|  | 
					
						| 
							
								
									| 2.5 | Reka bentuk akuaponik |  | 
					
						|  | 
					
						| 
							Menyatakan maksud akuaponik dan menerangkan reka bentuk sistem akuaponikMenjelaskan kelebihan reka bentuk akuaponikMengenal pasti komponen akuaponikMelakar reka bentuk sistem akuaponik bermaklumatMenganalisis lakaran reka bentuk akuaponikMembina model reka bentuk sistem akuaponikMencadangkan penambahbaikan reka bentuk sistem akuaponik yang lebih efisien  | 
					
						|  | 
					
						| 1. Akuaponik : teknologi pertanian yang menggabungkan akuakultur dengan aktiviti hidroponik dalam satu pusingan air.  2. Unsur: ikan, tanaman dan bakteria 3. Cara ketiga-tiga unsur tersebut beroperasi dengan : 
							ikan mengeluarkan sisa makanan yang mengandungi ammonia dan kotoran bagi tanaman bakteria yang ada akan menapis dan mengubah ammonia menjadi nitrat dan zat yang berfungsi sebagai baja kepada tanaman tanaman pula akan menyalurkan oksigen dan air yang bebas ammonia yang diperlukan oleh ikan 4. Tujuan akuaponik: 
							Mengekalkan kualiti air Mengurangkan kadar ammonia di dalam air Menjimatkan ruangMenghasilkan dua jenis makanan manusia 5. Sistem kitaran akuaponik | 
					
						|  | 
					
						| 
							
								
									| Akuaponik secara takungan | 
										Menggunakan kolam, tangki atau bekas yang sama untuk ikan dan tanamanIkan diperlihara di dalam bekas dan tanaman berada di atas permukaan air dengan akar yang terendam |  
									| Akuaponik secara kitara | 
										Menggunakan dua bekas tangki berasingan: tangki ikan dan bekas tanamanMempunyai kelebihan dari segi penyediaan oksigen untuk akar tanaman supaya lebih terjamin dan membuatkan tanaman lebih sihat selain mengurangi risiko busuk akar |  | 
					
						|  | 
					
						| 6. Model akuaponik: | 
					
						| 
							
								
									| Jenis sistem | Keterangan | Kelebihan | Kelemahan |  
									| Sistem raft 
 | Tanaman diletakkan terus di atas permukaan air sehingga akar tanaman terendam di dalam air dengan menggunakan stereofoam atau span | 
										Akar tumbuhan boleh menyerap nutrien organik di dalam air secara langsungTumbuhan tumbuh lebih cepat dari sistem lainProduktiviti sistem lebih tinggi dan digunakan secara meluas dalam komersial | 
										Terdedah oleh serangan bakteria pada akar tanaman kerana akar yang terendam di dalam air adalah sesuai untuk perkembangan bakteria patogenik yang menyebabkan reput akar |  
									| Sistem ebb & flow 
 | Berfungsi dengan menggunakan loceng sifon yang mengalirkan air dari media penanaman apabila air sudah memenuhi media penanaman | 
										Biofilter berlaku dalam media penanaman dan dapat mengurangkan kesukaran dalam mereka bentuk sistem akuaponikBiji benih nurseri boleh ditanam terus pada media penanaman | 
										Menggunaakn elektrik 24 jam Perlu memberikan penekanan dalam penyelenggaraan loceng sifon kerana kegagalan pada loceng sifon akan menyebabkan air melimpah, air di dalam kolam berkurangan dan ikan akan mati |  
									| Sistem NFT 
 | Sistem yang tidak menggunakan media penanaman kerana akar tumbuhan menyentuh lapisan air yang mengalir | 
										Air digunakan untuk mengairi tumbuhan adalah sedikitPam yang digunakan agak kecilProduktiviti yang memberikan hasil yang memuaskan  | 
										Memerlukan penapis tambahan bagi menapis sebarang kekotoran masuk ke dalam tangki ikanPenyemaian benih tidak boleh dilakukan secara terus |  | 
					
						|  | 
					
						| 7. Mengenal pasti komponen akuaponik 
							Tangki ikan 
							
								tempat untuk memelihara ikan dan sebagai sumber nutrisi bagi tanamanJenis: kolam simen, akuarium, kolam fiberglass, drum plastikPenggunaan kolam berwarna gelap untuk menghalang pertumbuhan lumutBekas tanaman
							
								tempat untuk menanam digunakan dalam sistem akuaponik pasang surut atau kitaran sebagai proses pengawalan airMedia tanaman
							
								tempat untuk menanam tanaman digunakan dalam sistem akuaponik pasang surut atau kitaran sebagai proses pengawalan airSistem perpaipan 
							
