Rasulullah SAW telah beriman kepada apa-apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhan, dan juga orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya dan para rasulNya. (katanya) "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lan daripada rasul-rasulNya"...(Surah Al-Baqarah, ayat 285)
...bahawa kamu beriman kepada Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, hari akhirat, dan kamu beriman kepada qadar Allah terhadap perkara yang baik dan buruk. (Hadis Rasulullah SAW, daripada Saidina Umar Al-Khattab)
Nabi
Rasul
Lelaki pilihan Allah SWT.
Dikurniakan wahyu.
Tidak diperintah untuk menyampaikannya kepada orang lain.
Diperintah untuk menyampaikan kepada umat.
Kewajiban Setiap Muslim untuk Beriman Kepada Rasul
25 orang rasul yang disebut dalam Al-Quran.
Bermula dari Nabi Adam AS hingga Nabi Muhammad SAW.
Semua membawa ajaran tauhid dan seruan untuk mentauhidkan Allah SWT.
Sifat Wajib, Mustahil dan Harus bagi Rasul
Sifat Wajib
Sifat Mustahil
Siddiq: Benar dalam percakapan dan perbuatan.
Kazib: Bohong percakapan atau perbuatan.
Amanah: Amanah, jujur, terpelihara daripada melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT.
Khianat: Melakukan larangan Allah SWT.
Tabligh: Menyampaikan suatu ajaran Allah SWT yang diwahyukan kepada mereka.
Kitman: Menyembunyikan wahyu walaupun sedikit.
Fathonah: Bijaksana semasa dakwah dan memberikan keterangan serta hujah.
Baladah: Bodoh.
Sifat Harus
Memiliki sifat manusia biasa yang tidak menjejaskan martabat kenabian dan kerasulan mereka
Bahasa: Terpelihara daripada sesuatu yang buruk. Istilah: Pemeliharaan Allah SWT terhadap para rasul daripada melakukan dosa dalam apa bentuk sekalipun, sama ada dosa besar atau kecil.
Dalil Naqli
Allah SWT berfirman: .... إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًۭا مُّبِينًۭا (١) لِّيَغْفِرَ لَكَ ٱللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنۢبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ Maksud:Sesungguhnya kami telah membuka bagi perjuangan satu jalan yang nyata. Kerana Allah SWT mengampunkan dosamu yang lalu dan yang terkemudian...(Surah Al-Fath, ayat 1 - 2)
Maksud Mukjizat
Bahasa: Yang melemahkan. Istilah: Perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran dan kerasulan mereka.
Jenis Mukjizat
Jenis mukjizat
Hissiyyah
Maknawiyyah
Dapat dikesan dengan pancaindera.
Difahami dengan pemikiran dan pemerhatian berdasarkan ilmu.
Tempoh kekal
Tidak berkekalan.
Mukjizat berlaku/diberi ketika rasul tersebut masih hidup.
Kekal (khalidah) hingga ke hari kiamat.
Contoh
Rasul
Mukjizat
Nabi Salleh AS
Seekor unta yang sempurna sifatnya keluar daripada batu.
Nabi Musa AS
Tongkatnya bertukar menjadi ular yang menelan jelmaan ular tukang sihir firaun.
12 mata air terpancar daripada batu yang dipukul dengan tongkatnya.
Nabi Isa AS
Membuat burung daripada tanah, yang hidup dengan izin Allah SWT apabila ditiup.
Menyembuhkan orang buta dan sopak setelah menyapu dengan tangannya.
Nabi Muhammad SAW
Peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
Membelah bulan dengan isyarat tangan sehingga penduduk Mekkah dapat melihatnya dengan jelas.
Al-Quran
Sentiasa membuktikan kebenaran Rasulullah SAW dan ajaran Islam.
Maksud Ulul 'Azmi
Rasul yang mempunyai kecekalan dan ketabahan hati untuk menghadapi ujian dalam dakwah.
Dalil Naqli
Allah SWT berfirman: فَٱصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُو۟لُوا۟ ٱلْعَزْمِ مِنَ ٱلرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِل لَّهُمْ ۚ Maksud:Maka bersabaarlah engkau sebagaimana sabarnya Ulul Azmi daripada kalangan rasul-rasul dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka. (Surah Al-Ahqaf, ayat 35)
Rasul-Rasul Ulul 'Azmi
No.
Rasul
Ujian Kecekalan
1.
Nabi Nuh AS
Berdakwah selama 950 tahun
Tetapi hanya sebahagian kecil umatnya beriman
Kebanyakkan umatnya kufur, termasuk isteri dan seorang anaknya
2.
Nabi Ibrahim AS
Dijatuhkan hukuman bakar oleh Namrud
Dihalau daripada tanah air sendiri
Diperintah oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya (Nabi Ismail AS)
3.
