02-01: Sistem Pemerintahan

2.1  Sistem Pemerintahan
 
Pengenalan

Sistem beraja ini terbahagi kepada dua, iaitu pusat dan wilayah.

      Kerajaan Funan

 

Raja: 

Gelaran raja-raja Funan ialah Kurung Bnam yang bermaksud raja gunung, Rajadhiraja yang melambangkan raja Funan sebagai raja segala raja dan Cakravatin yang bermaksud pemerintah alam sejagat.

Pemerintahan Pusat dan Wilayah:

Raja Funan dibantu oleh golongan agama dan golongan tentera. Funan dibahagikan kepada 7 buah wilayah. Ketua wilayah ini terdiri daripada putera-putera raja. Mereka digelar sebagai Raja Kecil.

 

      Kerajaan Champa

 

Raja:

Raja-raja Champa menggunakan gelaran Rajadhiraja. Raja-raja Champa diiktiraf sebagai pemerintah yang mulia dan suci serta dikaitkan dengan Dewa Siva.

Pemerintahan Pusat dan Wilayah:

Raja Champa dibantu oleh para pembesar yang bertanggungjawab mengutip cukai, menjaga keamanan dan mengukuhkan pertahanan. Pada peringkat wilayah, Champa dibahagikan kepada 5 wilayah, iaitu Indrapura, Amaravati,Vijaya, Kauthara dan Panduranga.

 

     Kerajaan Srivijaya

 

Raja:

Raja-raja Srivijaya mempunyai unsur kesaktian dan dianggap sebagai Bodhisattva yang merujuk peranan raja sebagai Buddha di bumi. Raja Srivijaya digelar sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau.

Pemerintahan dan Wilayah:

Raja dibantu oleh Yuvaraja, iaitu Putera Mahkota, Pratiyuvaraja sebagai Raja Muda dan Rajakumara. Raja turut dibantu oleh golongan agama, tentera, pemungut cukai, hakim dan penjaga harta kerajaan. Pentadbiran wilayah terbahagi kepada 2, iaitu Kedatuan yang ditadbir oleh Datu berketurunan raja dan Pradatuan yang ditadbir oleh Datu bukan berketurunan raja.

 

      Kerajaan Angkor

 

Raja:

Raja-raja Angkor menggunakan gelaran Dewa raja yang mengaitkan raja sebagai dewa. Kuasa kedua dan ketiga yang penting dalam sistem pemerintahan ialah Permaisuri dan Raja Muda.

Pemerintahan dan Wilayah:

Raja-raja Angkor dibantu oleh pembesar-pembesar yang bertanggungjawab dalam bidang keagamaan,kehakiman, keselamatan dan perbendaharaan.Pada peringkat wilayah, Angkor dibahagikan kepada wilayah, daerah, daerah kecil dan kampung.

 

      Kerajaan Kedah Tua

 

Kerajaan Kedah Tua banyak dibayangi oleh kerajaan besar di Alam Melayu terutamanya kerajaan Srivijaya. Namun begitu, kerajaan Kedah Tua mempunyai bentuk pentadbiran yang mudah dengan adanya seorang ketua. Ketua ini mengurus hal perdagangan dan keagamaan. Apabila kerajaan Kedah Tua menjadi sebahagian daripada kerajaan Srivijaya, corak pemerintahannya berubah. Kerajaan Kedah Tua menjadi sebahagian daripada Pradatuan kerajaan Srivijaya.

 

     Kerajaan Majapahit

 

Raja:

Raja-raja Majapahit menggunakan gelaran Maharaja, Sri Maharaja dan Sri Bathara.

Pemerintahan dan Wilayah:

Raja dibantu oleh Sapta Prabu dan para pembesar.Sapta Prabu ialah Majlis Penasihat Diraja yang terdiri daripada kerabat diraja Majapahit dibahagikan kepada 14 wilayah.Setiap wilayah ini dipecahkan kepada Kabupaten,Kawadanan, Pakuwuan dan Kebuyutan, iaitu daerah dan daerah kecil serta kampung.

 

      Kerajaan Gangga Nagara

 

Struktur pemerintahan kerajaan Gangga Nagara tidak jelas. Kajian menunjukkan kerajaan Gangga Nagara mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Raja ini berperanan membangunkan kemajuan perdagangan dan bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan.