Hadis Rasulullah SAW, daripada Abdullah bin 'Amru RA:
Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya berjayalah orang yang memeluk Islam, dan dikurniakan rezeki yang mencukup dan Allah SWT menjadikannya redha dengan nikmat pemberianNya."
Hadis Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah RA:
Rasulullah bersabda, "Kekayaan itu bukanlah dengan banyaknya harta, tetapi kekayaan itu adalah dengan kaya jiwa (hati yang selalu berasa cukup)."
Contoh Sifat Qana'ah Rasulullah SAW
Rasulullah SAW Baring di atas Tikar Daun
Saidina Umar bin Al-Khattab RA pernah menemui Nabi SAW.
Baginda sedang berbaring di atas tikar daun tanpa beralaskan apa-apa, hingga berbekas badannya.
Saidina Umar RA menangis melihat keadaan Rasulullah SAW.
Nabi SAW bertanya "Mengapa kamu menangis wahai Ibn Al-Khattab?"
"Wahai Rasulullah SAW, Kisra dan Qaisar menetap di istana mereka yang megah, adakah begini keadaanmu wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab " Tidakkah engkau redha bagi mereka dunia dan bagi kita akhirat?"
Rasulullah SAW dan Keluarganya Tidak Makan Mewah
Rasulullah SAW sekeluarga tidak pernah makan makanan yang mewah seperti roti yang diperbuat daripada gandum halus, apatah lagi makan hingga kekenyangan.
Pernah berbulan-bulan di rumah baginda tiada sesuatu untuk dimasak.
Apabila Saidatina Aisyah RA ditanya "Apakah yang menjadi makanan kalian?"
Beliau menjawab "Dua benda hitam", iaitu kurma dan air.
Qana'ah Rasulullah SAW
Baginda mampu menajdi kaya, tetapi baginda tidak mahu.
Baginda sentiasa mendidik anggota keluarga baginda agar bersifat qana'ah.
Baginda sentiasa mengutamakan kepentingan orang lain berbanding dengan diri dan keluarga baginda.
Salah Faham tentang Sifat Qana'ah
Tidak berdrama atau bersedihdengan alasan belum menjadi kaya.
Malas berusaha untuk meningktakan kesejahteraan hidupdengan alasan sudah suratan takdir.
Tidak berusaha memberikan sumbangan kepada negarasebaliknya memikirkan tentang sumbangan negara kepada diri sendiri.
Hikmah Bersifat Qana'ah
Kehidupan Menjadi Tenteram
Orang yang dengki: orang yang paling banyak berduka.
Orang yang bersifat qana'ah: orang yang paling tenang dalam kehidupan.
Kemuliaan Diri Terpelihara
Kehormatan seseorang mukmin adalah pada solat malam.
Kemuliaannya adalah pada ketidakbergantungannya kepada manusia.
Memupuk Sifat Sabar dan Syukur
Pesanan Rasulullah SAW kepada Abu Hurairah RA:
Jadilah orang yang wara'.
Jadilah sebaik-baik ahli ibadah.
Jadilah orang qana'ah
Engkau akan menjadi seorang yang paling bersyukur.
Kasih Sayang Sesama Anggota Masyarakat Menjadi Erat
Orang bersifat qana'ah memiliki rasa tanggungjawab terhadap masyarakat
Hadis:
Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi diri sendiri.