Nabi Musa AS
Berhadapan dengan Firaun yang zalim
Berhijrah ke Palestin
Bersama Bani Israel yang degil dan ingkar
4.
Nabi Isa AS
Ditentang oleh orang Yahudi
Sehingga mereka merancang untuk membunuhnya
Allah SWT menyelamatkan baginda dengan mengangkatnya ke langit
5.
Nabi Muhammad SAW
Berhadapan tenteangan
Musyrikin Quraisy di Mekkah
Yahudi dan munafiqin di Madinah/Yathrib
Tugas-tugas Rasul
No.
Tugas
Huraian
1.
Menjadi saksi terhadap manusia yang tidak beriman
Kepada Allah SWT.
2.
Menyampaikan berita
orang beriman: gembira.
orang kafir: sengsara.
3.
Menjadi contoh teladan yang terbaik
kepada umat manusia.
dalam semua aspek kehidupan.
4.
Menyeru manusia
Mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata.
Kesan Beriman kepada Rasul
No.
Kesan
Huraian
1.
Bersyukur kepada Allah SWT
kerana mengutuskan rasul untuk membimbing manusia ke arah kebenaran.
2.
Mencintai dan memuliakan rasul
yang membawa rahmat daripada Allah SWT dan menyampaikannya dengan penuh kesabaran.
3.
Mencontohi Rasulullah SAW
dalam semua aspek kehidupan.
4.
Mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat
kerana mematuhi ajaran Rasulullah SAW.
Sirah Ringkas 25 Rasul
No.
Rasul
Sirah
1.
Nabi Adam AS
Nabi yang pertama.
Digelar “Abu Basyar” sebagai manusia yang pertama dicipta.
Berhadapan dengan iblis yang cuba menyesatkan baginda hingga ke anak cucunya.
2.
Nabi Idris AS
Generasi ke-5 keturunan Nabi Adam AS.
Kelebihan:
Pandai dalam ilmu penulisan.
Pandai dalan ilmu jahitan.
3.
Nabi Nuh AS
Berdakwah selama 950 tahun.
Hanya sebahagian kecil daripada umatnya beriman.
Membina bahtera untuk menyelamatkan orang beriman daripada banjir besar.
4.
Nabi Hud AS
Diutuskan kaum: ‘Ad di Ahqaf, Yemen.
Akibat kaum menolak dakwah: angin “sarsar” yang sangat sejuk dan kencang.
5.
Nabi Salleh AS
Diutuskan kaum: Thamud, di Hijr, Arab Saudi.
Mukjizat: mengeuarkan seekor unta daripada celah batu.
Kaum Thamud membunuh unta tersebut.
Akibat kaum: dimusnahkan dengan suara pekikan dari langit.
6.
Nabi Ibrahim AS
Digelar “Abu An-Nabiyya”
Ramai nabi dan rasul lahir daripada keturunannya.
Berhadapan dengan Namrud (raja yang kafir dan zalim), di Babylon, Iraq.
Membawa isteri dan anaknya (Nabi Ismail AS) ke semenanjung Tanah Arab dengan perintah Allah SWT.
Ujian Allah SWT: Diperintah untuk menyembelih Nabi Ismail (berumur remaja).
Peristiwa yang menjadi syiar dalam ibadah korban.
7.
Nabi Luth AS
Anak saudara Nabi Ibrahim AS.
Diutuskan kaum: Sa’adom, di kawasan Laut Mati, Jordan.
Mengamalkan jenayah liwat.
Akibat kaum:
Diturunkan hujan batu.
Menterbalikkan bumi.
8.
Nabi Ismail AS
Dihantar ke bumi Mekkah oleh bapanya
Bersama ibunya (Saidatina Hajar).
Ketika masih kecil.
Membantu bapanya membina Kaabah.
Keturunannya melahirkan Nabi Muhammad SAW.
9.
Nabi Ishak AS
Dilahirkan oleh Saidatina Sarah, isteri pertama Nabi Ibrahim AS.
Diutuskan kaum: Kan’an, Palestin.
Keturunannya melahirkan nabi dan rasul Bani Israel.
10.
Nabi Yaaqob AS
Anak kenapa Nabi Ishak AS.
Maksud namanya
“Israel”.
“Hamba Allah”.
Dikurniakan 12 orang putera yang mengembangkan keturunan Bani Israel.
Keturunannya adalah asal usul Bani Israel.
11.
Nabi Yusuf AS
Anak Nabi Yaaqob AS.
Dilahirkan di Iraq.
Kelebihan:
Ketampanan paras rupa.
Ilmu mentafsir mimpi.
