Reka Bentuk dan TeknologiChapter 2: Aplikasi Teknologi
2.3
2.3
Reka bentuk elektrik
Mengenal pasti dan menjelaskan elemen sistem elektrik iaitu sumber, medium, beban dan kawalan
Menunjuk cara reka bentuk litar peralatan elektrik: keselamatan, kedudukan peranti dalam litar dan sambungan litar
Membuat pengiraan parameter elektrik dalam reka bentuk litar
Menghasilkan lakaran reka bentuk litar elektrik yang akan dibuat
Menganalisis elemen sistem elektrik pada gajet yang akan dihasilkan
Membina gajet elektrik berfungsi
Membuat pengujian dan penilaian kefungsian gajet
Mencadang penambahbaikan ke atas reka bentuk gajet yang telah dibina
1. Elemen sistem elektrik
Elemen
Penerangan
Sumber
Berpunca daripada jana kuasa, bateri, solar dan sebagainya
Tenaga boleh diperbaharui - sumber yang boleh digunakan semula dan bekalan tenaga ini akan kekal selama-lamanya
Tenaga tidak boleh diperbaharui - sumber yang akan habis dan tidak dapat dikitar semula
Medium
Perantara antara sumber dengan beban
Medium berwayar
Medium tanpa berwayar
Beban
Sebarang peralatan elektrik yang disambungkan pada litar elektrik untuk membolehkannya berfungsi dan beroperasi
Kawalan
Pengawalan arus elektrik secara selamat iaitu dengan cara memutus dan menyambungkan litar
2. Jenis-jenis arus
Jenis arus
Penerangan
Arus ulang alik (AU)
Arus yang mangalir ke rumah
Voltan boleh dinaikkan dan diturunkan menggunakan transformer
Arus terus (AT)
Sistem kuasa dengan hanya satu kekutuban voltan atau arus
Arus ini mengalir secara sehala
3. Menunujkkan cara reka bentuk litar perlatan elektrik
Keselamatan : ciri-ciri keselamatan adalah penting untuk melindungi pengguna daripada berlakunya litar pintas
Kedudukan peranti dalam litar : reka bentuk kedudukan peranti-peranti diletakkan bersama dengan litar elektrik
Sambungan litar : reka bentuk sambungan litar elektrik pada komponen atau peranti disusun mengikut fungsi yang dikehendaki
Jenis litar
Penerangan
Litar tertutup
Mempunyai satu kitaran lengkap pergerakan arus, voltan dan kuasa dalam satu litar elektrik
Litar buka
Litar yang tidak mempunyai satu kitaran lengkap arus, voltan dan kuasa dalam satu litar elektrik
Litar pintas
Berlaku apabila wayar positif yang bocor bersentuhan dengan wayar negatif yang bocor tanpa melalui beban dan menghasilkan percikan api yang dapat menyebabkan kebakaran
4. Membuat pengiraan parameter elektrik
* I = arus, V = voltan, R = rintangan, P = kuasa elektrik
Untuk mencari nilai voltan (Volt)
\(\text V = \text {I X R}\)
Untuk mencari nilai arus (Ampere)
\(\text I = \)\(\frac{\text V}{\text R}\)
Untuk mencari nilai rintangan (Ohm)
\(\text R = \)\(\frac{\text V}{\text I}\)
Untuk rumus bagi kuasa (Watt)
\(\text W = \)\(\text {V X I}\)
8. Langkah-langkah membina gajet elektrik berfungsi
Sediakan bahan diperlukan merujuk lakaran
↓
Tentukan susunan dan kedudukan gajet
↓
Lakukan penyambunagn litar gajet
↓
Pasang penyambungan litar gajet di tempat yang ditetapkan