| 2.1 |
Penghasilan Produk |
| Penghasilan Produk |
| Aktiviti menghasilkan produk baharu atau mengubah suai produk sedia ada bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada masa kini dan akan datang dengan mengaplikasikan teknologi terkini. |
Langkah-langkah dalam Proses Penghasilan Produk
- Kajian keperluan pelanggan
- Penyelesaian masalah inventif
- Projek brief
- Penjanaan idea
- Lakaran idea
- Penghasilan model
- Pengujian/penambahbaikan
- Pendokumentasian
| (1) Kajian Keperluan Pelanggan |
- Dijalankan untuk memastikan idea reka bentuk produk yang akan dihasilkan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
- Kajian dilakukan dengan menggunakan borang kajian keperluan pelanggan.
| Kriteria Kajian Keperluan Pelanggan |
|
Maklumat Pelanggan
- Merangkumi maklumat seperti jantina, umur, pekerjaan dan latar belakang ekonomi.
- Membolehkan pereka bentuk mengenal pasti pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk yang dihasilkan.
Latar belakang produk
- Merangkumi aspek jenama, kegunaan, kebaikan, kelemahan dan pengeluar produk.
- Maklumat ini mempengaruhi keputusan pelanggan untuk membeli sesuatu produk.
Penambahbaikan
- Mengenal pasti pandangan pelanggan dari aspek reka bentuk produk, perkhidmatan selepas jualan, pelanggan, pesaing, kelemahan produk sedia ada di pasaran dan harapan pelanggan setelah penambahbaikan dilakukan terhadap produk.
| (2) Penyelesaian Masalah Inventif |
- Kaedah penyelesaian masalah inventif membolehkan proses diulang beberapa kali untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik, cepat dan menjimatkan.
| Penyelesaian Masalah Inventif |
| Kaedah penyelesaian masalah secara sistematik dengan masalah dan penyelesaiannya telah dikenal pasti terlebih dahulu dan bukan berdasarkan idea spontan daripada individu atau kumpulan. |
Proses Penyelesaian Masalah Inventif
- Kenal pasti masalah inventif
- Bina model fungsi dengan garisan interaksi
- Buat analisis berantai punca-kesan
- Tentukan jenis percanggahan fizikal
- Pilih prinsip inventif yang sesuai
- Hasilkan cadangan penyelesaian masalah dalam bentuk lakaran
| Kenal Pasti Masalah Inventif |
|
Kelemahan berus kasut sedia ada :
|
| Model Fungsi Situasi Semasa Menggunakan Berus Kasut |
|
|
| Analisis Berantai Punca-Kesan |
|
|
| Menentukan Jenis Percanggahan Fizikal |
|
| Cadangan prinsip inventif | Pengantara (intermediary) |
| Penerangan konsep | Memperkenalkan komponen baharu ubtuk membantu pelanggan |
| Adakah konsep ini menyelesaikan masalah? |
Komponen baharu mestilah boleh memberus secara berputar dengan laju yang seragam Komponen yang sesuai ialah motor berkuasa elektrik yang dipasang pada berus yang berputar |
| Cadangan prinsip inventif | Tidak simetri (asymmetry) |
| Penerangan konsep | Mengubah bentuk kepada simetri atau tidak simetri |
| Adakah konsep ini menyelesaikan masalah? |
Komponen dengan reka bentuk bulat dan simetri akan berputar dengan seragam dan stabil Reka bentuk berus yang baharu mestilah bulat dan simetri |
| (3) Projek Brief |
- Pereka bentuk berperanan menterjemahkan idea reka bentuk produk daripada pelanggan kepada bentuk lakaran atau contengan.
