendidikan.
  • Lepasan SITC menunjukkan peningkatan.
  • Kemunculan lebih ramai guru wanita menaikkan lagi semangat nasionalisme.
  • Penggerak utama Bulan Melayu, Ibu Zain mengingatkan tentang kepentingan ilmu untuk mengangkat martabat wanita.
  • Masyarakat India dan Ceylon menubuhkan persatuan untuk menjaga kebajikan.
    • Contoh: E.E.C. Thuraisingham, Presiden Malayan Rubber Estate Owner Association - berjaya meningkatkan perusahaan getah.
  • Menjelang Perang Dunia Kedua, masyarakat Cina meminta British menimbangkan penglibatan mereka dalam jawatankuasa kerajaan.
  • Tan Cheng Lock menganggotai Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat (SSLC). 
    • Menuntut kebajikan dan dana belajar untuk masyarakat Cina.