Peningkatan Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Yunani

6.2 Peningkatan Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Yunani
 
  • Terdapat 5 sistem pemerintahan yang diamalkan di polis.
 
Sistem Pemerintahan Tamadun Yunani
Sistem pemerintahan Ciri-ciri pemerintahan
Monarki

Sistem beraja yang berasaskan keturunan.

Raja dibantu oleh Konsul yang terdiri daripada golongan bijak pandai.
Oligarki Pemerintahan yang dikuasai oleh sebahagian kecil golongan yang berkuasa.
Aristokrasi Pemerintahan yang dikuasai oleh golongan bangsawan.
Tirani Pemerintahan yang dikuasai oleh golongan yang zalim dan menindas rakyat.
Demokrasi Pemerintahan yang dipilih oleh rakyat melalui pengundian.
 
Pemerintahan dan Pentadbiran di Athens

Perkembangan Sistem Demokrasi di Athens
Sebelum 594 SM Athens melalui sistem pemerintahan bercorak monarki, oligarki, aristokrasi dan tirani.
594 SM
  • Solon mengasaskan pemerintahan sistem demokrasi.
  • Athens mengamalkan demokrasi langsung.
  • Warganegara Athens terlibat secara langsung dalam perbincangan dalam menentukan dasar dan peraturan berkaitan dengan Athens.

495 – 429 SM

Zaman Pericles
Rakyat diberi kuasa bagi memantapkan sistem demokrasi.

338 SM

Zaman Raja Philip
Sistem menjadi lemah dan terhapus.
 
Badan Pemerintahan dan Pentadbiran di Athens
 
Rajah di atas menunjukkan badan pemerintahan dan pentadbiran di Athens.
 
Keanggotaan dan Fungsi Badan Pemerintahan dan Pentadbiran di Athens
Badan pentadbiran Keanggotaan Fungsi
Dewan Perhimpunan
  1. Anggota terdiri daripada semua warganegara lelaki Athens.
  2. Setiap warganegara berpeluang memegang jawatan selama 6 bulan hingga setahun.
  3. Bersidang sekurang-kurangnya 3 kali sebulan.
  4. Semua warganegara dibenarkan menghadiri perhimpunan.
  • Badan pentadbiran yang paling tinggi.
  • Melantik ahli majlis.
  • Menggubal undang-undang.
  • Membuat deklarasi peperangan.
  • Menjalin perjanjian dengan negara lain.
  • Membincangkan hal kewangan dan percukaian.
  • Menerima duta dari negara asing bagi mengukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak.
Majlis
  1. Dilantik oleh Dewan Perhimpunan.
  2. Terdiri daripada 500 orang
  3. Keahlian selama dua tahun
  4. 500 orang ini dipecahkan kepada 10 jawatankuasa (Prytany) yang setiap satu dianggotai oleh 50 orang.
  5. Pemilihan pengerusi dilakukan pada setiap kali persidangan diadakan.
  • Dikenali juga sebagai Majlis 500.
  • Mengendalikan urusan dan perbincangan hal-hal penting yang berkaitan pemerintahan dan pentadbiran.
  • Melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan.
  • Kuasa Majlis tidak mengatasi kuasa Dewan Perhimpunan.
  • Bertanggungjawab mengendalikan jabatan-jabatan kerajaan.
Majistret
  1. Warganegara Athens.
  2. Dianggotai 6 000 orang ahli.
  3. Sebanyak 200 - 500 orang merupakan hakim.
  4. Sebanyak 10 orang jeneral tentera menganggotai badan ini.
  • Melaksanakan segala dasar yang telah ditetapkan.
  • Merupakan kakitangan kerajaan.
  • Melaksanakan dasar-dasar yang telah diputuskan oleh Majlis.
  • Mengurus hal ehwal pendidikan, percukaian, dan sebagainya.
Juri
  1. Dianggotai oleh 101 hingga 1001 orang berdasarkan keseriusan kes yang sedang dibicarakan.
  2. Perbicaraan diketuai oleh pengerusi.
  • Bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan keadilan.
  • Juri menjadi pemutus kepada sesuatu kes.
  • Pesalah akan merayu terus kepada warganegara.
  • Kuasa pengadilan terletak dalam tangan warganegara.
 
Pemerintahan dan Pentadbiran di Sparta

  • Sistem pemerintahan dan pentadbiran bersifat monarki terhad.
  • 2 orang raja memerintah Sparta bersama-sama bagi mengelakkan seorang daripada raja bertindak kejam.
  • Kedua-dua raja berasal daripada keluarga Eurypontids dan Agiads.
  • Raja dibantu oleh Dewan Perhimpunan dan Majlis.
 
Keanggotaan Badan Pemerintahan dan Pentadbiran di Sparta
Badan Keanggotaan
Dewan Perhimpunan
  • 10 000 orang ahli.
  • 5 orang ephors.
  • Euphors memastikan raja tidak memerintah secara mutlak.
Majlis
  • 28 orang dewasa yang berusia melebihi 60 tahun.
  • Keahlian seumur hidup.
 
  • Penekanan dalam pemerintahan dan pentadbiran Sparta:
    • Penekanan kepada disiplin ketenteraan.
    • Kaum wanita tidak terlibat dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran.
    • Kanak-kanak berusia 7 tahun dan kaum wanita dilatih menjadi anggota tentera.
    • Kaum wanita menjalani latihan:
      • Fizikal
      • Berlari
      • Bertinju
      • Menari dan menyanyi di khalayak ramai
    • Kaum wanita juga bertanggungjawab dalam mempertahankan negara.
  • Kesan penekanan Sparta terhadap aspek disiplin ketenteraan:
    • Masyarakat sanggup berkorban demi mempertahankan negara-kota.
    • Bukti: Pada tahun 480 SM, Sparta berjaya mengalahkan Persia dalam pertempuran di Salamis.