7.2 |
Warisan Kesultanan Melayu Melaka di Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor
|
|
|
Sistem Pemerintahan
|
|
- Aspek utama warisan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka ialah Sultan sebagai tonggak utama kerajaan dan penggantian pemerintah yang berasaskan Adat Temenggung.
|
|
1. Kesultanan Pahang |
- Mengamalkan sistem pewarisan takhta. Waris ganti digelar Tengku Mahkota. Pelantikan sultan juga atas persetujuan Jumaah Pangkuan Diraja Negeri.
- Sistem pentadbiran masih berasaskan pembesar empat, lapan dan enam belas.
|
|
2. Kesultanan Perak |
- Sistem pentadbiran masih berasaskan pembesar empat, lapan, enam belas dan tiga puluh dua.
- Mengamalkan sistem penggiliran. Dewan Negara Perak bertanggungjawab memilih dan melantik sultan.
|
|
Sistem Penggiliran Perak: |
|
|
3. Kesultanan Terengganu |
- Mengamalkan sistem perwarisan takhta. Waris ganti digelar Yang Di-Pertuan Muda.
- Dewan Pangkuan Diraja berhak memilih dan melantik sultan.
|
|
4. Kesultanan Selangor |
- Mengamalkan sistem perwarisan takhta. Waris ganti digelar Raja Muda. Pelantikan sultan juga atas nasihat dan pengesahan Dewan di-Raja.
- Dewan di-Raja bertanggungjawab membantu dan menasihati sultan dalam menjalankan tugas baginda. Antara anggota dewan ini ialah Raja Muda, Tengku Laksamana dan Tengku Bendahara.
|
|
|
Agama Islam dalam Pemerintahan
|
|
Keutamaan Agama Islam dalam Kesultanan Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor: |
- Sultan merupakan ketua agama.
- Institusi agama berperanan penting di setiap negeri dan bidang kuasa mereka mestilah dihormati.
- Tokoh-tokoh agama berperanan dalam pentadbiran istana dan negeri.
|
|
Perundangan
|
|
- Hukum Kanun Melaka menjadi asas kepada kelahiran undang-undang bertulis negeri-negeri Melayu seperti Hukum Kanun Pahang dan Undang-Undang 99 Perak. Warisan Hukum Kanun Melaka terbukti dalam fasal-fasal berhubung peraturan dan larangan istana, kekeluargaan Islam, jenayah, hutang-piutang dan hukum jual beli.
|
|
Adat Istiadat
|
|
- Adat istiadat ialah aturan dan perbuatan yang telah lazim dilakukan sejak sekian lama. Istiadat turut melibatkan upacara tertentu.
|
|
Ekonomi
|
|
1. Pelabuhan |
- Kesultanan Perak dan Selangor memiliki kelebihan kedudukan yang strategik di Selat Melaka. Pelabuhan Kuala Selangor dan Pangkalan Batu di Selangor serta pelabuhan Kuala Sungai Perak menjadi pusat perdagangan yang aktif pada abad ke-17 hingga ke-19. Hasil dagangan utama ialah bijih timah. Kuala Terengganu pula merupakan pelabuhan entrepot.
|
|
2. Mata Wang |
- Negeri Perak terkenal dengan mata wang bongkah timah (Bidor).
- Mata wang pitis yang diperbuat daripada timah digunakan di Pahang mulai pemerintahan Sultan Muhammad Shah. Mata wang tampang digunakan pada abad ke-19.
|
|
3. Ekonomi Sara Diri dan Jual Beli |
- Ekonomi sara diri seperti pertanian, penternakan,perlombongan dan mengutip hasil hutan dijalankan bagi menampung keperluan harian dan lebihannya untuk dijual.
- Perlombongan bijih timah merupakan kegiatan ekonomi yang utama di Selangor dan Perak.
- Negeri Terengganu mengusahakan tanaman lada hitam dan perlombongan emas.
|
|