|
2.5 |
Reka bentuk akuaponik |
|
|
- Menyatakan maksud akuaponik dan menerangkan reka bentuk sistem akuaponik
- Menjelaskan kelebihan reka bentuk akuaponik
- Mengenal pasti komponen akuaponik
- Melakar reka bentuk sistem akuaponik bermaklumat
- Menganalisis lakaran reka bentuk akuaponik
- Membina model reka bentuk sistem akuaponik
- Mencadangkan penambahbaikan reka bentuk sistem akuaponik yang lebih efisien
|
|
1. Akuaponik : teknologi pertanian yang menggabungkan akuakultur dengan aktiviti hidroponik dalam satu pusingan air.
2. Unsur: ikan, tanaman dan bakteria
3. Cara ketiga-tiga unsur tersebut beroperasi dengan :
- ikan mengeluarkan sisa makanan yang mengandungi ammonia dan kotoran bagi tanaman
- bakteria yang ada akan menapis dan mengubah ammonia menjadi nitrat dan zat yang berfungsi sebagai baja kepada tanaman
- tanaman pula akan menyalurkan oksigen dan air yang bebas ammonia yang diperlukan oleh ikan
4. Tujuan akuaponik:
- Mengekalkan kualiti air
- Mengurangkan kadar ammonia di dalam air
- Menjimatkan ruang
- Menghasilkan dua jenis makanan manusia
5. Sistem kitaran akuaponik
|
|
Akuaponik secara takungan |
- Menggunakan kolam, tangki atau bekas yang sama untuk ikan dan tanaman
- Ikan diperlihara di dalam bekas dan tanaman berada di atas permukaan air dengan akar yang terendam
|
Akuaponik secara kitara |
- Menggunakan dua bekas tangki berasingan: tangki ikan dan bekas tanaman
- Mempunyai kelebihan dari segi penyediaan oksigen untuk akar tanaman supaya lebih terjamin dan membuatkan tanaman lebih sihat selain mengurangi risiko busuk akar
|
|
|
6. Model akuaponik: |
Jenis sistem |
Keterangan |
Kelebihan |
Kelemahan |
Sistem raft
|
Tanaman diletakkan terus di atas permukaan air sehingga akar tanaman terendam di dalam air dengan menggunakan stereofoam atau span |
- Akar tumbuhan boleh menyerap nutrien organik di dalam air secara langsung
- Tumbuhan tumbuh lebih cepat dari sistem lain
- Produktiviti sistem lebih tinggi dan digunakan secara meluas dalam komersial
|
- Terdedah oleh serangan bakteria pada akar tanaman kerana akar yang terendam di dalam air adalah sesuai untuk perkembangan bakteria patogenik yang menyebabkan reput akar
|
Sistem ebb & flow
|
Berfungsi dengan menggunakan loceng sifon yang mengalirkan air dari media penanaman apabila air sudah memenuhi media penanaman |
- Biofilter berlaku dalam media penanaman dan dapat mengurangkan kesukaran dalam mereka bentuk sistem akuaponik
- Biji benih nurseri boleh ditanam terus pada media penanaman
|
- Menggunaakn elektrik 24 jam
- Perlu memberikan penekanan dalam penyelenggaraan loceng sifon kerana kegagalan pada loceng sifon akan menyebabkan air melimpah, air di dalam kolam berkurangan dan ikan akan mati
|
Sistem NFT
|
Sistem yang tidak menggunakan media penanaman kerana akar tumbuhan menyentuh lapisan air yang mengalir |
- Air digunakan untuk mengairi tumbuhan adalah sedikit
- Pam yang digunakan agak kecil
- Produktiviti yang memberikan hasil yang memuaskan
|
- Memerlukan penapis tambahan bagi menapis sebarang kekotoran masuk ke dalam tangki ikan
- Penyemaian benih tidak boleh dilakukan secara terus
|
|
|
7. Mengenal pasti komponen akuaponik
- Tangki ikan