- Maklumat yang telah dilengkapkan dalam borang projek brief disaring untuk memudahkan pengurus projek dan pereka bentuk menjalankan tugas.
| Projek brief |
| Proses perbincangan awal antara pengurus projek dengan pelanggan yang turut dihadiri oleh pereka bentuk. |
| Aplikasi projek brief dalam Bentuk Jadual Bermaklumat | Aplikasi Projek brief dalam Bentuk Lakaran |
| Melibatkan semua ciri-ciri projek brief | Melibatkan lakaran produk menggunakan prinsip dan elemen reka bentuk serta idea inovasi |
Setelah mengenal pasti cadangan projek, pereka bentuk perlu memilih teknologi yang sesuai dengan cadangan reka bentuk bagi memastikan produk dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
| Justifikasi Pemilihan Teknologi |
|
Aplikasi teknologi yang dipilih Tujuan penggunaan teknologi Fungsi teknologi Kekuatan dan kelemahan teknologi |
Aplikasi produk yang dipilih
- Pereka bentuk perlu menggabungkan dan mengaplikasikan teknologi yang sesuai dan tepat semasa proses menghasilkan reka bentuk produk baharu
- Gabungan reka bentuk elektrik dan reka bentuk mekanikal bagi menghasilkan reka bentuk Penggilap Kasut Magik.
Tujuan penggunaan teknologi
- Pemilihan teknologi yang tepat akan menghasilkan produk baharu yang unik, memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan serta mampu bersaing dengan produk-produk lain yang terdapat di pasaran.
- Reka bentuk Penggilap Kasut Magik yang akan dihasilkan lebih dinamik, berkualiti, selamat digunakan, mesra pengguna dan mesra alam.
Fungsi teknologi
- Teknologi yang digunakan mestilah sesuai dan mampu menyelesaikan masalah yang terdapat pada produk sedia ada.
- Pereka bentuk perlu memahami keupayaan teknologi yang dipilih supaya produk baharu yang dihasilkan supaya:
- Mempunyai keunikan dari segi fungsi berbanding produk-produk lain di pasaran.
- Memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
| Reka Bentuk eletronik | Reka Bentuk Mekanikal |
| Motor AT berputar mengerakkan gear. | Gear taji memindahkan kuasa dan membolehkan pad penggilap berputar untuk menggilap atau membersihkan kasut. |
Kekuatan dan kelemahan teknologi
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan teknologi amat penting supaya pereka bentuk dapat memilih teknologi yang sesuai dan menyelesaikan masalah yang dihadapi pelanggan.
Reka bentuk mekanikal
| Komponen | Gear Taji |
| Kekuatan | Memindahkan kuasa dan memutarkan pad pengilap |
| Kelemahan | Sukar didapati keranya hanya terdapat di kedai elektronik sahaja |
| Komponen | Pad pengilap |
| Kekuatan |
Boleh mengilap dan membersihkan kasut Span boleh dibasuh sekiranya kotor |
| Kelemahan | Tiada |
Reka bentuk elektrik
| Komponen | Motor AT |
| Kekuatan |
Berputar untuk menggerakkan gear di dalam perumah Mudah didapati Saiz kecil Jangka hayat lama |
| Kelemahan | Tiada |
| Komponen | Bateri |
| Kekuatan |
Membekalkan kuasa kepada seluruh sistem Harga murah dan mudah didapati |
| Kelemahan | Perlu diganti apabila kehabisan kuasa |
| Komponen | Suis tekan tutup |
| Kekuatan |
Melengkapkan litar apabila suis ditekan Menyambung dan memutuskan aliran arus Harga murah da mudah didapati |
| Kelemahan | Perlu diganti apabila kehabisan kuasa |
| Komponen | Wayar lembar tunggal |
| Kekuatan |
Mengalirkan arus ke setiap komponen di dalam litar Harga murah dan mudah didapati |
| Kelemahan | Tiada |
| (4) Penjanaan Idea |
Konsep penghasilan idea