Mentafsirkan mimpi raja Mesir
Peristiwa kemarau yang akan berlaku
Dapat menyelamatkan ekonomi Mesir.
12.
Nabi Syuib AS
Keturunan Nabi Ibrahim AS.
Diutuskan kaum: Madyan
Mengamalkan penipuan dalam urusan sukatan dan timbangan ketika jual beli.
Akibat kaum: gempa bumi.
13.
Nabi Ayob AS
Keturunan Nabi Ibrahim AS.
Ujian:
Kehilangan harta.
Kematian anak.
Sakit yang lama.
Berkat kesabaran: Allah SWT menyembuhkan penyakitnya.
14.
Nabi Zulkifli AS
Anak Nabi Ayob AS.
Namanya disebut dalam Al-Quran bersama Nabi Ismail AS, Nabi Idris AS, Nabi Ilyas AS.
Antara nabi yang tinggi kesabarannya ketika berdakwah.
15.
Nabi Musa AS
Dilahirkan di Mesir, waktu Firaun melancarkan arahan untuk bunuh semua anak lelaki Bani Israel.
Allah SWT mengilhamkan ibunya, Maryam untuk menghanyutkannya ke Sungai Nil.
Berdakwah kepada Firaun supaya beriman kepada Allah SWT
Firaun menentangnya dan pengikutnya.
Mengejarnya hingga ke Laut Merah.
Nabi Musa AS diwahyukan untuk memukul laur dengan tongkatnya.
Laut terbelah menjadi laluan yang selamat untuknya dan pengikutnya.
16.
Nabi Harun AS
Saudara Nabi Musa AS.
Kelebihan:
Kepetahan berbicara.
Dilantik sebagai pembantu Nabi Musa AS dalam berdakwah.
17.
Nabi Daud AS
Keturunan Nabi Yaaqob AS.
Menjadi raja di Palestin.
Kelebihan:
Suara yang merdu.
Kemahiran melembutkan besi.
Terkenal dengan amalan berpuasa selang sehari.
18.
Nabi Sulaiman AS
Anak Nabi Daud AS.
Kelebihan:
Menguasai angin, jin dan haiwan dalam pemerintahannya.
Kehebatannya: menawan empayar Saba’.
19.
Nabi Ilyas AS
Keturunan Nabi Harun AS.
Diutuskan kaum: Bani Israel yang menyembah berhala Ba’al.
Dakwahnya ditentang:
Mereka membuat perancangan membunuh baginda.
Akibat kaum: kemarau yang panjang.
20.
Nabi Ilyasa AS
Sahabat setia Nabi Ilyas AS
Setelah Nabi Ilyas AS wafat, baginda dilantik sebagai rasul.
Menyambung perjuangan Nabi Ilyas AS.
21.
Nabi Yunus AS
Diutuskan kaum: Nainawa di Iraq.
Dakwahnya diingkari.
Baginda keluar dari Nainawa dengan menumpang sebuah kapal yang sarat dengan muatan.
Kapal tersebut dilanda taufan di tengah laut.
Undian dilakukan untuk mengurangkan beban kapal.
Baginda dicampakkan ke dalam laut dan ditelan oleh ikan nun.
Baginda sentiasa bertasbih kepada Allah SWT ketika dalam perut ikan nun
Allah SWT mengeluarkannya.
Baginda kembali semula ke kaumnya untuk berdakwah.
22.
Nabi Zakaria AS
Keturunan Nabi Daud AS.
Diutuskan kaum: Bani Israel di Palestin.
Dikurniakan anak: Nabi Yahya AS ketika usianya sudah lanjut.
Membesarkan Saidatina Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa AS).
Wafat kerana dibunuh raja yang zalim.
23.
Nabi Yahya AS
Anak Nabi Zakaria AS.
Ibu baginda, Asyia binti Imran: saudara perempuan Saidatina Maryam.
Dihukum bunuh bersama bapaya kerana menentang raja yang zalim.
24.
Nabi Isa AS
Rasul terakhir dari Bani Israel.
Mukjizat:
Dilahirkan tanpa bapa.
Kebolehan bercakap ketika masih bayi
Untuk mempertahankan kebenaran ibunya.
Diangkat oleh Allah SWT ke langit
Ketika peristiwa cubaan membunuh baginda.
Menyeru kaumnya untuk mengesakan Allah SWT
Pengikut setianya digelar “Al-Hawariyyun”.
25.
Nabi Muhammad SAW
Keturunan Quraisy: kabilah yang paling mulia daripada keturunan Nabi Ismail AS.
Gelaran baginda:
Al-Amin.
Khatam An-Nabiyyin.
Sayyidul Mursalin.
Diutuskan kepada seluruh umat manusia hingga ke akhir zaman.