Peningkatan Seni Bina dalam Tamadun Rom

 
 
6.4 Peningkatan Seni Bina dalam Tamadun Rom
 
  • Binaan mempunyai kegunaan yang khusus.
  • Mempunyai ketahanan tinggi.
  • Faktor mendorong kepada kemajuan seni bina Rom:
    • Kepakaran
    • Pendidikan
    • Dasar pemerintahan
    • Kewangan
    • Teknologi
    • Sumber alam
    • Tenaga buruh
  • Tokoh-tokoh berjasa:
    • Arkitek Marco Vitruvius
    • Pentadbir Marcus Visanius Agrippa
 

Ciri-ciri Pembinaan Bangunan dalam Tamadun Rom

  1. Colosseum
    • Tempat persembahan
    • Tempat pertandingan seperti acara gladiator
    • Struktur:
      • Tinggi 50 m
      • Lebar 156 m
      • Luas bangunan 2.5 hektar
      • Kawasan arena 85 m x 54 m
      • Muatan 50 000 orang
      • 80 pintu masuk
      • Tempat duduk penonton dibina bertingkat-tingkat
 

2. Pantheon

  • Binaan berkubah terbesar di dunia
  • Fungsi sebagai tempat penyembahan dewa-dewi
  • Seni bina:
    • Mengambil gaya binaan zaman Yunani.
    • Mempunyai tiang yang kukuh.
    • Atap merupakan kubah bersaiz besar dengan diameter 43 m.
    • Dinding dibina daripada batu-bata dan dilepa dengan simen.
    • Puncak Pantheon mempunyai Oculus berukuran 13 m lebar.
    • Cahaya boleh masuk menyinari ruangan bangunan.
 

3. Amfiteater

  • Colosseum mini atau gelanggang terbuka
  • Fungsi:
    • Persembahan seni
    • Pertunjukan
    • Gladiator
  • Bentuk seni bina:
    • Berbentuk lingkaran.
    • Kira-kira 230 amfiteater dibina di seluruh empayar Rom.
    • Mempunyai pelbagai saiz dan kapasiti penonton yang berbeza.
  • Amfiteater terkenal berada di:
    • El Djem, Tunisia
    • Arles, Perancis
  • Membuktikan masyarakat pada zaman tersebut menggemari aktiviti luar rumah.
 

4. Akueduk

  • Sistem perancangan dan pengawalan air yang sistematik.
  • Fungsi:
    • Membekalkan air ke rumah kediaman di sekitar bandar dalam empayar Rom.
    • Menyalurkan air ke tempat mandi awam dan binaan-binaan utama seperti Colosseum.
  • Contoh:
    • Aqua Appia
    • Aqua Virgo
    • Pont du Gard di Perancis
 

5. Jalan Raya Rom

  • Tujuan:
    • Menghubungkan bandar-bandar utama
    • Memudahkan pergerakan tentera
    • Sebagai sistem pengangkutan
  • Struktur jalan raya:
    • Dibina secara berlapis-lapis menggunakan:
      • Batu besar
      • Batu kecil
      • Batu kerikil
    • Luas jalan raya: 1.3 m tebal dan 6.7 m lebar.
    • Batu tanda menunjukkan jarak satu kawasan dengan kawasan lain.
    • Tepi jalan raya dibina longkang
      • Agar air tidak bertakung di atas jalan raya
 

6. Tembok Pertahanan

  • Tujuan:
    • Melindungi Tamadun Rom daripada serangan musuh.
    • Pemisah antara kawasan wilayah Rom dan kawasan bukan wilayah Rom.
  • Seni bina:
    • Batu disusun memanjang sehingga mencapai 5 m.
    • Terdapat beberapa milecastle dalam jarak 1.6 km setiap satu.
    • Milecastle menempatkan pengawal tentera di tembok tersebut.
  • Tembok Hadrian di Britain mempunyai panjang 117 km dan tinggi 5 m.
 

7. Tempat Mandi Awam

  • Orang Rom percaya mandi penting untuk kebersihan dan kesihatan serta melambangkan kehidupan bertamadun.
  • Tempat mandi awam dibina untuk kegunaan setiap orang.
  • Kelengkapan tempat mandi awam:
    • Tandas
    • Ruang mandi
      • Mandi air panas
      • Mandi air sejuk
      • Mandi air suam
      • Mandi berwap
    • Ruang untuk mengurut
    • Perpustakaan
    • Bilik berehat dan bersenam
  • Tempat mandi Caracalla, Rom:
    • Didirikan oleh Maharaja Caracalla.
    • Boleh memuatkan 1 500 orang pada satu masa.