| Bentuk Mengikut Fungsi (Form Follow Function) | Fungsi Mengikut Bentuk (Function Follow Form) |
| Reka bentuk produk mengikut fungsi yang dikehendaki pelanggan. |
Reka bentuk akan mewujudkan fungsi bagi produk yang telah dihasilkan. |
| Reka bentuk produk mesti memenuhi fungsi sepenuhnya. |
Reka bentuk menentukan bagaimana produk akan berfungsi. Produk selalunya mempunyai reka bentuk yang menarik. |
| Elemen Reka Bentuk |
| Unsur-unsur yang digunakan dalam lakaran bagi mempamerkan idea awal suatu rekaan. |
| Elemen reka bentuk | Penerangan |
|
Garisan |
Satu siri titik yang mempunyai panjang dan jarak Menghasilkan rupa, bentuk, jalinan dan bayangan |
|
Bentuk |
Objek yang mempunyai ruang, isi padu dan lebih dari satu permukaan Bentuk 3D dinamakan bentuk ilusi |
|
Rupa |
Dibentuk apabila hujung garisan bertemu permulaannya Merupakan ruang yang dikelilingi garisan Dalam bentuk 2D dan mempunyai luas |
| Tekstur |
Teknik memberikan impak terhadap orang yang melihat sesuatu permukaan |
| Warna |
Kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek Dibahagikan kepada tiga kumpulan: Warna primer, warna sekunder, warna tertier Dikategorikan kepada warna panas dan warna sejuk |
| Nilai |
Kesan terang atau gelap sesuatu rona atau warna |
| Ruang |
Kawasan kosong yang dikelilingi oleh elemen garisan Ruang nyata: ruang antara dua objek atau rongga dalam sesuatu objek |
| Saiz |
Ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek |
| Prinsip Reka Bentuk |
| Konsep atau peraturan yang digunakan oleh pereka bentuk ketika menggunakan elemen-elemen reka bentuk. |
Membolehkan lakaran yang dihasilkan oleh pereka bentuk menarik, selesa dan boleh menimbulkan emosi positif secara visual kepada pelanggan.
| Prinsip Reka Bentuk | Penerangan |
| Keseimbangan |
Kesamaan, perhatian atau tumpuan pelbagai elemen yang digabungkan untuk membentuk suatu komposisi |
| Pergerakan |
Aliran yang akan memimpin pergerakan pandangan mata terhadap sesuatu objek |
| Kontras |
Perbezaan ketara pada ciri elemen yang digunakan |
| Pengulangan |
Penyusunan elemen yang sama secara berulang |
| Penekanan |
Tumpuan tehadap elemen yang diserlahkan |
| Keringkasan |
Olahan terhadapan idea yang kompleks untuk menghasilkan intipati atau elemen yang penting sahaja |
| Kesatuan |
Gabungan semua elemen untuk membentuk imej, konsep tema atau idea yang sempurna |
| Kepelbagaian |
Aplikasi pelbaga elemen, gaya, kualiti, nilai dan idea dalam sesuatu reka bentuk |
| Harmoni |
Sesuatu yang dapat memberikan kedamaian |
| (5) Lakaran Idea |
Lakaran perkembangan idea
- Membantu menjelaskan rupa cadangan rekaan reka bentuk secara 3D dan pada sudut pandangan yang berbeza.
- Memudahkan pereka bentuk menilai konsep rekaan mereka sebelum melakukan sebarang pengubahsuaian.
- Lakaran idea dihasilkan mengikut elemen dan prinsip reka bentuk yang telah dipersetujui oleh pelanggan dalam borang projek brief.
| Lakaran Produk |
|
Lakaran 3D Lakaran ceraian Lukisan kerja Analisis lakaran reka bentuk produk dari aspek elemen dan prinsip reka bentuk |
Maklumat pada suatu lakaran 3D:
- Nama produk
- Saiz produk dan komponen
- Bahan yang digunakan pada produk
- Komponen atau bahagian-bahagian produk
- Prinsip reka bentuk yang digunakan
- Elemen reka bentuk yang digunakan
| Lakaran 3D bagi Penggilap Kasut Magik |
![]() |
Lakaran ceraian
- Lakaran yang menunjukkan hubungan antara setiap komponen (bahagian) pada suatu reka bentuk produk.
