06-02: Kegemilangan Kesultanan Johor Riau

 
6.2

Kegemilangan Kesultanan Johor Riau

 
 

Pusat Perdagangan Unggul

 

1. Kedudukan Strategik

  • Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah dimudiki oleh kapal besar kerana Sungai Johor yang lebar dan dalam.
  • Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan lalu lintas maritim yang strategik menjadi tumpuan para pedagang luar.
 

2.Tumpuan Para Pedagang

  • Pedagang Jawa menjadikan Johor sebagai pelabuhan pilihan disebabkan tidak berminat berdagang dengan Portugis di Melaka.
  • Pedagang Siam memasarkan hasil pertanian seperti beras.
 

3. Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Pelbagai Barang Dagangan

  • Pelabuhan Johor Riau berperanan sebagai pusat pertukaran barangan keluaran Alam Melayu dengan barangan dari China, India dan Arab.
  • Barangan dagangan yang dibekalkan oleh tanah jajahan dan naungan Johor ialah lada hitam, bijih timah dan emas.
  • Pelabuhan Batu Sawar menjadi pusat perdagangan untuk barangan yang dibawa dari China. Antaranya benang emas, kain sutera putih dan barang tembikar.
 

4. Kesibukan Pelabuhan Johor Riau

  • Terdapat 500-600 buah kapal dagang pelbagai bangsa berlabuh di pelabuhan Johor terutamanya di pelabuhan Riau.
 

Pengurusan Pelabuhan

 

1. Kemudahan Pelabuhan

  • Menyediakan gudang bawah tanah untuk menyimpan barangan bagi mengelakkan daripada kebakaran.
  • Menyediakan pegawai terlatih untuk mengendalikan urusan perdagangan.
 

2. Urusan Jual Beli

  • Perdagangan dijalankan secara tukar barang dan menggunakan mata wang. Sultan Alauddin Riayat Shah I memperkenalkan mata wang.
  • Pada akhir abad ke-18, mata wang asing seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexico dan duit Belanda turut digunakan.
 

3. Sistem Naungan

  • Pedagang luar dan pedagang tempatan mendapat naungan daripada Bendahara, Temenggung dan Laksamana.
  • Sebahagian hasil keuntungan diberikan kepada pihak yang memberikan naungan dalam bentuk cukai perdagangan berdasarkan sistem naungan.
 

4. Peranan Orang Laut

  • Orang Laut ditugaskan sebagai pengawal pelabuhan, penunda kapal dagang dan penunjuk arah.
  • Orang Laut juga merupakan tentera angkatan laut.
 

5. Kemudahan Membaiki dan Membina Kapal

  • Pelabuhan di Johor juga mempunyai kemudahan membaiki dan membina kapal bersaiz kecil.
  • Orang Laut mahir dalam pembinaan kapal.
 

Pusat Persuratan

 

Karya Agung

  • Karya agung bermaksud karya yang tertulis dalam bahasa Melayu yang mampu mencetuskan unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup bangsa Melayu.
 

1. Sulatus Salatin (HIkayat Melayu)

  • Bermaksud Salasilah Raja-Raja atau Peraturan Segala Raja-Raja.
  • Kandungannya menceritakan asal usul keturunan raja-raja Melaka, adat istiadat kerajaan dan sejarah Kesultanan Melayu Melaka.
 

2. Hikayat Hang Tuah

  • Dihasilkan oleh pengarang dari Johor selepas kekalahan Portugis di Melaka pada tahun 1641.
  • Kandungannya berkaitan dengan ketaatan atau kesetiaan Hang Tuah kepada raja dan Kesultanan Melayu Melaka.
 
Tokoh Persuratan
  • Nama sebenar : Tun Muhammad bin Tun Ahmad Paduka Raja.
  • Dilahirkan di Bukit Seluyut, Kota Tinggi pada tahun 1565.
  • Menyusun dan menulis semula Sulalatus Salatin atas titah Raja Abdullah, adinda Sultan Alauddin Riayat Shah II.