Tamadun India

 
7.1 Tamadun India
 
  • Pusat tamadun beralih dari Lembah Indus ke Lembah Ganges.
  • Kemunculan janapada (kerajaan-kerajaan kecil).
  • Beberapa janapada membentuk kerajaan yang lebih bear yang dikenali sebagai mahajanapada.
  • Magadha di timur laut India menjadi kuasa penting yang menguasai kerajaan lain di India antara tahun 540 – 490 SM.
  • Kedudukan Magadha yang strategik membolehkannya mengawal laluan perdagangan utama di Sungai Ganges.
  • Perluasan kuasa Magadha menjadi asas kepada kewujudan beberapa kerajaan lain:
    • Dinasti Nanda
    • Dinasti Maurya
    • Dinasti Gupta
 
Perluasan Kuasa dalam Tamadun India
 
  • Wujud persaingan antara kerajaan untuk meperluaskan kuasa masing-masing.
 
 
Perluasan kuasa
Usaha yang dilakukan oleh sesebuah kerajaan atau raja bagi menguasai dan memperluas pengaruh di sesebuah kawasan atau usaha untuk mengatasi pihak lain.
 
Gambar ini menunjukkan satu carta alir atau gambaran bergraf yang menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perluasan kuasa sesebuah negara dalam Bahasa Melayu. Ianya terdiri daripada beberapa kotak berwarna merah jambu dan merah yang dihubungkan dengan anak panah dua hala.  Pada bahagian atas carta, terdapat dua kotak merah jambu yang menyatakan
 

 

Bentuk Perluasan Kuasa
 
1. Fizikal
 
  • Sebuah kerajaan membentuk sebuah empayar dengan menguasai kerajaan-kerajaan lain.
  • Sesebuah kerajaan mengakui taklukan dan akan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan yang menang dan lebih berkuasa.
 
Perluasan fizikal Tamadun India

Dinasti Nanda

(345 SM – 321 SM)
  • Pasukan tentera:
    • 20 000 kavalri
    • 200 000 infantri
    • 3 000 tentera bergajah
  • Kawasan empayar: Dari wilayah Bengal di sebelah timur India hingga ke Punjab di sebelah barat serta wilayah Deccan.
  • Pusat pemerintahan: Pataliputra (Patna hari ini)

Dinasti Maurya

(322 SM – 185 SM)
  • Pemerintah: Chandragupta Maurya dan Asoka
  • Pasukan tentera:
    • 30 000 kavalri
    • 600 000 infantri
    • 9 000 tentera bergajah
  • Kawasan empayar: Wilayah Bengal di sebelah timur hingga Hindu Kush di sebelah barat.
  • Pusat pemerintahan: Pataliputra (Patna hari ini)
  • Semasa pemerintahan Asoka, beliau menguasai Kalinga.
    • 150 000 orang kehilangan harta benda
    • 100 000 orang terbunuh
  • Memberi kesedaran kepada Asoka untuk memerintah secara lebih toleran dan bertanggungjawab.

Dinasti Gupta

(320 SM – 550 M)
  • Pemerintah: Chandragupta I (320 M – 335 M)
  • Kawasan empayar: Dari Punjab hingga Bengal.
  • Pusat pemerintahan: Pataliputra (Patna hari ini)
 

2. Keagamaan

  • Semasa pemerintahan Asoka:
    • Tumpuan kepada pengembangan agama Buddha selepas Perang Kalinga.
    • Tiang Asoka dibina untuk mengukirkan peraturan dan undang-undang negara.
    • Tiang Asoka diletakkan di kawasan strateegik untuk tatapan orang ramai.
    • Misi pengembangan agama Buddha telah giat dilakukan ke Tibet, Nepal, Alexandria, Antioch, Bactria dan Burma.
    • Misi penyebaran agama Buddha ke Sri Lanka diketuai oleh Mahendra, sementara ke Asia Tenggara oleh Sona dan Uttara.
 
  • Semasa pemerintahan Gupta:
    • Penekanan kepada agama Hindu.
    • Gupta menekankan hal-hal seperti:
      • Kebudayaan
      • Kesusasteraan
      • Seni bina
      • Perdagangan
      • Pemerintahan berasaskan agama Hindu
    • Raja Samudragupta minat puisi-puisi berbentuk keagamaan sehingga dikenali sebagai Kaviraja (raja penyair).
    • Zaman Gupta dikenali sebagai zaman keemasan dalam agama Hindu.
 
  • Aspek-aspek lain yang membawa kepada pemasyhuran Tamadun India:
    • Buku Arthasastra oleh Kautilya
    • Lukisan gua di Ajanta dan Ellora
    • Kepesatan perdagangan melalui laluan daratan dan laluan maritim
    • Penggunaan wang syiling emas