Fungsi lakaran ceraian
- Menunjukkan urutan pemasangan komponen-komponen pada reka bentuk produk.
- Menggambarkan rupa sebenar reka bentuk produk.
- Menunjukkan kedudukan komponen-komponen pada reka bentuk produk.
- Menunjukkan hubungan antara komponen-komponen pada reka bentuk produk.
- Menunjukkan urutan untuk mencantum reka bentuk produk yang mempunyai lebih daripada satu bahagian.
- Memudahkan proses pembuatan dan penyelenggaraan reka bentuk produk.
| Lakaran Ceraian Penggilap Kasut Magik |
![]() |
| Komponen pada Penggilap Kasut Magik | Fungsi |
|
Pemegang |
Pemegang yang ergonomik membolehkan pengguna memegang penggilap dengan selesa dan kuat. |
|
Suis tekan tutup |
Memula dan menghentikan pad penggilap mengikut keperluan. |
|
Pad penggilap |
Digunakan untuk menggilap dan membersihkan kasut kulit dan kasut PVC. |
|
Motor AT |
Menggerakkan gear dan memutarkan pad penggilap ketika digunakan. |
|
Gear taji |
Memindahkan kuasa dan memutarkan pad penggilap. |
|
Perumah |
Memegang semua komponen produk dalam satu struktur yang kemas. |
Lukisan kerja
- Lukisan yang menerangkan dengan terperinci rupa bentuk komponen suatu produk yang akan dihasilkan.
| Lukisan Kerja | Lukisan isometrik |
| Contoh | ![]() |
| Penerangan |
Lukisan piktorial yang dapat memberikan maklumat dan gambaran objek dengan lebih jelas. Menunjukkan bentuk suatu objek dalam 3D melalui pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi. |
| Lukisan Kerja | Lukisan skematik |
| Contoh | ![]() |
| Penerangan |
Litar elektronik yang menunjukkan kedudukan komponen elektronik dalam bentuk simbol. Membolehkan pemasangan komponen elektronik dilakukan dengan lebi mudah dan cepat |
| Lukisan Kerja | Lukisan unjuran ortografik |
| Contoh | ![]() |
| Penerangan |
Menunjukkan bentuk suatu objek dalam 2D melalui pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi. Ukuran sebenar dinyatakan dalam lukisan untuk menjadi rujukan semasa proses penghasilan produk. |
Analisis lakaran reka bentuk produk dari aspek elemen dan prinsip reka bentuk
- Analisis dari aspek elemen dan prinsip reka bentuk perlu dilakukan bagi memastikan lakaran tidak tersasar daripada kehendak dan keperluan pelanggan.
| Jadual Kerja |
Menyediakan jadual kerja
- Tujuan:
- Mengelakkan kerugian kos dan masa
- Mengawal sumber tenaga pekerja
- Mengelakkan pembaziran
- Mengurus bahan mentah secara sistematik
| Garis Panduan Menyediakan Jadual Kerja |
|
Menentukan aktiviti yang perlu ada dalam jadual. Menyusun aktiviti mengikut keutamaan. Menganggarkan sumber yang diperlukan untuk setiap aktiviti. Mengganggarkan tempoh masa untuk melaksanakan setiap aktiviti. Mengganggar kos dan menyediakan bajet bagi projek. |
| Senarai Bahan, Peralatan dan Bajet Produk |
| Senarai bahan untuk menghasilkan seunit Penggilap Kasut Magik |
![]() |
| Senarai peralatan untuk menghasilkan Penggilap Kasut Magik | |||
|
Bajet Produk
- Anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya dan menguntungkan.
- Berdasarkan bajet, belanjawan projek dapat disediakan.
- Kos yang terlibat dalam bajet ialah kos bahan, kos upah dan kos overhed.
