Peranan Pemerintah dan Rakyat dalam Pemerintahan sebelum Kedatangan Barat

1.4

Peranan Pemerintah dan Rakyat dalam Pemerintahan sebelum Kedatangan Barat

 
  • Hubung kait pemerintah dan rakyat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka selaras dengan konsep waadat (perjanjian).
  • Rakyat bernaung di bawah pentadbiran sultan dan pembesar saling berkait antara satu sama lain.
 
Golongan Pemerintah dan Rakyat
  • Masyarakat dalam Kesultanan Melayu Melaka terbahagi kepada golongan pemerintah dan diperintah.
  • Golongan pemerintah terdiri dari:
    • Sultan
    • Pembesar
    • Kerabat raja
    • Ulama
 
Peranan Sultan
  • Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat negeri baginda.
  • Mewujudkan perpaduan rakyat.
  • Bertanggungjawab terhadap kemakmuran serta kestabilan kerajaan.
  • Memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat.

 

  • Peranan Pembesar
    • Memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan.
    • Menjadi perantara sultan dengan rakyat.
    • Mengutip hasil melalui sistem serah dan membekalkan tenaga tentera melalui sistem kerah.
  • Peranan Rakyat
    • Taat setia kepada pemerintah.
    • Mematuhi segala arahan pemerintah.
    • Tidak menderhaka kerana takut ditimpa tulah. 
    • Menghadiri majlis umum.
    • Menjadi tentera, pengayuh atau pendayung kapal perang.
    • Menyumbang tenaga kerja seperti membina istana atau jalan.
 
Makna tulah
Kecelakaan yang menimpa seseorang sebab melanggar larangan atau titah raja dan derhaka kepada raja
 
  • Rakyat terdiri daripada:
    • Peniaga
    • Petani
    • Tukang
    • Nelayan
  • Hamba pula terdiri daripada:
    • Hamba raja
    • Hamba berhutang
    • Hamba biasa