Latar Belakang Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam

 
8.1 Latar Belakang Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam
 
Gambar ini merupakan satu carta alir yang menunjukkan konsep masyarakat Arab tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab yang dikelilingi oleh Laut Merah (barat) dan Teluk Parsi (timur). Pada bahagian atas, terdapat perkataan 'Pandai' yang merupakan logo berbentuk bulat berwarna hijau.   Carta alir tersebut terdiri daripada tiga petak berwarna perang pada bahagian atas, tengah dan bawah yang dihubungkan dengan anak panah. Petak atas menyatakan 'Padang pasir Syam (utara)', petak tengah memaparkan perkataan dalam Bahasa Melayu 'MASYARAKAT ARAB TINGGAL DI KAWASAN SEMENANJUNG TANAH ARAB YANG DIKELILINGI OLEH' dan petak bawah menyatakan 'Laut Arab (selatan)'.  Warna utama yang digunakan ialah perang, merah, hijau dan putih. Keseluruhan carta alir ini menggambarkan lokasi penempatan masyarakat Arab di Semenanjung Tanah Arab yang dikelilingi oleh padang pasir di utara, laut di selatan dan teluk di timur.
 
  • Beberapa wilayah:
    • Najd
    • Yaman
    • Hadramaut
    • Oman
    • Hijaz (terdapat 3 ibu kota)
      • Makkah
      • Madinah
      • Taif
  • Kemerosotan ekonomi berlaku selepas keruntuhan Empangan Maarib (300 M).
  • Masyarakat Arab mengalami Zaman Jahiliah.
    • Mereka tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
    • Menolak undang-undang Allah SWT dan nilai-nilai Islam sebagai panduan hidup.
 

 

 
Jahiliah
  • Berasal daripada perkataan Arab, jahala
  • Bermaksud jahil
 
Sistem Masyarakat Jahiliah
 

1. Politik

  • Terdapat  kelompok kumpulan kabilah:
    1. Kaum Hadhari
      • Tinggal di kota
      • Menjalankan perniagaan
      • Menternak binatang
    2. Kaum Badwi
      • Hidup secara nomad
      • Menternak binatang
  • Mengamalkan sistem kabilah:
    • Diketuai syeikh.
    • Syeikh yang dilantik mesti disukai ahli kabilah, matang, berani, sanggup mempertahankan puaknya dan pandai berpidato.
    • Penyatuan masyarakt berkabilah adalah berdasarkan semangat assabiyah.
    • Sering berperang untuk merebut kuasa, pengaruh dan harta.
    • Pentadbiran di Makkah diuruskan oleh badan atau jabatan yang mentadbir beberapa bidang dengan tugas tertentu seperti Darun-Nadwah.
 

2. Ekonomi

Pertanian

Aktiviti pertanian mengikut kawasan
Kawasan Tanaman
Yaman
  • Gandum
  • Kopi
Oman
  • Sekoi
  • Padi

Hadramaut

Mahra

  • Kemenyan
 
Aktiviti ekonomi mengikut kaum
Kaum Aktiviti ekonomi
Badwi
  • Menternak secara nomad:
    • Unta
    • Kambing
    • Biri-biri
  • Sistem tukar barang
Hadhari
  • Berdagang secara kafilah
Yaman
  • Memasarkan hasil dagangan ke Syam dan Mesir
Hijaz
  • Menjadikan Makkah sebagai pusat dagangan baharu
  • Membeli barang dari Yaman dan Habsyah dan menjual di Syam dan Mesir.
 

Perdagangan:

  • Wujud Laluan Sutera yang menghubungkan pedagang Arab dengan China, India dan Asia.
  • Perniagaan masyarakat Arab Jahiliah hanya mementingkan keuntungan, mengamalkan riba dan menipu timbangan.
 

 

 

3. Sosial

  • Agama dan kepercayaan
    • Wathani (menyembah berhala)
    • Majusi (menyembah api)
    • Yahudi (dianuti oleh Bani Israel)
    • Nasrani (dianuti oleh Bani Israel, melalui penduduk Ghassan dan Hirah)
    • Animisme (percaya kepada roh dan kuasa ghaib)
    • Hunafa’ (mengamalkan ajaran oleh Nabi Ibrahim AS)

 

  • Adat dan kehidupan seharian
    • Menilik nasib untuk meramal masa depan.
    • Mempercayai ahli sihir dan kuasa azimat.
    • Memandang rendah kepada kaum wanita.
    • Penghormatan yang lebih kepada anak lelaki.
    • Sering melakukan maksiat
    • Hamba dipandang hina dan mempunyai status terendah.
    • Terdapat sikap yang baik seperti:
      • memuliakan tetamu
      • menepati janji
      • menghormati tuan rumah
      • menjaga kehormatan diri
      • gigih dan sanggup berkorban untuk tetamu, golongan miskin dan lemah
      • bersyair, bersajak dan berpidato.
      • Karya yang dianggap bermutu akan dibaca dalam temasya-temasya tahunan di Pasar Ukaz dan digantung di Kaabah.