10: Hindari Sifat Negatif

10  Hindari Sifat Negatif
 
 
 
 
Daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:
Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ
Daripada sifat lemah dan malas مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
Dan sifat pengecut dan nyanyuk وَالْجُبْنِ وَالْهَرَمِ
Dan aku memohon perlindungan-Mu وَأَعُوذُ بِكَ
Daripada fitnah kehidupan dan kematian مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ
Dan aku memohon perlindungan daripada azab kubur. وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
 
(Riwayat Bukhari)
 
Sifat yang tidak disukai:
 
Sifat negatif Sifat lawan Maksud Huraian
Lemah Kuat Meninggalkan sesuatu yang tidak mampu dilakukan
  • Orang yang lemah mungkin ada keinginan untuk melakukan kebaikan, tetapi tidak mampu
  • Contoh:
    • Murid yang tidak mampu membantu guru mengangkat barang-barang kerana sakit
    • Murid sekolah tidak mampu memahami isi pelajaran peringkat universiti
Malas Rajin Meninggalkan sesuatu yang mampu dilakukan
  • Orang yang malas hanya mempunyai sedikit atau tiada keinginan untuk melakukan kebaikan
  • Contoh:
    • Malas solat
    • Malas berpuasa
    • Malas menyertai aktiviti kemasyarakatan
Pengecut Berani Tidak berani melakukan atau menghalang sesuatu situasi
  • Contoh:
    • Tidak menolong orang yang dizalimi
    • Tidak mencegah kemungkaran
Nyanyok   Penyakit yang mengganggu kewarasan fikiran seseorang yang menyebabkannya berkelakuan seperti kanak-kanak
 
Pengajaran Hadis:
 
Subjek Isi Huraian
Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada sifat-sifat yang tidak disukai kerana Rasulullah SAW sendiri turut memohon perlindungan daripada sifat-sifat tersebut walaupun baginda seorang nabi.
berusaha untuk menjadi orang yang kuat kerana seorang mukmin yang kuat lebih dicintai oleh Allah SWT.
rajin berusaha meningkatkan kebaikan untuk berubah daripada kemunduran kepada kemajuan.
berani dalam segala perkara kebaikan kerana sifat ini sifat para wali Allah SWT.
mengamalkan gaya hidup sihat dan memperbanyakkan amal ibadah agar dapat mengelakkan diri daripada sifat nyanyuk.