							Pam air
							
								Digunakan untuk memindahkan air dari tangki ikan ke bekas tanaman Digunakan untuk menggerakkan air secara menegakPenapis
							
								Menyingkirkan pepejal dan penukaran arah airDigunakan agar kualiti air menjadi bersih dan jenih 8. Elemen reka bentuk sistem akuaponik | 
					
						|  | 
					
						| 
							
								
									| Elemen | Keterangan |  
									| Garisan | Cantuman atau sambunagn siri titik yang mempunyai ukuran panjang dan jarak |  
									| Rupa | Hasil pertemuan antara hujung garisan dengan permulaannya |  
									| Bentuk | Objel yang mempunyai ruang, isi padu, dan mempunyai lebih daripada satu permukaan |  
									| Tekstur | Rupa, bentuk, jalinan pada permukaan objek, lukisan dan gambar |  
									| Saiz | Ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek |  
									| Warna | Kesan melalui pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek |  
									| Ruang | Kawasan kosong yang dikelilingi oleh elemn garisan bagi menampakkan objek dengan lebih jelas |  
									| Nilai | Merujuk kepada impak terang atau gelap sesuatu tona atau warna |  | 
					
						|  | 
					
						| 9. Prinsip reka bentuk sistem akuaponik | 
					
						|  | 
					
						| 
							
								
									| Prinsip | Keterangan |  
									| Keseimbangan | Seimbang dari sudut berat, tarikan, tumpuan perhatian atau berbentuk simetri |  
									| Pengulangan | Penyusunan semula objek secara berulang-ulang dari segi saiz dan bentuk |  
									| Kontras | Perbezaan ketara pada ciri elemen yang digunakan |  
									| Kepelbagaian | Aplikasi penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza |  
									| Kesatuan | Semua bahagian elemen bergabung untuk membentuk imej, tema atau idea yang sempurna |  
									| Keringkasan | Idea kompleks yang diolah semula dalam bentuk visual yang lebih ringkas |  
									| Harmoni | Melihat sesuatu yang dapat memberikan ketenangan dan kedamaian |  
									| Pergerakan | Cadangan tindakan atau arah berdasarkan sudut pandangan mata pada hasil reka bentuk |  
									| Penekanan | Tekanan yang diletakkan di kawasan tunggal sesuatu kerja atau menyatukan tema visual |  
									| Pembahagian | Hubung kait antara dua elemen berdasarkan kadar banding yang betul dalam ukuran seperti saiz, nombor, jumlah atau tahap |  | 
					
						|  | 
					
						| 10. Langkah-langkah membina model sistem akuaponik | 
					
						|  | 
					
						| 
							
								
									| Sediakan alatan  ↓ Sediakan komponen utaman dan  bahan yang hendak digunakan  ↓ Buat pemasangan kerangka sistem akauponik ↓ Sediakan bekas penanaman ↓ Buat lubang dengan menggunakan mesin gerudi untuk meletakkan pasu kecil ↓ Buat pemasangan sistem perpaipan air ↓ Pasangkan sambungan paip  ↓ Letakkan tangki ikan pada kerangka dan buat pemasangan pam dengan sistem perpaipan ↓ Susun pasu kecil di dalam lubang pada bekas penanaman ↓ Isi tangki ikan dengan air dan uji sistem akuaponik |  | 
					
						|  | 
					
						| 11. Kriteria penilaian reka bentuk sistem akuaponik 
							Kecenderungan inovasi, kreativiti dan keaslian reka bentukKandungan unsur simbolik, emosi, estetika dan penampilankecenderungan fungsi dan praktikalErgonomikKekuatan kualiti dan kebolehpasaran | 
					
						|  |