| Dalil Naqli |
|
وَاَقِيْمُوا الصَّلٰوةَ وَاٰتُوا الزَّكٰوةَ وَارْكَعُوْا مَعَ الرّٰكِعِيْنَ (43:البقرة) |
|
Dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat, dan rukuklah beserta orang yang rukuk. |
| Syarat Wajib Solat |
| Islam |
| Baligh |
| Berakal |
| Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan |
| Syarat Sah Solat |
| Yakin masuk waktu solat |
| Menutup aurat |
| Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat |
| Suci daripada hadas kecil dan besar |
| Menghadap kiblat |
| Perkara yang Membatalkan Solat | |
| Berhadas sebelum salam yang pertama | Bercakap dengan sengaja walaupun sedikit |
| Meninggalkan satu daripada rukun solat | Hilang ingatan kerana gila, pitam atau mabuk |
| Terkena najis pada pakaian, badan atau tempat solat | Pergerakan anggota besar seperti kepala, badan, tangan dan kaki sebanyak tiga kali berturut-turut |
| Berdehem, ketawa, menangis kuat, mengerang kesakitan atau menghembus dengan mulut atau hidung jika zahir dua huruf atau satu huruf yang dapat difahami | Makan atau minum |
| Berpaling dada dari arah kiblat | Terbuka aurat dengan sengaja |
| Murtad | Berniat untuk memberhentikan solat atau berubah niat |
| Rukun Solat | |
| Jenis Rukun | Turutan |
| Qalbi | Niat |
| Fi'li | Berdiri bagi yang mampu |
| Qauli | Takbiratul Ihram |
| Qauli | Membaca surah Al-Fatihah |
| Fi'li | Ruku' serta tama'ninah |
| Fi'li | I'tidal serta tama'ninah |
| Fi'li | Sujud serta tama'ninah |
| Fi'li | Duduk antara dua sujud serta tama'ninah |
| Fi'li | Duduk ketika membaca tahiyat akhir |
| Qauli | Membaca tahiyat akhir |
| Qauli | Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW dalam tahiyat akhir |
| Qauli | Memberi salam yang pertama |
| Qauli | Tertib |
| Jenis Rukun | ||
| Qalbi | Fi'li | Qauli |
| Wajib berniat dalam hati | Wajib dilafazkan dengan suara, sekadar didengari telinga sendiri, bukan dalam hati | Semua perbuatan dalam solat yang wajib dilakukan |
| Perbezaan Sunat Haiat dan Sunat Aba'd | |
| Sunat Haiat | Sunat Aba'd |
| Perbuatan sunat yang jika ditinggalkan tidak perlu sujud sahwi | Perbuatan sunat yang jika ditinggalkan tidak membatalkan solat, tetapi diganti dengan sujud sahwi sebelum memberi salam |
| Akibat Meninggalkan Solat |
| Menjadi penghuni neraka Saqar |
| Boleh menjadi kafir jika menolak kefardhuan solat |
| Hikmah Solat |
| Memperoleh pahala dan meninggikan darjat |
| Mencegah perbuatan keji dan mungkar |
| Membentuk disiplin diri dan akhlak mulia |
| Menyembyhkan oenyakit dengan izin Allah |
| Memberikan kebhaagiaan hidup dan ketenangan jiwa |
| Hidup selamat, diberkati dan dikasihi Allah SWT |
| Melahirkan masyarakat yang harmoni |
| Penawar stress dan tekanan perasaan |
| Kelebihan Solat dari Sudut Sains | |
| Ketika berdiri, takbiratul ihram dan qiam |
Meluruskan tulang belakang Membesarkan rongga dada dan menjadi satu latihan pernafasan Melancarkan pergerakan sendi serta dapat mengelakkan penyakit artritis |
| Ketika ruku' i'tidal dan tama'ninah |
Mengelakkan risiko penyakit tulang belakang Terapi untuk merawat dan mengurangkan sakit pinggang Memberikan ketenangan dan meningkatkan kewaspadaan |
| Ketika sujud (sesuai dengan tarikan graviti) |
Meningkatkan pengaliran darah dan oksigen ke otak Kadar denyutan jantung dan tekanan darah lebih rendah dan baik Paru-paru dapat berkembang dengan baik dan dapat mengelakkan tuberkulosis Meningkatkan penumpuan dan daya ingatan sehingga otak menjadi lebih cerdas Proses peredaran darah menjadi lancar dan sempurna |
| Membengkokkan jari kaki ketika sujud, duduk iftirasy dan duduk tawarruk |
Meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan Melancarkan pengaliran darah ke jantung Merendahkan risiko penyakit jantung |
| Maksud Khusyu' dalam Solat | |
|
Bahasa: Senyap, tunduk dan merendah diri |
|
|
Istilah: Menumpuhkan hati di hadapan Allah SWT dengan menetapkan anggota, memahami serta menghayati setiap perkataan dan perbuatan yang dilakukan dari awal hingga akhir solat |
| Kepentingan Khusyu' dalam Solat |
| Membentuk dan fokus terhadap tujuan hidup |
| Dapat mencapai kejayaan dan kebahagiaan |
| Jaminan solat diterima Allah SWT |
| Mendapat pengampunan Allah SWT |
| Memberikan kekuatan rohani |
| Dapat merasai kemanisan iman |
| Dapat merasai nikmat menunaikan solat |
| Penghalang daripada melakukan kemungkaran |
| Penghalang Khusyu' dalam Solat |
| Tidak memahami maksud bacaan dalam solat |
| Tidak menjaga adab ketika berwudhu |
| Makanan, minuman dan pakaian daripada sumber yang haram |
| Banyak melakukan dosa dan maksiat |
| Banyak memikirkan perkara keduniaan |
| Solat pada waktu maknaan terhidang, ketika, lapar atau mengantuk |
| Solat dalam keadaan tergesa-gesa |
| Cara Mendapatkan Khusyu' dalam Solat | |
| Sebelum menunaikan solat |
|
| Peranan anggota ketika solat |
|
| Peranan akal ketika solat |
|
| Peranan hati ketika solat |
|