Maksud Zaman Prasejarah

 
3.1 Maksud Zaman Prasejarah
 
Zaman Prasejarah
Zaman sebelum manusia mengetahui dan mengenal tulisan.
 

Zaman prasejarah boleh dibahagikan kepada dua, iaitu Zaman Batu dan Zaman Logam.

1.  Zaman Batu

  • Penggunaan teknologi batu dalam kehidupan harian.
  • Terdapat tiga tahap:
    1. Zaman Paleolitik (Zaman Batu Lama)
    2. Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan)
    3. Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru)
 

2.  Zaman Logam

  • Penggunaan teknologi gangsa dan besi
  • Contoh peralatan besi:
    • Kapak
    • Tulang mawas
    • Beliung
    • Mata lembing
 
Tempoh Masa Zaman Prasejarah
Zaman Paleolitik 2.5 juta tahun – 8 000 SM
Zaman Mesolitik 12 000 – 4 000 SM
Zaman Neolitik 10 000 – 2 000 SM
Zaman Logam 3 500 SM – 500 M