- Kaedah menentukan bajet:
- Kaedah unit
- Kaedah SMART
| Kaedah Unit |
|
Bajet yang dibuat berdasarkan kuantiti barangan atau perkhidmatan. Bajet disediakan berdasarkan bilangan unit pengguna. Kaedah unit lebih mudah difahami dan pantas, namun kurang tepat kerana tidak mengambil kira keseluruhan kos yang terlibat. |
|
Contoh pengiraan: Katakan kos makanan bagi seorang murid ialah RM5.00. Jumlah murid di sebuah sekolah ialah seramai 1000 orang. Jadi bajet makanan untuk 1000 orang murid mengikut kaedah unit ialah RM5.00 x 1000 orang = RM5000.00 |
Kaedah SMART
|
S (Specific) Spesifik |
|
|
Maksud Penetapan tujuan atau objektif projek |
Aplikasi Tujuan projek |
|
M (Measurable) Boleh diukur |
|
|
Maksud Pengukuran pengagihan kewangan dalam kos-kos yang terlibat |
Aplikasi Pengagihan kewangan ,Kos bahan, Kos upah, Kos overhead, Jumlah modal, Kos jualan |
|
A (Attainable) Boleh dicapai |
|
|
Maksud Projek boleh dilaksanakan dari sudut keupayaan kewangan dan tenaga kerja |
Aplikasi Keuntungan = kos jualan — kos pengeluaran seunit produk |
|
R (Realistic) Realistik |
|
|
Maksud Sesuai dengan kehendak pengguna dan dianalisis sama ada kehendak mereka mencapai tujuan projek |
Aplikasi Gabungan bahan yang mudah diperoleh dengan kemahiran pereka bentuk membuktikan produk ini mampu direalisasikan menjadi produk sebenar. |
|
T (Time-bound) Jangka masa ditetapkan |
|
|
Maksud Tempoh masa dan sumber kewangan mencukupi untuk menyiapkan projek |
Aplikasi Produk dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan tanpa melebihi kos yang dianggarkan. |
| (6) Penghasilan Produk |
Menghasilkan Produk Berfungsi atau Berfungsi Sebahagian
| Jenis | Mock-up (model olokan) |
| Penghasilan | Dihasilkan sebelum produk berfungsi sebahagian dibina. |
| Bahan |
Bukan menggunakan bahan sebenar Boleh direka bentuk menggunakan kertas, gabus, kadbod, polistirena, kayu lembut dan lain-lain. |
| Skala | Tidak mengikut saiz sebenar |
| Kefungsian | Tidak berfungsi sepenuhnya |
| Jenis | Produk berfungsi sebahagian (model) |
| Penghasilan |
Dihasilkan selepas mock-up dibina. Menunjukkan idea rekaan dalam bentuk 3D yang lebih realistik. |
| Bahan |
Tidak semestinya direka bentuk menggunakan bahan sebenar Boleh direka bentuk mengunakan foam, kadbod, paip PVC, MDF, polistirena, kayu, papan lapis dan lain-lain. |
| Skala | Tidak mengikut saiz sebenar |
| Kefungsian |
Tidak menunjukkan fungsi sebenar produk Hanya sebahagian komponen berfungsi Produk hanya dinilai dari segi reka bentuk luaran |
| Jenis | Produk berfungsi (prototaip) |
| Penghasilan |
Dihasilkan selepas produk berfungsi sebahagian dibina. Menunjukkan idea rekaan dalam bentuk yang sebenar. |
| Bahan | Direka bentuk menggunakan bahan sebenar |
| Skala | Mengikut saiz produk sebenar |
| Kefungsian |
Berfungsi sepenuhnya Diuji dalam situasi sebenar dari segi reka bentuk dan kefungsian |
| Kepentingan merancang pembinaan produk berfungsi atau produk berfungsi |
|
Menghasilkan produk yang menepati keperluan dan kehendak pengguna. Membolehkan penambahbaikan dilakukan pada reka bentuk dan fungsi produk. Membantu menganggar kos jualan produk. Merancang tenaga kerja yang diperlukan. Menjalankan pengujian dan penilaian yang lengkap terhadap produk dari segi reka bentuk dan kefungsian. Menentukan kaedah dan tempoh pembinaan produk. |







