Kesan Perubahan Zaman Air Batu di Asia Tenggara

 

 
2.6 Kesan Perubahan Zaman Air Batu di Asia Tenggara
 

Kesan penting termasuk:

  1. Kenaikan paras air laut di Pentas Sunda
  2. Pergerakan manusia di sekitar Pentas Sunda
  3. Kawasan tumpuan mamalia
 
  • 10 000 tahun dahulu, Asia Tenggara merupakan kawasan tanah yang luas dan menghubungkan kawasan daratan dengan kepulauan yang dikenali sebagai Pentas Sunda.
  • Kepulauan Sumatera, Jawa dan Borneo berada di atas Pentas Sunda.
  • Kawasan yang dihubungkan melalui daratan menyatukan
    • Burma (Myanmar)
    • Thailand
    • Laos
    • Kemboja
    • Vietnam
    • Semenanjung Tanah Melayu
    • Borneo
    • Singapura.
  • Negara-negara di Asia Tenggara mempunyai ciri-ciri fzikal dan hidupan yang hampir sama.
  • Manusia yang tinggal di rantau Asia Tenggara berkongsi tamadun yang sama seperti:
    • Kepercayaan
    • Asal usul keturunan
    • Bahasa
    • Budaya
    • Masyarakat.
  • Misalnya, penduduk di Malaysia, Indonesia, selatan Thailand dan selatan Filipina berkongsi bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu.
 
  • Kesan kecairan air batu pada akhir Zaman Holosen termasuk:
    • Pembentukan sungai dan tasik di Asia Tenggara.
    • Contoh sungai terbesar: Sungai Sunda Utara
    • Aliran sungai menenggelamkan kawasan tanah rendah di sepanjang tepi pantai.
    • Hal ini membawa kepada pembentukan Selat Melaka, Teluk Siam dan Laut Jawa.
  • Asia Tenggara merupakan kawasan tumpuan mamalia kerana didiami oleh sebanyak 13% mamalia dunia.
  • Namun begitu, binatang bersaiz besar telah pupus, seperti:
    • Stegodon (gajah)
    • Pachycrocuta (hyena atau dubuk)