Perkembangan Idea Nasionalisme di Asia

 
Perkembangan Idea Nasionalisme di Asia
 
  • Kesan daripada kedatangan dan penjajahan kuasa Eropah di Asia.
  • Untuk menamatkan penjajahan kuasa asing, pembinaan negara bangsa dan menuntut perubahan politik.
  • Kebangkitan nasionalisme di India, China, Mesir, empayar Uthmaniyah dan Jepun.
 

Nasionalisme di India

  • Reaksi penduduk tempatan terhadap imperialisme British.
  • Dahagi India 1857- pemberontakan oleh sepoi/ askar upahan British berbangsa India terhadap ancaman Brtish kepada adat, budaya dan agama masyarakat setempat.
  • Nasionalisme awal
    • Isu sosioagama
    • Brahmo Samaj dan Arya Samaj - Suatu pertubuhan meningkatkan rasa cinta kepada budaya tempatan.
  • Penghujung abad ke-19
    •  Kemunculan golongan intelektual - mulakan gerakan nasionalisme lebih tersusun.
    • Kongres Kebangsaan India (Indian National Congress, INC) 1885 dan Liga Muslim 1906 ditubuhkan - untuk menyuarakan pendapat.
  • Awal abad ke-20
    • Nasionalis radikal (Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal) mengetuai gerakan bersifat keras - menggerakkan semangat penentangan secara militan.
  • Selepas Perang Dunia Pertama
    • INC tidak bekerjasama dengan British.
    • Diterajui oleh Mahatma Gandhi yang memengang pegangan satyagraha - berpegang teguh kepada kebenaran tanpa keganasan.
  • Selepas Perang Dunia Kedua
    • INC dan Liga Muslim - membuat rancangan pembahagian India kepada negara India dan Pakistan.
    • 14 Ogos 1947 - Pakistan negara merdeka, Muhammad Ali Jinnah sebagai Gabenor Jeneral Pakistan.
    • 15 Ogos 1947 - India negara merdeka, Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri pertama.
 

Nasionalisme di China

  • Pengukuhan peradaban China daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing.
  • Menentang kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu (kerajaan Manchuria) - gagal menghalang kemasukan pengaruh dan campur tangan Barat.
  • Anti-Barat.
  • Dr. Sun Yat Sen - Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i), ideologi perjuangan iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial.
  • Tahun 1911 - gerakan Revolusi China berjaya menumbangkan pemerintahan Dinasti Manchu dan diganti dengan pemerintahan republik di China.
 

Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir

  • Mempertahankan pemerintahan Islam dan agama Islam daripada pemerintahan Barat pada abad ke-19 - tercetus gerakan Pan-Islamisme dan gerakan Islah.
  • Gerakan Pan-Islamisme
    • Al-Urwah al-Wutqha (Ikatan yang Kuat) ditubuhkan oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani - untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa kemajuan.
    • Akhbar al-Urwah al-Wutqha - sebarkan idea Pan-Islamisme untuk bangkit menghalang peluasan kuasa Barat.
    • Tahun 1914 - empayar Uthmaniyah keluarkan fatwa untuk bersama-sama bangkit menentang dan berjuang.
    • Khalifah Abdul Hamid II - menggerakkan idea Pan-Islamisme.
      • mendapat sokongan di seluruh dunia - Kebangkitan Tok Janggut menentang British di Kelantan.
  • Gerakan Islah
    • Gerakan pemulihan Islam.
    • Dipimpin oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh.
    • Terjadi akibat imperialisme Barat yang mengubah budaya dan tradisi kepercayaan masyarakat tempatan.
    • Menyeru umat Islam berpegang dengan ajaran al-Quran dan Hadis - memperbaik kehidupan masyarakat untuk bebas daripada penjajahan.
 

Nasionalisme di Jepun

  • Disebabkan oleh kesedaran untuk mengelakkan ancaman imperialisme Barat.
  • Maharaja Mikado Meiji (1868) - lancarkan pemulihan Jepun yang menekankan pemodenan mengikut model Barat.
  • Prinsip dan semangat bushido menjadi asas nasionalisme Jepunsikap sanggup menanggung risiko, bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dan berkorabn untuk ketua dan negara.
  • Pemulihan Meiji - menjadikan Jepun sebagai negara perindustrian dan kuasa tentera yang kuat pada awal abad ke-20.
  • Desakan ekonomi dan nasionalisme melampau oleh golongan tentera - Jepun menjadi kuasa imperialis di Asia.