Maksud Nasionalisme

 
2.1 Nasionalisme
 
  • Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara.
  • Nasionalisme boleh diertikan sebagai semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara.
  • Selain itu, nasionalisme bermaksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing. Idea nasionalisme tidak sama antara negara dengan zaman kerana idea tersebut berkait rapat dengan pengalaman sejarah dan pengaruh sekeliling seperti keturunan, agama, bahasa dan adat resam.
 
 Gambar menunjukkan Tafsiran tokoh dan sejarawan mengenai nasionalisme seperti HANS KOHN yang menyatakan nasionalisme ialah Gerakan seseorang yang setia pada negara dan bangsanya, PROFESSOR EMERITUS TAN SRI DR. KHOO KAY KIM yang menyatakan nasionalisme ialah Perjuangan orang Melayu untuk merebut kedudukan mereka kembali dalam negara sendiri, PROFESSOR WILLIAM R. ROFF yang menyatakan nasionalisme ialah  Kesedaran masyarakat sebelum Perang Dunia Kedua dan Berpunca daripada:faktor ekonomi, gertakan terhadap hak kepentingan orang Melayu. Sekularisme dan imperialisme Barat, DATO' ONN JAAFAR yang menyatakan nasionalisme ialah Perlu melahirkan lebih ramai masyarakat yang tegap berdikari dan kuat, DR. BURHANUDDIN AL-HELMI yang menyatakan nasionalisme ialah Mempunyai persatuan dan perpaduan yang utuh seperti National Fronts dan Memegang pada tatatertib, adab sopan dan agama Islam, PROFESSOR DATUK ZAINAL ABIDIN ABDUL WAHID yang menyatakan Nasionalisme telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka Orang melayu memegang kepada fahaman
 
 
  • Nasionalisme mempunyai pelbagai tafsiran berdasarkan sejarah. corak perjuangan dan karisma pemimpin yang mendukung perjuangan.
  • Nasionalisme berkait rapat dengan perasaan cinta akan negara yang mencetuskan keinginan membina negara bangsa dan melahirkan identiti sendiri.
  • Hal ini bermaksud nasiolnalisme ialah gerakan untuk melahirkan perasaan kekitaan dengan menggunakan persamaan kebudayaan dan pengalaman sejarah yang bertujuan rnembebaskan bangsa dan negara daripada penjajahan.
  • Gerakan ini menuju matlamat yang sama, iaitu rnembina bangsa yang bersatu dan negara berdaulat.