Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita

 
Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita
 
Kesedaran meningkat semasa ancaman Siam dan British oleh tokoh pejuang tempatan.
 

Zaman Ksultanan Melayu Melaka

  • Sultan Mahmud Shah melakukan serangan terhadap Portugis sebanyak tiga kali namun gagal. 
 

Perjuangan Sultan Kedah, Sultan Abdullah Mukarram Shah

  • Penentangan ancaman luar, Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI).
  • Berusaha mendapatkan Pulau Pinang kembali.
 

Penghulu Dol Said, Dato' Maharaja Lela Pandak Lam, Dato' Bahaman, Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut dan Haji Ahmad Limbong

  • Bersifat setempat.
  • Mendapat reaksi yang keras daripada penjajah - memaksa masyarakat bergerak secara sederhana.
 

Gerakan Islah

  • Dibawa oleh tokoh: Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Mohd Taha dan Syed Sheikh al-Hadi.
  • Penulisan akhbar oleh: Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Muhammad Rakawi Yusuf, Abdul Rahim Kajai, Hajah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain) dan Fatimah Yaakub.
 

Pertubuhan sosioekonomi

  • oleh golongan berpendidikan Inggeris dan Melayu.
  • Tokoh: Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestanam dan Burhanuddin al-Helmi