4.1 |
Agama dan Kepercayaan |
|
|
Pengenalan |
Agama merupakan suatu sistem berkaitan anutan, keimanan dan penyembahan terhadap tuhan. Manakala kepercayaan merupakan pegangan yang diyakini dapat menjadi panduan dalam kehidupan.
|
|
Kepercayaan Awal
|
|
Animisme
- Merupakan kepercayaan bahawa setiap makhluk, hidupan dan tumbuhan memiliki roh atau semangat. Ianya juga berkait dengan kepercayaan terhadap makhluk halus dan penyembahan kepada roh nenek moyang yang telah meninggal dunia yang dipanggil hyang. Penyembahan roh nenek moyang penting untuk memastikan keluarga yang masih hidup mendapat kebaikan atau menghindar kesusahan di dunia.
|
|
|
Dinamisme
- Ianya berkait rapat dengan kepercayaan terhadap kekuatan yang juga dikenali sebagai mana atau semangat. Setiap benda dan makhluk dianggap mempunyai mana yang boleh mempengaruhi kehidupan seseorang.
|
|
Penyebaran Agama Hindu, Buddha dan Islam Sebelum Abd ke-15
|
|
- Terdapat beberapa aspek kehidupan masyarakat Melayu seperti sistem pemerintahan, bahasa, persuratan dan seni bina yang mendapat pengaruh budaya Hindu dan Buddha masih diamalkan dan disesuaikan dengan agama Islam. Agama Hindu, Buddha dan Islam tersebar ke Alam Melayu berkait rapat dengan peranan mubaligh, pemerintah dan perkembangan perdagangan antarabangsa.
|
|
Peta penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam Sebelum Abad Ke-15 ke Alam Melayu.
Sumber: Adaptasi daripada M. Kamal Hassan dan Ghazali Basri (eds.), Religions and Beliefs, Singapura: Editions Didier Millet, 2005, hlm. 13, 62 dan 86
|
|
Perkembangan Agama
|
|
1. Kerajaan Funan |
- Antara Raja Funan yang mengambil peranan besar terhadap perkembangan agama Buddha termasuklah Fan Shih-man.
- Candi Buddha tinggalan kerajaan Funan ialah candi Go Cay Thi.
|
|
2. Kerajaan Angkor |
- Agama Hindu menjadi anutan utama dalam kalangan masyarakat kerajaan Angkor sejak kerajaan ini diasaskan dan menjadi gemilang semasa pemerintahan Suryavarman II.
- Candi Hindu yang termasyhur di Angkor ialah Angkor Wat.
|
|
3. Kerajaan Champa |
- Candi Hindu dibina di Po Nagar.
- Candi Dong Duong pula merupakan bukti penyebaran agama Buddha di Champa.
- Penemuan batu bersurat bertarikh 1035 dan batu nisan bertarikh 1039 di Panduranga membuktikan penyebaran Islam di Champa.
- Islam mulai tersebar luas dalam kerajaan Champa semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin pada abad ke-14.
|
|
4. Kerajaan Srivijaya |
- Kerajaan Srivijaya merupakan pusat kegiatan agama Buddha sejak abad ketujuh.
- Pendeta Buddha bernama I-Tsing dari China pernah datang ke Srivijaya untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan menterjemahkan kitab-kitab agama Buddha.
|
|
5. Kerajaan Majapahit |
- Agama Hindu dan Buddha berkembang serentak dan saling mempengaruhi dalam kalangan masyarakat kerajaan Majapahit.
- Setelah kerajaan Majapahit runtuh, kerajaan Demak muncul dan menjadi pusat pengajian agama Islam terbesar di Jawa pada abad ke-16.
|
|
6. Kerajaan Kedah Tua |
- Agama Buddha telah diamalkan dalam kerajaan Kedah Tua sejak abad kelima dan menjadi anutan utama.
- Kedah mula menerima pengaruh Islam pada abad ke-12.
|
|
7. Kerajaan Gangga Nagara |
- Masyarakat kerajaan Gangga Nagara menganut agama Buddha,ditemui ialah patung Buddha, Avalokitesvara di Bidor, Perak.
|
|