- tempat untuk memelihara ikan dan sebagai sumber nutrisi bagi tanaman
- Jenis: kolam simen, akuarium, kolam fiberglass, drum plastik
- Penggunaan kolam berwarna gelap untuk menghalang pertumbuhan lumut
- Bekas tanaman
- tempat untuk menanam digunakan dalam sistem akuaponik pasang surut atau kitaran sebagai proses pengawalan air
- Media tanaman
- tempat untuk menanam tanaman digunakan dalam sistem akuaponik pasang surut atau kitaran sebagai proses pengawalan air
- Sistem perpaipan
- Pam air
- Digunakan untuk memindahkan air dari tangki ikan ke bekas tanaman
- Digunakan untuk menggerakkan air secara menegak
- Penapis
- Menyingkirkan pepejal dan penukaran arah air
- Digunakan agar kualiti air menjadi bersih dan jenih
8. Elemen reka bentuk sistem akuaponik
|
|
Elemen |
Keterangan |
Garisan |
Cantuman atau sambunagn siri titik yang mempunyai ukuran panjang dan jarak |
Rupa |
Hasil pertemuan antara hujung garisan dengan permulaannya |
Bentuk |
Objel yang mempunyai ruang, isi padu, dan mempunyai lebih daripada satu permukaan |
Tekstur |
Rupa, bentuk, jalinan pada permukaan objek, lukisan dan gambar
|
Saiz |
Ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek |
Warna |
Kesan melalui pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek |
Ruang |
Kawasan kosong yang dikelilingi oleh elemn garisan bagi menampakkan objek dengan lebih jelas
|
Nilai |
Merujuk kepada impak terang atau gelap sesuatu tona atau warna |
|
|
9. Prinsip reka bentuk sistem akuaponik |
|
Prinsip |
Keterangan |
Keseimbangan |
Seimbang dari sudut berat, tarikan, tumpuan perhatian atau berbentuk simetri |
Pengulangan |
Penyusunan semula objek secara berulang-ulang dari segi saiz dan bentuk |
Kontras |
Perbezaan ketara pada ciri elemen yang digunakan |
Kepelbagaian |
Aplikasi penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza |
Kesatuan |
Semua bahagian elemen bergabung untuk membentuk imej, tema atau idea yang sempurna |
Keringkasan |
Idea kompleks yang diolah semula dalam bentuk visual yang lebih ringkas |
Harmoni |
Melihat sesuatu yang dapat memberikan ketenangan dan kedamaian |
Pergerakan |
Cadangan tindakan atau arah berdasarkan sudut pandangan mata pada hasil reka bentuk |
Penekanan |
Tekanan yang diletakkan di kawasan tunggal sesuatu kerja atau menyatukan tema visual |
Pembahagian |
Hubung kait antara dua elemen berdasarkan kadar banding yang betul dalam ukuran seperti saiz, nombor, jumlah atau tahap |
|
|
10. Langkah-langkah membina model sistem akuaponik |
|
Sediakan alatan
↓
Sediakan komponen utaman dan bahan yang hendak digunakan
↓
Buat pemasangan kerangka sistem akauponik
↓
Sediakan bekas penanaman
↓
Buat lubang dengan menggunakan mesin gerudi untuk meletakkan pasu kecil
↓
Buat pemasangan sistem perpaipan air
↓
Pasangkan sambungan paip
↓
Letakkan tangki ikan pada kerangka dan buat pemasangan pam dengan sistem perpaipan
↓
Susun pasu kecil di dalam lubang pada bekas penanaman
↓
Isi tangki ikan dengan air dan uji sistem akuaponik
|
|
|
11. Kriteria penilaian reka bentuk sistem akuaponik
- Kecenderungan inovasi, kreativiti dan keaslian reka bentuk
- Kandungan unsur simbolik, emosi, estetika dan penampilan
- kecenderungan fungsi dan praktikal
- Ergonomik
- Kekuatan kualiti dan kebolehpasaran
|
|